"Kau sure ni Ace??" Soal Edward.

"Sure apa??" Soal Ace kembali.

"Alah kau nii..kau kan dah jadi pahlawan kembali." Kata Edward.

"Ouh..pasal tuu..ya..memang aku jadi pahlawan kembali...tapi ada sebabnya kenapa aku jadi pahlawan kembali."

"Apa sebabnya?" Soal Edward.

"Aku dapat rasa...Hammurabi dah kembali bangkit." Jelas Ace.

Edward yang mendengar itu terkejut.

"B...biar betul Ace???" Soal Edward.

"Aku tak sure pasal ni..tapi hati aku kuat mengatakan bahawa Hammurabi kembali bangkit."

"Kalau macam tu kita kena laporkannya kepada Fyrer." Kata Edward risau.

"Jangan dulu laporkan kepada dia...aku tak nak dia risau.." jelas Ace.

"Tapi macam mana kalau Hammurabi muncul??" Soal Edward.

"Aku akan fight dia sendirian. Kau jangan risaulah...dah jom ke bilik bacaan...nnti banyak soal pula si Fyrer tuu." Kata Ace.

Edward pula tanpa banyak bicara hanya mengikut langkah kawan baiknya itu.

Akhirnya mereka berdua sampai di bilik bacaan. Lalu Ace mengetuk bilik bacaan.

"Masuk!" Kata Raja Fyrer dari dalam.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik bacaan itu.

"Ahh...kamu berdua...silakan duduk." Pelawa Raja Fyrer kepada Ace dan Edward.

"Ada apa kau panggil kami berdua?" Soal Ace.

"Alah...saja je...reunion tiga sekawan." Kata Raja Fyrer.

"Hahaha." Edward hanya ketawa.

"By the way Ace, macam mana 4 tahun ni??" Soal Raja Fyrer lagi.

"Macam mana apa?"

Raja Fyrer mendengus marah.

"Kehidupan kau lah bangang!" Kata Raja Fyrer marah.

"Shhhh." Ace meletakkan jari telunjuk di mulutnya.

"Jangan bising. Ini bilik bacaan." Jelasnya lagi.

Raja Fyrer mula berasap.

"Kau...." Raja Fyrer menahan marah.

"Ok-ok...jangan marah." Kata Ace risau.

"Ehem..begini...aku ok je 4 tahun ni. Biasalah hidup sebagai pengembala kambing..hidup secara sederhana." Jelas Ace.

"Hah?? Pengembala kambing??" Soal Raja Fyrer terkejut.

"Aku dah agak...kau tak pernah nak ambil tahu pasal aku kan? Kawan konon." Kata Ace seakan berjauh hati.

"Ayok tak tahu...habislah kau Fyrer..Ace dah merajuk." Kata Edward.

"Errr errr...janganlah marah Ace aku...aku tak sengaja...aku tak tahu pun selama ni kau kerja tu. Aku terlampau sibuk mengurus pembangunan." Kata Raja Fyrer risau.

"Hahahahah....jangan risaulah...aku tak merajuk pun...aku berlakon je tadi tu. Amacam?? Ok ke lakonan aku tadi??" Soal Ace sambil mengangkat keningnya.

"Bagus Ace...sungguh bagus...aku bagi 5 bintang kat kau." Kata Raja Fyrer bosan.

"Hahahah." Edward hanya ketawa sahaja.

"Fyrer." Kata Ace tiba-tiba.

"Kenapa??" Soal Raja Fyrer.

"Kau panggil kami berdua ke bilik bacaan ni bukan sekadar berbual kosongkan??" Soal Ace.

"Haih...kau ni..aku nak ceria sikit kau dah serius...hmmm..beginilah...kau tau kan apa yang aku rasa...sebab kalau aku dah dapat rasa tentu kau dapat rasa dahulu."

"Hammurabi??" Soal Ace.

"Ya.. its Hammurabi." Jawab Raja Fyrer.

Edward hanya mendengar sahaja perbualan antara Ace dengan Raja Fyrer.

"Hah.." Ace menghela nafas.

"Aku tak sure pasal ni,Fyrer....aku tak yakin tapi hati aku kuat mengatakan bahawa Hammurabi telah bangkit kembali." Jelas Ace.

"So macam mana ni??" Soal Edward dengan risau.

Mereka bertiga berdiam diri.

Tiba-tiba Ace bangkit dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu.

Raja Fyrer dan Edward yang melihat kelakuan Ace pelik.

"Kau nak ke mana tu Ace?" Soal Raja Fyrer.

"Hari dah petang. Aku nak pulang ke rumah. Tentang Hammurabi tu jangan risau...biarkan ia...kita ikut masa,kalau dah sampai masanya aku sendiri akan bertarung dengan dia...aku datang besok." Kata Ace sebelum dia keluar.

"Haih...still same..." Kata Raja Fyrer.

"Yup." Edward pula menyokong.

"Kalau tidak ada apa-apa aku nak keluar. Nak balik ke bilik aku." Kata Edward.

"Baiklah kalau macam tu..oh ya jangan lupa suruh Ace pindahkan barangnya esok...memandangkan dia adalah pahlawan bagi kerajaan ini." Pinta Raja Fyrer.

Edward hanya mengangguk sebelum dia keluar dari bilik perbincangan.

Raja Fyrer hanya melihat langit melalui tingkap yang ada di bilik bacaan itu.

"Ace." Katanya.

TALE OF WINDCRAWLER[C]Where stories live. Discover now