I

1.8K 57 11
                                    

Khairan Si Penganggur.

Pintu bilik ditarik dari dalam. Khairan keluar dengan badannya yang masih lembap. Rambut basah disikat pakai jari takut ditegur ibunya Sabilah kerana rambut dibiar panjang tak terurus. Dia tak mahu rambutnya digunting semasa tengah tidur. Ayahnya Pak Husin rileks saja sebab masa muda pun dia serupa Tony Iommi.

" Masyallah. Macam negara luar dah kita ni", Kata Pak Husin sambil menaikkan volume TV.

Ayah dan ibu Khairan menonton berita 1:30pm selepas siap makan tengah hari tadi.

Khairan yang menuju biliknya berhenti sebentar memandangkan mak ayah dia ralit betul dengan berita tengah hari. Selalunya berita tengah hari tak penting selagi berita itu tidak ke berita jam 8 malam nanti.

"Mangsa dipercayai mangsa pembunuhan yang terancang dan ternyata berkait dengan kronologi kematian anak perempuan kepada Datuk Ibrahim."

" Macam movie dah ". Getus hati Khairan.

Khairan masuk dalam bilik dan menutup pintu. Dia kena bersiap sekarang. Sidek berhenti dari bekerja di panggung wayang GSC di Kuantan dan sekarang dia akan banyak masa melepak dengan Khairan. Rodongnya dari kecik lagi.

Tapi, yang membuat Khairan tak sabar ialah cenderahati yang akan diberi Sidek. Dia lama dah mengidam cenderahati itu. Dekat sini takda susah nak cari. Nak ke Kuantan pula malas. Lebih baik dia kirim kepada Sidek dan tunggu saja Sidek pulang ke Maran.

Khairan menyarung baju Fila selepas mengenakan deodorant. Hari ini shortpant kargo menjadi pilihan. Bukan hari ni saja. Hari-hari dia dengan shortpant kargo. Selesa. Poket banyak.

Khairan dah bersedia. Dia ambil kunci motor wave 100 yang tergantung di paku dinding dan membuka pintu bilik.

Sidek Budak Punk.

Khairan menongkat motorsikalnya. Motorsikal ni memang dijaga baik. Hadiah pemberian Mak Sabilah dan Pak Husin tanda sayangnya mereka pada anaknya yang masih tak bekerja walaupun umur sudah 22.

Kemudian dia berjalan beberapa langkah menuju ke pintu rumah Sidek. Dia sengaja membuat tapak kakinya berbunyi bising supaya terus didengari Sidek dari dalam. Nak bagi salam ni Khairan malu sikit. Padahal itu sudah menjadi kewajipan bila memanggil orang yang berada di dalam rumah.

Masalah malu bagi salam ini memang semasa kecil lagi. Khairan macam biasa keluar selepas asar berjalan ke rumah kawan. Sampai saja, dia mengetuk-ngetuk handel basikal dengan harapan kawannya keluar. Namun tak berjaya. Khairan pulang ke rumah semula setelah mendengar azan maghrib.

Tak mahu perkara yang sama terjadi, Khairan pun mengalah. Dia memberi salam juga setelah isyaratnya tak berkesan.

" Assalamualaikum woi! ", Nada Khairan sederhana. Tidak kuat dan juga tidak perlahan. Tepat dengan jiwa rock dalam diri Khairan Haziq bin Husin.

" Waalaikumussalam ", Sidek membuka pintu setelah salam diberi dua kali. Rokok john putihnya dikemam di mulut. Rambutnya pacak-pacak hitam pekat. Badannya lagi kurus daripada Khairan.

" Woi, gila ke hisap rokok dalam rumah. Ayah kau tak marah ke? ", Khairan pelik. Sidek dulu kantoi merokok teruk dilibas tiub tayar basikal oleh Pakcik Baba. Inikan pula menghisap rokok dalam rumah.

" Mak dengan ayah gua kan pergi umrah ", Sidek menghembus asap ke tepi. Menghormati Khairan yang tak hisap rokok.

" Aah, aku lupalah. Shaera?", Khairan bertanya tentang adik bongsu Sidek, berumur 7 tahun.

" Ada, tu tengah tengok ulangan Motif Viral ", Sidek menjuir bibir ke dalam rumah.

" Ouh, kau berhenti sebab kena jaga adik kau la ye? ", tanya Khairan lagi. Sesekali tu dia menjeling kerusi di beranda.

Ramona Di MaranWhere stories live. Discover now