Bab 5 - bahagian ii

628 11 3
                                    

Alfian berjalan dengan segera keluar daripada biliknya. Sementara itu Azeem duduk sambil mendengar muzik yang dipasang. Sambil minum dan melayan muzik yang terpasang, dia memerhatikan keadaan pejabat tersebut. Keadaannya tidak terurus dan kemas, dengan banyak fail dan buku yang diletakkan di sana-sini. Terdapat juga beberapa peralatan eletronik, laptop, smartphone dan juga konsol PS3. Azeem juga terpandang sepucuk pistol otomatik yang disimpan di dalam holster di atas meja kerja Alfian. Memang kebanyakan staf ESPIONAJ dibenarkan untuk membawa senjata bagi melindungi diri, walaupun mereka bertugas di bahagian UPO yang mungkin berisiko rendah. Namun setelah berlaku beberapa percubaan untuk menculik saintis-saintis ESPIONAJ bagi mencungkil rahsia penyelidikan mereka beberapa tahun lalu, pihak pengurusan tertinggi ESPIONAJ mengarahkan mereka untuk membawa senjata bagi tujuan keselamatan.

Alfian kembali ke pejabatnya sambil membawa sesuatu di tangannya. Kelihatannya seperti sebuah alat gerudi, namun saiznya kecil dan tidak bermata.

"Apa tu?" tanya Azeem.

"Haa, lepas ni kau dah tak boleh menyorok lagi. Pegi mana pun kami boleh trace."

"Maksud kau?"

"Alat ini kami guna untuk masukkan alat pemancar isyarat mikro ke dalam tubuh kau, bro," jawab Alfian selamba sambil tersengih. "Alat pengesan untuk mengesan."

"Ooo..."

"So kalau ejen-ejen kita ada di lapangan, kami boleh kesan kedudukan mereka."

"Ni tak ada apa-apa kesan sampingan ke? Aku bukan suka sangat masukkan benda-benda asing ni dalam badan."

"Setakat ni, no known side effects, relaks la. Korang semua patut rasa lebih selamat dengan ada pengesan di dalam badan." Alfian menunjukkan sampel alat pemancar isyarat bersaiz mikro yang dipegang menggunakan ibu jari dan jari telunjuk tangan kanannya. Azeem mengambil alat pemancar tersebut lalu menelitinya. Dia mengangkat kening, menunjukkan ia kagum dengan teknologi yang ada. "Nak tembak di mana?"

"Bahu..."

"Okey," jawab Azeem lalu meletakkan botol Barbican di atas meja. Dia seterusnya membuka baju untuk membolehkan Alfian memasukkan alat pemancar isyarat ke dalam tubuhnya.

"Tahan ya, pedih sikit, tapi kejap aje." Alfian terus menekapkan hujung alat untuk menanam pemancar isyarat ke dalam tubuh Azeem. Dia terus menekan picu lalu alat tersebut mengeluarkan bunyi. Pada masa yang sama, riak muka Azeem sedikit berubah kerana menahan pedih.

"Okey, dah setel."

Azeem mengoyangkan bahu kanannya beberapa kali untuk menghilangkan rasa kebas. Rasa pedih di tempat yang dicucuk masih ada. Selepas beberapa ketika, dia mengenakan semula bajunya. "So sekarang ni kau dah boleh kesan aku berada di mana?"

"Yup, tengok tu," kata Alfian sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah skrin komputer yang terdapat di biliknya. Mata Azeem tertumpu kepada skrin yang sama.

Alfian berjalan ke meja lalu menaipkan sesuatu di komputernya. Beberapa ketika kemudian Azeem dapat melihat rajah skematik tingkat tersebut dan sebuah bintik merah yang berkelip-kelip. "Itu aku?"

"Yup."

"Canggih."

"Seperkara lagi, Azeem, ada sesuatu yang aku nak beri pada kau." Alfian berjalan ke sebuah peti besi kecil lalu membukanya. Dia mengambil sesuatu daripada peti besi kecil lalu menutupnya semula. Sebuah lighter Zippo yang berkilat. Alfian mencampakkan lighter tersebut ke arah Azeem. Azeem menangkapnya.

"Cantik... tapi aku tak merokok... sekali-sekalau hisap cerut tu adalaa..."

"Azeem, tu bukan semata-mata lighter.... ada kegunaan lain," jawab Alfian sambil menghulurkan tangan meminta lighter kembali.

Azeem menyerahkannya semula kepada Alfian. Alfian memegang lighter tersebut dengan menggunakan tangan kanannya.

"Tengok baik-baik..."

Alfian menolak penutup lighter dengan menggunakan ibu jarinya lalu menutupnya kembali dengan jari telunjuk. Dia mengulanginya sebanyak 2 kali lagi. Azeem hanya memandang dengan muka clueless.

"So? Apa fungsinya?"

"Tiga kali kau bukak dan tutup penutup lighter ni akan menghidupkan isyarat, kami akan anggap sebagai isyarat distress. Dalam lighter ni ada peranti GPS mikro yang akan bagi kami kedudukan ko apabila isyarat dicetuskan."

"Ooo..." Riak muka Azeem kelihatan kagum dengan lighter tu.

"Tapi jangan guna sembarangan. Guna bila kau betul-betul susah. Contohnya bila kena tangkap."

"Hopefully tak sampai ke peringkat itu." Azeem memandang Alfian dengan pandangan yang serius.

"Hopefully," sambut Alfian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ESPIONAJ : Dosa Sang PetualangWhere stories live. Discover now