Empat Belas [ Yeayy! ]

27.1K 773 89
                                    

Zaquan

"Allah! "

Aku terbangun mengejut dari tidur, entah bila aku tertidur pun aku tak perasan. Rasa pening akibat menukar kedudukan badan secara tiba tiba, aku buat tak endah. Telefon di tepi bantal aku capai, 11.15 am.

Haish, siot je. Tadi lepas sampai, ingat nak baring sekejap je, tup tup tertidur terus. Maklumlah, dah dekat dua minggu tak balik rumah, selesa sangat kut.

Aku bangun, melegakan sendi pinggang yang lenguh. Aku jeling jam di penjuru kanan bilik, rasanya, kejap lagi, mesti umi panggil makan. Mandi sat lah. Lambat-lambat, aku mencapai tuala mandi pada belakang pintu sebelum melangkah ke bilik mandi.

Tak perlu lama, sepuluh minit aku keluar dengan bertuala semata. Aku menyelongkar almari kayu sebelum mengambil sehelai tshirt Polo berwarna hitam kosong yang aku yakin milik Zain. Mampuih lah, sapa suruh hang letak almari aku.

Cermat aku menyarung baju dengan sebelah tangan lagi menahan tuala dari terlucut dari pinggang.

Mulut pula terus menyanyi lagu animal dari maroon 5.

" Baby, I'm preying on you tonight
Hunt you down eat you alive
Just like animals, animals, like animals-mals
Maybe you think that you can hide I can smell- Awwwwww, fuck! "

Entah kenapa tiba tiba terasa seperti ada sesuatu yang menggigit gigit di belakang badan aku.

Terjoget-joget aku mengibas-ngibaskan badan dengan sebelah tangan masih memegang tuala. Sakit sial!

" Tolongggg! Ummmmiiiii! Zuuuuuu! " spontan aku terjerit meminta tolong.

Sial, aku tak tahu binatang apa yang merayap di belakang badan aku tika ini tapi rasa sakit yang teramat sangat ini menggigit gigit setiap inci tubuh, hingga berair mata aku menahan. Tangan masih sedaya upaya meraba belakang tubuh walau tidak sampai.

Hampir sahaja aku mencarut kuat sebelum berakhir dengan helaan lega apabila

hujung telinga aku menangkap tombol pintu dibuka sebelum terasa derap kaki laju menghampiri aku. Aku dapat agak itu Zulaikha tanpa perlu berpaling, akibat dari biasan imej dari cermin.

"Zu, kau tengokkan, weh apa benda yang merayap ni?! " aku tanpa berfikir panjang terus menyelak baju ke atas. Mempamerkan belakang badan aku kepadanya.

Apabila aku merasakan yang dia hanya terdiam, aku jadi geram. Main main pulak dia!

" Zu, cepatlah! Pedih tau tak? Sakit gi- Awwwwww! "

Terjerit lagi aku apabila terasa ada puluhan gigitan kecil merayap di belakang badan.
Lambat lambat aku dapat rasa tangan itu mengusap laju belakang tubuh aku. Aku dapat lihat beberapa ekor semut api yang jatuh ke lantai. Sial, semut api mana datang pun aku tak tahu! Pedih babi, dia gigit!

Baru aku ingin menarik nafas lega, aku dapat rasa sensasi pedih yang sama kembali menggigit.

"Zu, ahh sakit wehhhhhhh, dia turun pulakk dah! " terbeliak mata aku apabila terasa gigitan betul betul di punggung aku. Terloncat loncat aku menari menghalang semut durjana itu dari turun ke bawah lagi.
Mampus lah,

Redrose Where stories live. Discover now