BAB 19

1K 53 0
                                    

     "Bersedialah untuk mati, sahabatku." ujar Suraya sebelum mengeluarkan sebuah medan kuasa di bawah telapak kakinya. Di atas medan tersebut, banyak jenis simbol kuasa yang boleh digunakan oleh penyerunya.

     "Hahaha. Kau ingat kau boleh kalahkan aku? Marilah!" ujar Permaisuri Symiera sebelum menyeru medan kuasa miliknya.

     "Cakap besar ya. Mari, kita lihat siapa yang tewas dahulu. Aku atau kau?!" ujar Suraya lagi sebelum bersedia untuk menyerang. Begitu juga dengan Permaisuri Symiera. Masing-masing mengeluarkan kuasa mereka.

     Peperangan bermula lagi sekali di antara Suraya dan Permaisuri Symiera. Cahaya biru dan hitam mengelilinggi tubuh badan mereka menyebabkan sesiapa yang menonton menjadi silau.

     Selang beberapa saat, terdengar bunyi letupan kuat membingitkan telinga dan menyebabkan tanah bergegar untuk seketika. Selepas itu,  terdengar raungan dan jeritan kesakitan dari seluruh raksasa belaan Permaisuri Symiera sebelum semuanya lenyap daripada pandangan.

     Cahaya yang mengelilinggi tubuh mereka sebentar tadi. Sudah pun malap dan mereka sedang membelakangi antara satu sama lain.

     "Kau dah kalah!" ujar salah seorang dari mereka sebelum  gadis itu terbatuk menyebabkan darah merah tersembur keluar dari mulutnya.

     "Memang aku sudah kalah! Tapi, kau harus ingat. Suatu hari nanti, aku akan kembali." balas gadis satu lagi sebelum dia rebah menyembah bumi kemudian badannya hancur menjadi debu kehitaman dan terbang bebas dibawa angin.

     "Aku harap kau tak akan kembali." ujar gadis itu lagi sebelum rebah menyembah bumi. Tetapi, sempat disambut oleh Putera Raja Rayyan Iskandar.

     "Suraya. Tolong, jangan tinggalkan beta. Tolonglah." mohon Raja Megalia Kingdom itu dengan linangan air mata.

     "Maafkan patik, kerana tidak dapat menunaikan permintaan, Tuanku. Tapi, andai kata kita berjumpa di lain hari dan di dunia yang berbeza. Percayalah, patik akan sentiasa berada di sini, Tuanku." ujar Suraya sebelum mendaratkan telapak tangannya di dada bidang milik Putera Raja Rayyan Iskandar.

     Tiada balasan dari Raja Megalia Kingdom itu, hanya bunyi tangisan sayu yang kedengaran sambil memeluk tubuh lemah Suraya buat kali terakhir.

     "Sebelum terlupa, patik mahu minta izin untuk berehat seketika. Tapi, tuanku janganlah berduka, ya. Patik, sudah janji yang patik akan sentiasa ada di sini." ujar gadis itu lagi dan mendapat anggukan sebagai balasan. Tersenyum gadis itu sebelum dia menutup mata.

     Beberapa saat selepas itu, tubuh badan Suraya kembali bercahaya biru. Tapi, tidaklah seterang tadi. Perlahan-lahan, tubuhnya menjadi debu-debu dan berterbangan bebas di udara sebelum hilang dari pandangan membuatkan tangisan sayu milik Putera Raja Rayyan Iskandar pecah menjadi raungan kekesalan kerana membenarkan kesayangannya itu ikut bertempur.

     "Semoga kau bahagia di sana, kesayanganku."

R&S

     TIT... TIT... TIT... TIT... TIT... TIT... TIT... TIT... TIT.........

     Degupan jantung Suraya semakin lama, semakin perlahan kedengaran dari mesin jangka hayat. Oleh itu, dengan pantas doktor menyuruh nurse yang bertugas bersamanya untuk menyediakan defibrillator bagi memberikan renjatan pada jantung Suraya yang semakin lemah berfungsi.

     Apabila defibrillator sudah tersedia, dengan pantas doktor mangarahkan nurse untuk meletakkan sejenis cecair ke atas plat sebelum beliau meletakkan plat itu di dada dan di bawah lengan pesakit sebelum berkata. "Mulakan renjatan dengan kadar 240 Voltan hingga 500 Voltan."

RANTAI (Complete) Where stories live. Discover now