BAB 18

1K 59 5
                                    

P/s: Perhatian! Lagu kat atas tu jangan buka lagi tau. Nanti, dah sampai part saya suruh buka, baru buka tau.. Huhu

     Malam hampir menunjukkan diri. Tapi, raungan dan jeritan masih bergema. Pedang dan kuku masih dilibaskan ke arah musuh. Darah yang ada, makin banyak di tumpahkan.

     Dalam asyik berlawan, salah seorang daripada mereka telah terbunuh menyebabkan darah merah kehitaman tersembur dari mulutnya.

     "Kau dah kalah!" ujar si pemenang.

     "Ka.. Kau mung.. Mungkin sudah menang. Ta.. Tapi, a.. Aku belum kalah." selepas si kalah menyudahkan bicaranya. Darah merah kehitaman bertambah banyak keluar daripada mulutnya serta merta menyebabkan dia rebah menyembah bumi.

📖

     "Wei, aku tak sedap hatilah. Asal dia orang lambat sangat buat kerja ni. Aku nak jumpa Suraya lah." ujar Shida sambil berjalan ke hulu ke hilir.

     "Cuba bawa bertenang. Su, akan ok." pujuk Ain selepas mengesat sisa tangisannya yang masih ada.

     "Aku tak nak Suraya tinggal kan, kita. Walaupun, aku ni acuh tak acuh layan cerita dia. Tapi, aku tetap suka telatah dia. Aku rindu dia wei." balas Shida selepas mengambil tempat di sebelah Bella.

     "Kita orang pun rindu dia." ujar Bella sayu sebelum mereka berpelukan erat. Kamil dan Farhan hanya memerhati dengan hati yang sayu.

📖

     Suraya yang melihat keadaan musuhnya itu tersenyum sebelum dia menapak ke arah Raja Megalia Kingdom.

P/s: Okay, sekarang korang dah boleh buka lagu di atas.. Baru lah ada feeling² tengok movie.. Hehehe

     Tapi, belum sempat dia sampai pada raja Megalia Kingdom terasa sesuatu benda tajam telah menusuk perutnya menyebabkan darah merah tersembur keluar lalu beliau rebah menyembah bumi.

     "Ka.. Kau ingat. Ka.. Kau sudah me.. Menang? A.. Aku tak a.. Akan benarkan ka.. Kau bahagia. Ji.. Jika aku ti.. Tidak memilikinya. Ka.. Kau pun ti.. Tidak akan me.. Memilikinya!" ujar Permaisuri Symiera tersekat-sekat akibat menahan kesakitan yang dialaminya sebelum mengangkat pedangnya tinggi.

     Tapi, belum sempat pedangnya mahu dibenamkan pada Tubuh Suraya buat kali kedua. Dia telah tercampak jauh akibat serangan yang dibuat oleh Putera Raja Rayyan Iskandar.


     "SURAYA!" jerit Putera Raja Rayyan Iskandar sebelum berlari ke arah Suraya.

     "Suraya? Ti... Tidak. Tolonglah, tidak." ujar Putera Raja Rayyan Iskandar sayu apabila baginda sudah berdiri di sisi Suraya. Pilu hatinya melihat gadis yang mula bertapak di hatinya menahan kesakitan.

     Perlahan-lahan raja Megalia Kingdom itu bersimpuh di sisi Suraya sebelum menarik tubuh gadis itu kepangkuannya.

     "Tuanku... Huk! Huk!" panggil Suraya perlahan sebelum terbatuk menyebabkan darah merah miliknya tersembur keluar.

     "Suraya, jangan." ujar Putera Raja Rayyan Iskandar sayu akibat menahan sebak di dada. Bertambah perit hatinya melihat gadis itu dalam keadaan kesakitan. Andai kata, dia boleh memindahkan kesakitan gadis itu ke atas dirinya, dia rela.

     Suraya hanya tersenyum sebelum berkata. "Tuanku, pa... Patik min... Minta maaf. An... Andai kata, pa... Patik pergi ter... Lebih dahulu. Pa... Patik harap..." belum sempat Suraya menyelesaikan kata-katanya satu suara telah menyampuk dengan ketawa sinis yang sengaja dikuatkan.

     "Hahahaha... Huk! Huk!" ketawa Permaisuri Symiera sinis sebelum terbatuk menyebabkan darah merah tersembur keluar. Beberapa saat selepas itu, dia menyambung kembali percakapannya.

     "A.. Apa yang, ka.. Kau harapkan, Huh? Ber.. Berharap, jan.. Jantan tak gu.. Guna ni! Ma.. Mati sekali de.. Dengan kau?! Bo.. Boleh saja." ujar Permaisuri Symiera gagap akibat menahan perit di tubuhnya, sebelum dia berusaha berdiri dengan kudrat yang ada menggunakan pedang miliknya sebagai tempat dia menampung badan.

     Raja Megalia Kingdom yang mendengar kata-kata musuhnya bengang sebelum mengambil keputusan untuk menuntut bela keatasan kematian kekasih hatinya. Mungkin dulu, dia tidak mempunyai kesempatan. Tapi, sekarang dia akan membalas dendam di atas segala perbuatan musuhnya terhadap orang yang di sayangnya. Sebelum berdiri, baginda sempat memesan pada Suraya yang sedang melawan kesakitan.

     "Suraya. Beta tidak akan mempersiakan kesakitan yang kamu tanggung. Beta akan menuntut bela. Izinkan beta sebelum kamu menutup mata sayangku." ujar Putera Raja Rayyan Iskandar dengan linangan air mata sebelum menghadiahkan ciuman hangat di dahi kesayangannya.

     Kemudian, baginda meletakkan kepala Suraya perlahan ke atas tanah sebelum mengambil pedang miliknya yang di hadiahkan pada gadis itu untuk mempertahankan diri semasa berperang sebentar tadi. Selang beberapa minit baginda berdiri dan bersedia untuk menghapuskan musuhnya yang liat untuk mati. Begitu juga dengan Permaisuri Symiera yang nampaknya sudah bersedia untuk berperang sekali lagi.

     Tetapi, belum sempat dia berbuat apa-apa dia dikejutkan dengan cahaya biru terang yang keluar dari kalung yang dipakai Suraya.

     Sebenarnya, dalam tidak sedar, titisan air mata milik Putera Raja Rayyan Iskandar telah jatuh ke atas rantai permata biru milik Suraya semasa baginda mengucup dahi gadis itu, membuatkan mereka yang berada di situ berasa silau.

     "Apa yang berlaku?" ujar Adinda Nabella selepas terjaga dari pengsan. Diikuti oleh panglima-panglima Megalia Kingdom yang lain.

     "Eh, mengapa dengan Suraya?" ujar salah seorang daripada mereka akibat kejut dengan keadaan Suraya yang terapung ke udara akibat cahaya terang tadi. Baju yang selalu dipakainya berubah ke gaun berwarna biru muda. Begitu juga dengan rambut dan anak matanya yang dulu berwarna hitam, tetapi sekarang sudah bertukar ke warna biru lembut.

     Selang beberapa minit, cahaya yang mengelilinggi Suraya hilang dengan perlahan menyebabkan dia mendarat dengan selamat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Selang beberapa minit, cahaya yang mengelilinggi Suraya hilang dengan perlahan menyebabkan dia mendarat dengan selamat.

     "Bersedia untuk mati, sahabatku!" ujar Suraya sebelum mengeluarkan kuasanya.

To Be Continued...

P/s: hahaha.. Nak muntah masa buat part heroin cerita ni tukar baju.. Tersangat, sangat, sangatlah annoying.. Huhu.. Apa2 pun.. Enjoy tau.. Tata.

Segala ketypoan dan kesalahan tatabahasa amatlah dikesali!

RANTAI (Complete) Where stories live. Discover now