BAB 17

960 57 7
                                    

     Ruangan kaki lima berhadapan bilik rawatan Suraya bising dengan bunyi tangisan sayu daripada rakan-rakannya. Semasa mereka melawat Suraya. Keadaan gadis itu baik-baik saja. Tapi, selang berapa minit selepas itu, Suraya dalam keadaan sesak nafas. Sekarang, semua rakan Suraya sedang menunggu di luar bagi memudahkan doktor yang bertugas dapat menyelamatkan sahabat mereka.

     "Rayyan? Nah, minum sikit air ni. Biar tenang sikit hati tu. Suraya akan okey. Percayalah." pujuk Zafril sambil menghulurkan sebotol air minerel kepada Rayyan.

     "Ril, mimpi tu. Mimpi tu akan menjadi kenyataan ke, Ril? Aku takut, Ril. Aku dapat rasakan, bahawa kebahagiaan aku akan tinggalkan aku, Ril." soal Rayyan sayu menyebabkan Zafril terkejut.

     "Rayyan! Bawa mengucap Rayyan. Apa yang kau mimpi tu, mainan tidur saja. Suraya akan selamat, kau kena percaya tu. Lagipun, ajal, maut, jodoh, pertemuan semua ditanggan Tuhan. Sudah, aku tak nak dengar kau mengarut macam ni lagi. Mari, aku teman kau basuh muka. Biar segar sikit." ujar Zafril sebelum memimpin sahabatnya menuju  ke arah tandas berhampiran.

     "Ouh, ya. Kamil, Farhan tolong aku tenangkan mereka dan tengokkan, Suraya. Mana tahu, doktor dah selesai rawat Suraya ke? Bagitahu aku." pesan Zafril dan mendapat anggukkan sebagai balasan.

R&S

     "Bersiap sedia semua. Musuh kita bukan calang-calang orangnya. Persiapkan diri dengan mental dan fizikal. Lawan sampai titisan darah yang terakhir. Jangan beri belas kasihan!" titah Putera Raja Rayyan Iskandar membuatkan semangat tentera yang mengikuti peperangan ini membara. Sejurus itu, pintu gerbang istana Megalia Kingdom hancur dirempuh oleh sebahagian besar makhluk ngeri milik Permaisuri Symiera.

     Tanpa membuang masa Raja Megalia Kingdom itu mengisythiharkan perang. Maka bermulalah sebuah peperangan antara hidup dan mati. Antara menang dan kalah. Antara adil dan zalim.

     Dalam beberapa minit saja kawasan peperangan mula di limpahi dengan banjir darah. Darah yang ditumpahkan demi mempertahankan negara dan tanah air tercinta. Bunyi pedang dan kuku berlaga antara satu sama lain. Tidak lupa juga, raungan kesakitan tidak kira di pihak yang baik mahupun jahat.

     Raja dan Permaisuri Megalia Kingdom, Panglima-panglima Megalia Kingdom dan seorang perajurit baru iaitu, Suraya. Buat masa ini, mereka tidak kenal erti penat mahupun lelah. Apa yang bermain di dalam kepala otak hanyalah tumpaskan musuh walau dengan apa cara sekalipun.

     Dalam asyik berperang. Tiba-tiba, pendengaran Suraya dikejutkan dengan bunyi jeritan seseorang yang dikenalinya. Suraya terkejut apabila seorang demi seorang yang dikenalinya jatuh menyembah bumi. Dia tidak pasti bahawa mereka hanya pengsan atau pun sudah pergi meninggalkannya selama-lamanya. Dia takut. Dia keliru dengan kenyatan di hadapannya. 

     Tapi, apa yang pasti. Dia tidak mahu orang yang mula bertapak di hatinya menjadi mangsa seterusnya. Dengan itu, langkah seribu di ambil bagi menyelamatkan mereka. Daripada kejauhan, Suraya sudah nampak seorang gadis berkerudung hitam berlari dengan laju sambil menghunus pedang berapi miliknya menghampiri seseorang menyebabkan Suraya menambahkan kelajuan pada kakinya untuk berlari. Dengan itu, dapatlah Suraya menghalang pedang milik gadis misteri itu daripada terbenam ke dalam dada Raja Megalia Kingdom.

     Putera Raja Rayyan Iskandar terkejut dengan perbuatan Suraya, begitu juga dengan gadis misteri itu sebelum dia berundur ke belakang dan bertanya dengan nada angkuh.


     "Siapa kau? Berani-beraninya kau menghalang serangan aku? Kau belum kenal aku siapa, ya? Aku adalah Permaisuri Symiera, Ratu kepada kegelapan. Apa sekarang kau masih mahu menentang aku?"

     Suraya hanya tertawa sinis apabila mendengar kata-kata gadis yang menggelarkan dirinya Ratu Kegelapan itu sebelum membalas. "Kau tidak perlu tahu aku siapa. Tapi, aku izinkan kau menganggap aku sebagai penyabut nyawa kau. Dan aku juga, tidak peduli kau siapa. Tapi, sekiranya kau mahu membunuh Raja Megalia Kingdom, langkah mayat aku dulu!"

     "Wah! Bagus. Seorang yang bersemangat waja untuk mati. Marilah! Kau ingat aku takut dengan perempuan mentah macam kau ni?" ujar Permaisuri Symiera lagi. Dia pantang sekiranya orang yang lebih lemah darinya mahu tunjuk kuat. Padahal, ianya lemah tidak berdaya. Baginya, ia hanya perbuatan yang sia-sia.

     "Marilah! Aku pun tak takutlah. Bersedia untuk mati Permaisuri Symiera." Balas Suraya sambil memberi tundukan hormat sebagai tanda menyindir.

     "Tak guna. Kau ingat, kau hebat sangat? HIARGHH!!" ujar Permaisuri Symiera bengang sebelum menyalakan api pada pedangnya.

     "Suraya! JANGAN!" tidak sempat Raja Megalia Kingdom itu mahu menahan, Suraya terlebih dahulu berlari ke arah Permaisuri Symiera sambil menghunus pedang pemberian Putera Raja Rayyan Iskandar.

     'Tuanku, maafkan saya kerana tidak mengikuti keinginan, Tuanku. Tapi, izinkan saya untuk mempertahankan negara,Tuanku sehingga titisan darah saya yang terakhir.' Monolog Suraya dalam hati sebelum pedang miliknya dan Permaisuri Symiera bertembung.

To Be Continued...

P/s: saya dah rasa cerita ni dah semakin hambar.. rasa nak padam pun ada.. gantikan dengan cerita baru.. apa pendapat korang??

sebarang ketypoan dan kesalahan tatabahasa amat dikesali!

RANTAI (Complete) Where stories live. Discover now