BAB 7

1.2K 58 2
                                    

"Biarlah bunga ini menjadi peneman di dalam tidur lenamu sayang."

     "Macam mana keadaan Suraya?" soal Rayyan.

     "Makin membaik. Tapi, tak sedarkan diri lagi." jawab Ain.

     "Apalah, yang jadi dekat Suraya malam tu sampai dia jadi macam ni?" keluh Shida pula. Tapi, soalannya hanya tergendala tidak berjawapan. Kerana, mereka pun tidak tahu apa yang berlaku pada Suraya sehingga gadis itu terlantar tidak sedarkan diri.

     "Aku nak tengok dia, ya." setelah mendapat keizinan. Rayyan masuk dengan bunga segar di tangan. Dia tahu, itu bunga kesukaan Suraya. Jika Suraya melihatnya membawa bunga itu. Sudah tentu gadis itu tersenyum hingga ke telinga. Tetapi, memandangkan sepasang mata bening gadis itu tertutup rapat. Hanya satu yang di pinta. Biarlah bunga ini menjadi peneman di dalam tidur lenamu sayang.

📖

     "Cantiknya istana ini, besar pulak tu. Mesti seronokkan, tinggal di sini." becok mulut Suraya meluahkan rasa kagumnya.

     Tiba-tiba ada satu pengumuman kedengaran. "Ketibaan Yang Mulia Putera Raja Mahkota Megalia Kingdom, Tuanku Putera Rayyan Iskandar Alam Shah dan Tuanku Permaisuri Ratu Adinda Nabella Al-Ghaffar masuk bertitah." selesai pengumuman itu dibicarakan, Raja Megalia Kingdom dan Adinda Nabella duduk di singgah sana istana. Apabila Baginda telah duduk, semua hadirin menundukkan kepala mereka sambil tangan kanan di letakkan di dada kiri. Sebagai tanda, mereka menghormati Raja Megalia Kingdom. Tetapi, sebaliknya bagi Suraya.

     "Waits! Rayyan?! Is that you? What's wrong with you? Asal kau berpakaian macam kerabat diraja ni? Berangan jadi raja, huh? Bella pun, kau... Nampak cantik. Lain dari yang lain." ujar Suraya terkejut tambah kagum apabila melihat rakannya berpakaian pelik seperti itu.

     Perlakuan Suraya itu telah membuatkan istana yang sunyi sepi sebentar tadi bergema dengan bisikan-bisikan dari semua hadirin yang hadir.

     "Suraya! Itu bukan kawan awak. Itu raja Megalia Kingdom yang asli." bisik Nurul Ain di sebelah telinga Suraya. "Hah! Apa maksud awak Ain?" soal Suraya keliru.

     "Suraya awak lupa apa yang kita bincangkan tadi di rumah sebelum berangkat ke mari? Jika ada sesiapa yang awak kenali di dunia ini, awak jangan sesekali tegur atau sapa mereka, kerana mereka tidak mengenali awak pun." balas Nurul Ain lagi.

     "Alamak! Jadi itu bukan Rayyan saya?!" soalan Suraya hanya dibalas dengan anggukan oleh Nurul Ain dan tidak lupa juga, si gadis cilik Raisya sebelum satu suara menengking mereka.

     "Cis, berani sungguh kau meninggikan suara di hadapan Tuanku Putera Rayyan Iskandar Alam Shah?!" Suraya menoleh pada suara yang menengking dan matanya tepat memanah pada sekempulan manusia, seorang gadis dan tiga lelaki. Tapi, apa yang lagi mengejutkan, mereka itu rakannya. Ops! Tidak, mereka iras rakannya di dunia asal.

     "Shida, Zafril, Kamil, dan si nakal Ain's, Farhan! Wajah mereka memang benar-benar serupa. Tak dapat saya nak bezakan." bisik Suraya. Tetapi, hanya dia saja yang dengar.

     "Bertenang Nora Shida. Dia bukan orang sini, dia tetamu kita. Wajarlah, kalau dia berfikir bahawa kita ini rakannya di dunia asal." pujuk Adinda Nabella dengan tenang.

     "Bagaimana, bisa jadi seperti itu?" soal Nora Shida keliru.

     "Dia gadis yang terpilih Nora Shida. Kebetulan pula, rakannya di dunia asal sama iras dengan wajah-wajah penting Megalia Kingdom." terang Adinda Nabella tenang. Nora Shida hanya terdiam tidak membalas, mungkin juga ada betulnya disitu. Yalah, Adinda Nabellakan peramal masa depan yang handal, bisa saja dia tahu semuanya.

     "Jadi, apakah khabar gembira yang kamu bawa Nurul Ain?" soal Putera Rayyan Iskandar.

     "Sebelum itu, saya amat gembira jika Tuanku Permaisuri Ratu sudah tahu apa khabar gembira yang patik akan persembahkan, bukan?" soal Nurul Ain.

     "Ya, itu sudah pasti. Tapi, Beta mahu kamu menerangkannya semula kepada semua hadirin hari ini." balas Adinda Nabella

     "Baiklah, Tuanku Permaisuri Ratu. Sebelum itu, saya memperkenalkan Siti Suraya Az-Zahrah sebagai penyelamat Megalia Kingdom dari ancaman Permaisuri Symiera!" pengumuman yang dibuat oleh Nurul Ain telah mendapat tepukan gemuruh dari semua hadirin yang hadir pada tika itu.

     "Jadi, kamulah gadis yang diramal selama ini?" soal Putera Rayyan Iskandar.

     "Y... Y... Ya, Tuanku." balas Suraya tergagap-gagap. Sejak bila aku takut dengan Rayyan ni? Sejak Rayyan tu bukan kawan kau lah! Suraya dan hatinya bertingkah antara satu sama lain.

     "Tunjukkan Beta, kekuatan kuasamu." arah Putera Rayyan Iskandar lagi. Soalannya itu, disambut dengan muka terkejut Suraya, Ain dan Raisya.

     'Al... Lam... Mak!! Kuasa?! Kuasa apa? Aku mana ada kuasa!' ujar Suraya di dalam hati.

     "Ku... Kuasa?!" soal Ain dengan dahinya berkerut.

     "Ya, kuasa. Kuasa yang dimiliki oleh orang yang terpilih, seperti gadis ini."

     "Errr... Sa... Saya..." ujar Suraya sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

     "Apa kamu tidak tahu kuasa kamu sendiri?" soal Putera Rayyan Iskandar lagi.

     "Tak... Tak... Bukan macam itu... Saya cuma... Saya cuma... Tak tahu nak guna kuasa macam mana. Ha! Itulah dia. Saya tak tahu nak guna kuasa macam mana." balas Suraya lagi.

     "Jika begitu, panglima-panglima perang! Siapkan diri kamu untuk menerima arahan!" arah Putera Rayyan Iskandar pada Shida, Zafril, Kamil dan Farhan.

     "Bersedia menjunjung titah, Tuanku." balas mereka berempat serentak.

     "Baiklah, tugas kamu semua. Mengajar gadis ini cara mengunakan kuasanya mulai pada hari ini sehingga berjaya. Sekarang bersurai." titah Tuanku Putera Raja sebelum berlalu keluar dari balairung seri istana diikuti oleh Adinda Nabella.

     Titah raja itu di sambut dengan penuh semangat oleh panglima berempat. Tetapi, tidak pada Suraya.

     "Apa patut saya buat? Apa patut saya buat?! Saya nak balik! Saya nak balik!" gelabah Suraya apabila memikirkan sebentar lagi dia akan mempelajari kuasanya. Sedangkan dia tidak tahu kuasa apa yang dia ada. Oh tidak! I'm dead!

To be continue...





P/s: pendek lah pulak.. Huhu.. Nak buat macam mana? Dah saya ketandusan idea.. Oklah. Kbye!

RANTAI (Complete) Where stories live. Discover now