BAB 12

1.1K 51 2
                                    


     "Panglima Farhan!" jerit satu suara dari kejauhan.

     Panglima Farhan yang sedar namanya dipanggil berpaling. Terbit senyuman dibibir Farhan apabila ternampak seseorang yang ditunggunya. "Maafkan saya sebab lambat." ujar suara itu lagi tercungap-cungap.

     "Apa pula panggil Panglima Farhan? Panggil Farhan saja sudah cukup. Tidak apa. Saya pun baru tiba. Jom!" balas Farhan lalu menarik tangan Nurul Ain agar mengikut langkahnya.

     "Huh?! Baiklah." Terkejut Nurul Ain apabila tangannya ditarik oleh seseorang yang telah mencuri hatinya. 😘

📖

     "Maaf lambat. Nurul Ain dengan Panglima Farhan mana?" soal Suraya tercunga-cungap sambil menghalakan pandangannya ke kiri dan ke kanan.

     "Ke mana lagi, kalau bukan berjumpa kekasih hati. Betul tak Panglima Zafril dan Panglima Shida." jawab Panglima Kamil sebelum mengajukan soalan pada sahabat seperjuangannya itu.

     "Kekasih hati?" bisik Suraya perlahan.

     "Orang kalau sudah jumpa kekasih hati, mana mahu ingat tugasan yang diberi. Untung saja, siapa yang punya kekasih hati. Bukan seperti kita, rupawan, segak lagi bergaya. Tetapi, habuk pun tiada." ujar Panglima Zafril pula sambil tangan tidak berhenti mengasah pedang kesayangannya.

     "Eh, mengapa bilang begitu Panglima Zafril? Orang di sebelah sana tidak sudikah?" soal Panglima Kamil sebelum menghalakan pandangannya ke arah Panglima Shida sambil tersenyum penuh makna.

     "Ada-ada saja kamu berdua ini. Sudah! Daripada banyak berborak kosong. Lebih baik kita ajar gadis ini cara untuk mengetahui kuasanya. Lekas!" ujar Panglima Shida apabila perasan kelakuan rakannya yang mahu mengusiknya. Secara tidak sengaja, wajahnya bertukar kemerahan.

📖

     Tersedak Panglima Farhan apabila makanan yang dimakannya itu tersekat di kerongkong.

     "Awak! Itulah, bukankah saya sudah bilang tadi. Kalau mahu makan itu biar perlahan. Ini tidak main sumbat saja selagi mahu. Bukankah sudah tersedak?" bebel Nurul Ain terkejut sebelum menggosok belakang badan Panglima Farhan.

     Lekas-lekas Panglima Farhan minum air yang diberikan oleh Nurul Ain. "Saya rasa, bukan disebabkan makanan ini buatkan saya tersedak. Tetapi, saya dapat rasakan ada orang yang mengata saya di belakang." syak Panglima Farhan apabila tekaknya yang perit beransur hilang.

     "Hish, awak ni! Dia yang salah makan gelojoh. Mahu salahkan orang lain pula." balas Nurul Ain sebelum menyambung semula santapannya.

📖

     "Suraya. Hari ini kami akan uji ketangkasan kamu. Memandangkan kamu tidak tahu tentang kuasa kamu, dan agak mahir dalam seni mempertahankan diri pedang. Kami telah menyediakan pedang khas untuk kegunaan kamu." ujar Panglima Shida sebelum sesuatu cahaya muncul. Apabila cahaya itu malap dan hilang muncullah sebelah pedang yang cantik ukirannya.

     "Cantiknya pedang ni. Sayang nak guna." ujar Suraya apabila pedang itu telah berada di dalam gegaman tangannya.

     Selang beberapa ketika muncul berbola api di setiap sudut dan pelbagai saiz.

     Terkejut Suraya apabila ada sebuah bebola api yang besar hampir mengenainya. Tapi, mujur saja dia dapat mengelak dengan cermat.

     "Suraya. Kamu harus fokus terhadap sekeliling kamu. Kamu harus belajar untuk jadi lebih tangkas supaya dapat mengelak serangan musuh dengan baik tanpa kecederaan. Faham Suraya?" ujar Panglima Shida lagi sebelum mengajukan soalan apa Suraya. Suraya hanya membalas dengan anggukan.

     "SEDIA?!" ujar Panglima Zafril.

     KRING!!

     Apabila lonceng dibunyikan. Bermulalah perlawanan antara Suraya dengan bebola api buatan Panglima Shida itu.

📖

     "Suraya, Kita dah datang! Rindunya aku kat kau." ujar Bella dengan riang. "Terutama sekali mata kau." ujarnya lagi sayu sebelum menghadiahkan ciuman hangat di dahi sahabatnya itu.

     "Kau nak tahu Suraya? Hari ini kita orang akan jaga kau sampai esok pagi. Kau suka tak? Tak perlu jawab! Aku tahu kau suka kan, kita orang jaga? Hahaha. Aku pun rindukan kau jugak." ujar Ain pula sebelum ketawa kecil. Kemudian, menghadiahkan ciuman sayangnya di pipi kiri dan kanan Suraya.

     "Aku ada bawakan bunga untuk kau. Mesti kau suka kan? Aku tahu. Aku pun sayangkan kau jugak." ujar Shida tersenyum bagi menutup sebak yang bertandang di hati sebelum menghadiahkan ciuman hangat di dahi dan kedua belah pipi Suraya.

     "Kita orang semua sayangkan kau, Suraya." kata mereka serentak sambil memerhatikan sahabat sepermainan mereka yang terlantar tidak sedarkan diri. Di dalam hati masing-masing sentiasa berdoa agar sahabat mereka cepat sembuh dan bergembira bersama mereka suatu hari nanti.

     Dalam tidak sedar ada air mata yang terbit dari celahan mata Suraya. Ini bermakna dia dengar apa yang diucapkan rakan-rakannya.

📖

     "Huh, panas!" keluh Suraya termengah-mengah sebelum mengesat air matanya yang terbit di pinggir mata.

     "Kita orang semua sayangkan kau, Suraya."

     Terjerit Suraya sakit apabila ada suara yang di dengar.

     "Auch! Suara siapa tu? Sakitnya!" bisiknya perlahan sebelum terjatuh akibat kesakitan di kepala yang semakin mencengkam.

     Dalam tidak sedar, bebola api ciptaan Panglima Shida terus menyerang. Suraya yang dalam kesakitan tidak sempat berbuat apa-apa, hanya menutup mata.

     Tiba-tiba....

To be continue...

P/s: Tiba-tiba?! Apa yang tiba-tiba? Ayok!! Tak tak yok!! Siapa nak tahu? Angkat tangan! 🙋🙌🙆 bab 12? Enjoy!!

RANTAI (Complete) Where stories live. Discover now