"Dah. Kita takde masa nak cakap pasal ni lagi. Jom!" Dengan selamba Taehyung berjalan ke arah pintu tanpa menghiraukan Jisul

Jisul mengangguk lemah. Dia jadi sedih. Tak guna dia berjanji dengan Taehyung sebelum ni

Kenapalah dia boleh buat perjanjian bodoh dengan Taehyung dulu?

Hmph! Benci betul

--------------

"MR.TAEHYUNG! Nice to see you again!" Sapa seorang lelaki berambut perang. Kemudian, dia berjabat tangan dengan Taehyung

"Nice to see you too, Mr.John" balas Taehyung

Jisul yang berada di sebelah Taehyung hanya mampu tersenyum. Dia pon tak faham apa yang mereka tengah cakap. Tapi tengok gaya, lelaki berambut perang ni bukan orang sini

Lelaki itu memandang Jisul. Matanya turun pada tangan Taehyung yang masih setia menggenggam erat tangan Jisul

"Ur wife?" Soal Mr.John pada Taehyung

Hampir terbatuk Taehyung mendengar soalan Mr.John tapi cepat-ii dia cover. Dia memandang Jisul di sebelah. Gadis itu juga memandangnya

Nak tak nak, dia terpaksa menipu. Malas nak panjangkan cerita. "Yes she is"

Mr.John ternganga. Tak sangka Taehyung dah kahwin pada usia muda macam ni. Dia tersenyum. Kemudian dia memandang Jisul

"Hello young lady. Nice to know you. You can call me Mr.John. Or maybe John 'oppa' if you want" Gurau Mr.John

Jisul terkebil kebil. Apa yang dia faham hanya perkataan 'Mr.John' dan 'oppa'

Eh jap! Oppa? Dia nak aku panggil dia oppa ke? Huh! Tua tak sedar diri. Layak panggil ahjussi. Bukan oppa!

"You know what? You have a beautiful eyes. Taehyung such a lucky man to have you as his wife, young lady" sambung Mr.John

Jisul terpinga pinga. Apa la yang orang tua ni membebel agaknya. Langsung tak faham

Taehyung di sebelah hanya menahan tawa. Dia tau, memang Jisul takkan faham sepatah perkataan pon. Aigoo

"Dia cakap, mata kau cantik" bisik Taehyung di telinga Jisul

Jisul memandang Mr.John semula. Rupanya dia puji aku. "Ahh~ gomawo"

"Sorry?" Mr.John mengerut dahi

"She said thank you" kata Taehyung. Dia pandang Jisul sekilas

Mr.John mengangguk sambil tersenyum. Dia suka tengok mata cantik Jisul

Setelah beberapa puluh minit berbual, akhirnya Taehyung meminta diri dari Mr.John

"Aku pergi jumpa Mr.Lee kat sana jap. Kau duduklah dulu" bisik Taehyung

Jisul terus menggeleng. Gila nak biarkan dia sorang-ii kat sini. Dahlah dia tak kenal sapa-ii

"Encik, jebal. Jangan tinggalkan saya sorang-ii. Saya tak nak"

"Kau takut apa? Sekejap je. Nanti aku datang balik"

"Tapi-"

"Sekejap je. Okay?" Kata Taehyung dengan lembut

Jisul mencebik. Perlahan lahan dia mengangguk. "Nae"

Tanpa membuang masa, Taehyung terus berjalan ke arah Mr.Lee yang sedang sibuk berbual dengan beberapa orang lelaki di sana

--------------

JISUL duduk di tepi kolam renang. Dia pandang sekeliling. Kelihatan beberapa orang perempuan sedang memandang ke arahnya sambil memegang segelas air

"Bukan perempuan ni ke yang datang dengan Taehyung tadi?" soal salah satu perempuan di situ

"Yelah. Sapa lagi"

"I dengar tadi, diorang dah kahwin. Betul ke?"

"Yeah. But I still can't believe it. Dia mana sesuai dengan Taehyung. She's not pretty at all!"

Mata Jisul terus membulat. Kahwin? Bila masa pulak aku kahwin dengan Encik Taehyung? Sapa yang pandai-ii cakap?

"Mana ada. Yang I tau, dia ni cuma MAID je. Not wife. Just imagine, kita yang 'hot' ni pon Taehyung tak pandang, apatah lagi perempuan badan kenit yang hanya bergelar MAID tu" Kata perempuan lain pula. Mereka semua menjeling tajam ke arah Jisul

Semua orang mengenali Taehyung. Lelaki itu sangat kacak. Kacak yang boleh membunuh berjuta juta wanita. Juga memiliki syarikat yang ternama. Tapi susah untuk didekati walaupun ramai perempuan yang cuba rapat dengannya

"I tak fahamlah. Kenapa Taehyung boleh bawak dia? Siap pegang-ii tangan lagi!"

"Tsk! I rasa Taehyung cuma nak gunakan dia je kot. Untuk elakkan diri dari perempuan-ii lain, termasuk kita. Tak mungkinlah diorang ada pape hubungan"

Jisul tertunduk. Kenapalah dia ada kat sini. Betul ke Taehyung hanya gunakan dia?

Mungkin betul cakap mereka. Patutlah Taehyung paksa dia pergi. Rupanya nak guna dia supaya perempuan-ii gila tu tak mendekati dia

"Aishh! Benci betul I tengok muka dia. Mesti dia amik kesempatan nak dekat dengan Taehyung. Yelah. Dia kan maid. Duduk serumah pulak tu" kata salah seorang daripada mereka lagi

Jisul mengetap bibir. Kali pertama dia dikutuk macam tu. Lepastu tuduh dia yang bukan-ii. Pedih hatinya sekarang ni. Rasa macam nak menangis tapi ditahan

Menyesal dia dengar cakap Taehyung tadi. Dia tak sepatutnya ikut. Tengok. Tak pasal-ii dia dibenci dan dikutuk

Jisul terus bangun dari kerusi. Dia nak balik. Tak sanggup nak dengar lagi

Dia memandang sekumpulan perempuan di depannya. Dah takde jalan lain lagi. Dia terpaksa berjalan melepasi mereka

Tajam mata mereka melihat Jisul. Ada yang ketawa sinis. Ada juga yang memberi Jisul jelingan maut. Jisul hanya mampu menundukkan wajah sambil berjalan

Dan apabila Jisul melepasi mereka, salah seorang daripada mereka mendepakan tangannya, membuatkan Jisul secara tak sengaja, melanggar tangan perempuan itu

dan akhirnya air oren di tangan perempuan itu tertumpah di atas dress yang dipakai Jisul

TBC

--------------

Kesiannya Jisul 😢

Mian kalo merapu or x best. Kekurangan idea maa 😁

Btw jangan lupa vote n komen tau. Bye ❤

[C] His Little MAIDKde žijí příběhy. Začni objevovat