Dua Puluh Lapan [Come Back]

15.7K 600 106
                                    

Esok paginya tak seperti selalu, aku bangun lambat. Jadi setelah terkocoh kocoh mandi dan bersiap aku terus turun ke bawah untuk membuat sarapan. Rasa bersalah sebenarnya, bangun lambat macam ni, kesian ummi masak seorang. Zu pun memang masih terlentang tidur.

Tadi bila lalu depan bilik Zen Zafran pun, pintu masih tertutup. Alah diorang, kejut sarapan baru turun. Bilik Zaquan pun masih tertutup. Aku syak semua tidur lambat, sebab main Monopoli sampai lewat malam semalam. Malam tadi, aku tak tahulah memang Nadia tu bodoh ke apa main Monopoli. Asyik ke penjara je. Sebab game tu hanya boleh 4 orang. Macam biasa, Zain jaga bank. Yang main, aku, Zu, Zafran dengan Zaquan. Lepas tu bila dah tengah tengah Nadia tu pulak nak join, kata bosan kat bilik. Terpaksa lah Zaquan mengalah, bagi Nadia main.

Zaquan yang mula mula memang banyak aset, lepas ke tangan Nadia, asyik kena bayar je. Hutang Hotel aku pun tak boleh bayar.

Meremang bulu telinga aku ni, tengok Nadia tu merenyam dengan Zaquan. Sikit sikit tepuk badan Zaquan. Tu gelak nya, kalau boleh nak kasi pecah tingkap semua. Aku tak tahulah apa yang kelakar, masuk penjara pun kelakar eh?

Lepas tu bila dah nak kalah, papan monopoli tu diteraburkan. Bila orang marah, sengih sengih.

Hesy, bila pikir balik je, rasa nak marah je lagi.

" Tak takut ke Long?"

Baru aku ingin melangkah ke dalam dapur, ada suara Puan Maryam sedang berborak dengan ummi. Niat aku untuk masuk ke dalam dapur terhenti. Rambut yang panjang aku ikat satu di belakang.

" Entah budak mana entah tu long. Tak semenggah Yam tengok "

Jantung aku terasa kehilangan rentak degupan. Kaki pula aku seakan terpasak ke lantai dapur.

" Apa yang tak semenggahnya? Baik budak nya ngah. Rajin manis baik. Along pun berkenan. Kalau kat dapur dia je lah yang tolong. "

" Baik along cakap? Along tak nampak ke rambut kaler kaler macam tu. Agamanya ni mana boleh buat main long. Solatnya tu, diterima ke? Heh entah solat entahkan tidak. Setakat tolong ke dapur, Nadia pun pandai long. "

Aku tunduk merenung lantai. Aku dah biasa menerima kata kata begitu. Tapi entah kenapa, hari ni emosi aku koyak. Aku khilaf dalam beragama. Ya aku dah lama tak solat. Aku tahu tu dan aku tak pernah bangga dengan hakikat tu.

" Itu urusan dia dengan Allah lah ngah, asal kalau sesama manusia ni dia baik dengan kita. Dah lah kang kalau dia dengar terasa budak tu. "

" Tak ada lah. Along kena fikir tau, kat rumah ni banyak teruna. Zen Zafran tu bukan budak kecil lagi. Dah besar panjang dah. Tak takut ke kalau apa apa jadi. Haih kalau Yam, memang awal awal tak bagi duduk sini. Takut je kalau ada yang cucuk jarum. Haihh simpang malaikat-"

" Tak apa cik, saya tak bercadang pun nak tinggal lama kat sini. Lepas je saya dapat rumah sewa, nanti saya pindah."

Aku tak dapat kawal emosi bila akhirnya aku bersuara. Macam aku cakap, aku taklah sebaik mana. Takkan aku nak diam sahaja, orang memijak mijak kepala aku.

Bila aku tiba tiba menyampuk tadi, terdiam Puan Maryam. Aku tak rasa di perasan aku berada di situ sejak tadi.

Masa sarapan tadi, suasana tegang. Aku langsung tak buka mulut ingin menyampuk apa apa. Bila disoal sahaja aku menjawab. Aku betul betul harap, tiada siapa akan membuka mulut tentang perkara tadi. Aku tak nak dicop kurang ajar. Tadi bila aku sibuk nak senduk nasi goreng ke dalam mangkuk, ummi sempat pujuk aku. Aku hanya senyum. Aku tahu ummi susah hati.

" Kau asal mana? "

Aku dengar suara Puan Maryam, bila aku angkat muka, dia sedang memandang aku.

Redrose Where stories live. Discover now