TEASER BAB 9

1K 36 2
                                    

Huhu.. Terasa pulak nak bajet acah-acah penulis professional nak berteaser bagai.. Hahaha.. Enjoy!




     "17 tahun lepas. Masa tu, saya baru berusia 8 tahun. Atuk saya yang ajar saya. Tapi, ayah tak bagi. Takut nanti saya terbunuh semasa main pedang. Maklumlah, masa tu kecil lagi. Kuat main. Tapi, saya degil. Saya nak main jugak. Macam-macam atuk ajar, dari yang senang sampailah yang susah. Tapi, 5 tahun je atuk sempat ajar, lepas tu dia meninggal dunia sebab sakit tua. Dan 2 tahun lepas tu, mak dengan ayah pula tinggalkan saya sebab terbabit dalam nahas jalan raya." terhenti kata-kata Suraya apabila perasan akan suaranya yang berubah nada.

     "Suraya?" panggil Nora Shida risau.

     "Jangan risau. Saya boleh teruskan lagi. Lepas mak ayah saya meninggal, saya dah tak main pedang. Maklumlah, mak ayah saya anak tunggal dalam keluarga dia orang. So, saya pun jadi anak tunggal jugak. Mungkin keturunan kot. Hahaha." kata-katanya terhenti lagi kerana tergelak akan lawaknya yang tidak menjadi. "Sampailah 4 tahun kemudian saya main balik, sampailah sekarang. Saya cuba ingat-ingat lupa apa yang atuk saya pernah ajar dulu. Masa itu, saya tak ada sesiapa kecuali kawan-kawan. Dia oranglah pendorong semangat saya. Pujuk saya main pedang balik. Dia orang kata, dia orang tak boleh nak jaga saya selamanya, sentiasa di sisi saya setiap masa. Adakalanya, saya kena berdiri di atas kaki sendiri jugak. Sebab itu saya main pedang balik. Kalau tak ada dia orang. Tak tahulah apa jadi pada saya sekarang." cerita Suraya panjang lebar sambil matanya tak henti memandang awan. Seperti ada kenangannya bersama keluarga terpapar di sana.




P/s: tunggu sambungan bab 9 ye.. Daaaa...

RANTAI (Complete) Where stories live. Discover now