Tiga Belas [ Feeling Blessed ]

28.5K 828 39
                                    

Mellisa

Tepat jam 9.45 pagi, kereta milik Zaquan dan diekori oleh Honda Civic aku membelok ke dalam sebuah taman perumahan. Sejak seminggu lalu, hati aku dibebani dengan seribu satu masalah. Dan, bagi aku tak keterlaluan jika dikatakan aku masih terkejut. Sekelip mata, aku hilang segalanya. Buat kali pertamanya aku rasa segala kebahagiaan aku dirampas pergi. Hilang, semua rasa sayang yang pernah aku rasa. Hilang tempat aku untuk bergantung harap selama ini.

Life that's not worth living.

Kosong.

Dan entah kenapa, lembut sahaja hati aku mengikut setiap kata Zaquan kali ini. Kadang aku merasakan bahawa aku dan Zaquan sudah kenal lama. Aku tak layak untuk lelaki sesempurna Zaquan. Aku bukan sesiapa baginya namun dialah orang yang paling dekat dengan aku sekarang.

Aku tak sedar apabila BMW milik Zaquan akhirnya berhenti di halaman sebuah rumah banglo berwarna biru laut. Cantik, sangat cantik, macam fairytale. Di penjuru kanan rumah itu terbina sebuah rumah orkid diperbuat daripada kayu. Indah digantungkan dengan pelbagai spesies orkid hutan.

Serta merta perasaan takut dan gemuruh mengalir laju ke dalam setiap salur darah aku. Hormon adrenalin dirembes laju ke seluruh badan membuatkan jantung aku tak berhenti berdegup pantas. Takut dan risau. Aku takut dengan penerimaan keluarga Zaquan.

Tuk. Tuk.

Terhenjut bahu aku apabila merasakan ketukan pada cermin kereta aku. Cermin tingkap aku turunkan apabila menangkap wajah Zaquan.

"Jom masuk, Umi call aku tadi, dia kata dia pergi beli barang dapur. So, kat rumah ada adik perempuan aku je,"

Bila melihat aku hanya terdiam, dia mengeluh sebelum bertindak membukakan pintu kereta untuk aku. Dia pandang wajah sugul aku dengan senyuman.

" Mell, kan aku dah cakap, - "

" Zaquan, saya tahu.. we'll be fine. " Aku potong katanya dengan senyuman juga.

" Pandai! " Aku hanya senyum apabila dia terus bertindak mengusutkan rambut di kepala aku.

" Amboi.. gediknyaa abang!"

Tertoleh serentak aku dan Zaquan apabila menangkap suara seorang perempuan menjerit dari dalam rumah.

Aku pandang wajah Zaquan yang sengaja dibuat meluat.

" Mell, rule number one, tahan je dengan adik saya yang satu ni."

"So, abang. Bila nak kenalkan kat Zu? " Gadis dalam dalam lingkungan dua puluh-an tahun itu asyik menyiku Zaquan yang dari tadi tidak mengendahkannya. Matanya tak lepas dari memandang ke arah aku.

"Ah kau. Sibuk lah" terus sahaja tubuh genit itu ditolak ke tepi oleh Zaquan yang sedang memindahkan bagasi ke dalam rumah.

Geram mungkin dengan perangai jengkel abangnya, dia berlari mendapatkan aku.
"Assalamualaikum, awak ni girlfriend abang ke? "

" Eh,-"

Pap!

Aku hanya mampu tergelak apabila fipper merah milik Zaquan sudah mendarat tepat mengenai belakang badan gadis dihadapan aku ini. Pecah tawa Zaquan melihat reaksi terkejut adiknya.

"Woi, sakit lah!"
"Padan ngan muka hang, sebok manjang"

"Jom, "

Usai mengambil bagasi terakhir, Zaquan menyuruh aku masuk bersamanya.

Pandangan aku pertamanya, menyapa ruang tamu rumah hasil gabungan warna gloomy yellow dan bright purple. Cantik dihias konsep bold and bright. Wallpaper dinding bercorak bunga daisy yang menjadi latar dinding sahaja cukup memukau pandangan aku. Pemilihan bijak perabot minimalistic menyerlahkan lagi pesona ceria ruang tamu ini. Entahkan siapa yang mereka hias latar rumah ini, yang pasti dia pasti cukup genius. Bijak mencampur warna hingga mencipta gabungan cukup harmonis. Aku menyoroti susun atur rumah hingga pandangan aku menyapa sebuah potret keluarga berbingkai kayu tergantung di dinding pada bahagian tengah tangga. Fokus aku terganggu apabila mendengar derap kaki seseorang menghampiri aku.

"Oh, that's my family. "

Aku pandang sebelah, melihat Zaquan yang sedang memandang tepat ke wajah aku.

Aku pandang kembali potret keluarga yang tergantung di hadapan aku ini.

"Yang dua orang belah kanan tu adik lelaki aku."

Dua orang lelaki yang sedang berdiri sebelah menyebelah di dalam gambar itu aku perhati teruja.

" they really look alike!"

" Of course Mellisa, they are twins."

Aku membuat bentuk o dengan mulut. Teruja. Memang seiras sangat mereka berdua. Kalau duduk menyebelah memang tak boleh nak beza. Kedua-duanya ada wajah iras Zaquan. Ya, lesung pipit di pipi kanan mereka persis milik Zaquan.

"Sekarang diorang still belajar kat MRSM Melaka, Form 5. Perempuan yang kat tepi tu haa, satu-satunya adik perempuan aku. Zulaikha. Baru dua bulan kerja doktor sakit tuan, favorite dia,"

Zaquan memandang adiknya sebelum menangkap jelingan Zulaikha.

" Hah, percayalah orang gila tu. " aku dapat tangkap jeritan Zulaikha.

Dia kembali memandang aku dengan sengihan. Aku pukul lengannya malas malas.

" Stop it Zaquan !"

Dia hanya mengangkat bahu .

" Next, of course yang pakai baju melayu biru tu ayah aku. Well, dia meninggal dunia masa Zulaikha and I were in primary school. Heart attack. Adik adik lelaki aku, Zain, Zafran tak kenal sangat pun dengan ayah. Sebab tu, kitorang rapat sangat dengan Ummi." dia berhenti seketika.

"Lastly, yang kat tengah tu, my one and only ummi. My favorite woman in the whole world. " aku boleh nampak sinar bahagia di mata Zaquan apabila dia menuturkan semua itu.

Bertuah sesiapa sahaja yang mendapat anak sebaik Zaquan. Terasa diri aku kerdil disini. Ya, aku bukan sesiapa.

" Jom, aku tunjuk bilik kau. " Zaquan menarik bagasi aku.

Aku dibawa menaiki tangga ke tingkat dua rumah. Sebuah bilik dengan pintu kayu bewarna putih dibuka. Terus sebuah bilik berwarna biru terpampang dihadapan aku.

" Mell, kau kemaslah apa yang patut dulu, nanti kalau ummi dah balik I'll call you okay? Bilik aku kat sebelah bilik kau, pintu warna coklat. If you want anything just knock on the door. Of course, make yourself at home. "

Aku tutup pintu usai Zaquan melangkah keluar. Perlahan, katil aku dekati sebelum punggung, aku labuhkan disitu.

Aku janji aku akan keluar dari sini selepas sahaja aku mendapat tempat tinggal. Kak Anne dah janji nak tolong dapatkan aku rumah sewa secepat mungkin.
Bukan aku tak sudi tinggal di sini. Bagi aku mereka terlalu baik untuk aku. Dan ya, aku tak mahu terhutang budi dengan mereka. Lagi-lagi dengan lelaki seperti Zaquan.

Aku salin baju blouse kepada T-shirt lengan panjang berwarna biru kosong. Aku hendak turun ke bawah. Tak selesa berlama di dalam bilik sendiri. Aku kena pandai bawa diri.

Aku tinggalkan bagasi di hujung katil. Rambut yang panjang, aku ikat ekor kuda ke belakang secara ala kadar.

Pintu aku buka mengejut. Dan ternyata turut mengejutkan seorang wanita yang sedang berdiri di luar bilik aku.

"Allah!"

Wanita separuh umur yang masih kemas bertudung itu memandang aku tanpa kelip.

"Ummi okay?"

Dan aku tak sedar apabila sebaris panggilan itu tiba tiba meluncur laju dari mulut aku.

Aku hanya kembali sedar apabila sesaat kemudian tubuh itu sedang memeluk erat tubuh aku.

#RedRose

🌼 drop your comments! Pls pls pls.
🌼 I'm so sorry for the late update.




Redrose Where stories live. Discover now