BAB 8

1.1K 62 0
                                    

"Izinkan aku menatap pandangan matamu lagi, sayang."

     "Sudah bersedia Siti Suraya Az-Zahrah?" soal Nora Shida.

     "Sudah... Kot." ujarnya lalu tersengih.

     "Kot? Apa kot-kot?! Ini bukan main-main, ini perkara serius tahu tak?" soal Nora Shida lagi.

     "Errr... Maafkan saya kerana menyampuk, Panglima Nora Shida. Izinkan saya terangkan duduk perkara sebenar. Sebenarnya, Suraya tidak tahu langsung kuasa apa yang dia miliki dan jika beliau tahu pun, dia tetap tidak tahu cara menggunakan kuasanya." terang Nurul Ain satu persatu.

     "Susahlah, kalau macam ini." keluh Panglima Farhan.

     "Habis itu, bagaimana kita mahu mempersiapkannya untuk mengalahkan perempuan jahat itu? Dengan tangan kosong?" Soal Nora Shida lagi.

    "Saya ada cadangan, apa kata kita ajar dia teknik lawan pedang, memanah ke? Kan, sekurang-kurangnya dia ada kemahiran seni mempertahankan diri." cadang Panglima Zafril.

     "Hah! Main pedang? Nak! Nak!" balas Suraya kesukaan.

     "Tak boleh! Permaisuri Symiera itu ada kuasa. Kuasanya pula kuat. Sekali tembak saja, separuh kerajaan Megalia Kingdom ini akan hancur. Kalau begitu, belum mula berperang pun gadis ini sudah mati terbunuh." bangkang Nora Shida habis-habisan.

     Kata-kata yang keluar dari bibir mugil Nora Shida itu membuatkan Suraya hilang semangat untuk berlatih. "Ala... Baru nak main pedang." bisiknya perlahan.

     "Panglima Nora Shida, belum cuba, belum tahu. Mana tahu, di kemudian hari, dia lebih hebat daripada kita." pujuk Panglima Kamil.

     "Tapi..." kata-kata Nora Shida terhenti apabila terpandang mata Suraya yang berkilauan akibat pancaran sang suria.

     "Yalah, yalah. Kita ajar dia kemahiran lawan pedang. Sudah bersedia Siti Suraya Az-Zahrah?" soal Nora Shida sebelum mencapai 2 bilah pedang dan 1 daripadanya dibaling ke arah Suraya. Sangkanya pedang itu akan terlepas dari disambut gadis itu, tapi sayang, sangkaannya meleset sama sekali. Sebaliknya Suraya menangkapnya dengan baik sekali. Dari situ mereka tahu, bahawa Suraya bukan calang-calang orang yang dipilih.

     "Sedia!" balas Suraya apabila pedang elok terletak ditangannya.

     "Mari kita mulakan. Hiargghh!!"

📖

     "Benarkah, dia orangnya Adinda Nabella?" ujar Tuanku Putera Rayyan Iskandar Alam Shah.

     "Benar, Tuanku. Melalui tilikan patik. Gadis inilah yang kita tunggu sekian lamanya. Lihat saja pada kalung yang tergantung di lehernya. Ia bukan kalung biasa-biasa, Tuanku. Ia Kalung yang mempunyai kuasanya yang tersendiri. Dan juga, mampu memberikan kuasa kepada si pemakai, Tuanku. Dialah gadis yang bisa mengalahkan Permaisuri Symiera, Tuanku." terang Adinda Nabella satu persatu.

📖

     Tit... Tit... Tit... Tit... Tit... Tit... Bunyi mesin degupan jantung berbunyi dengan laju, menandakan Suraya dalam keadaan kritikal.

     "Apa yang berlaku ni?" soal Shida, terkejut melihat mesin mengesan degupan jantung itu berbunyi dengan laju.

     "Panggil doctor, Shida. Panggil doctor! Suraya dalam keadaan tak stabil." arah Rayyan tanpa lelah menekan punat kecemasan di penjuru kepala katil.

RANTAI (Complete) Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu