(2)

6.1K 215 9
                                    

"Kau betul ke tak nak aku hantar?" Tanya Maira. Risau dia dengan Alyah. Apa-apa je boleh jadi kalau berseorangan.

Hari ni Alyah akan pulang ke Malaysia. Dia nak ke airport seorang diri. Sudah beberapa kali Maira menawarkan diri untuk hantar Alyah ke sana. Tetapi dia menolak keras dan tetap dengan pendiriannya.

"Betullah. Aku tak nak menyusahkan kau. Dalam masa 5 tahun ni, aku dah banyak menyusahkan kau." Kata Alyah. Tangannya sibuk mengemas baju-bajunya masuk ke dalam beg pakaian.

"Kau tak menyusahkan aku langsung. Kalau kau tak nak aku hantar, meh aku call Faqih suruh dia tunggu kau kat KLIA nanti." Laju sahaja Alyah menggeleng. Dia nak buat suprise untuk Faqih. Jadi tak bolehlah nak bagitahu Faqih.

"Tak payahlah bagitahu dia. Aku kan dah cakap yang aku nak buat kejutan untuk Faqih tu." Alyah menyambung mengemas pakaiannya.

"Okay siap." Alyah tersenyum puas. Tak sabar rasanya dia nak lihat wajah Faqih pabila melihat dia pulang mengejut.

Maira tak mampu berkata apa-apa. Dia terpaksa bersetuju dengan permintaan Alyah. Alyah memang macam tu. Jika dia berkata begitu, dia akan buat.

********
(Faqih)

Aku hanya melihat Fahmi yang bermain dihadapan aku. Umur Fahmi dah 3 tahun. Mood aku hilang dibawa angin. Hari ni aku tak rasa gembira langsung. Dah 2 hari Alyah tak menelefon aku. Kalau aku yang call nanti takut Alyah sibuk pulak.

"Uncle Faqih, mainlah dengan Fahmi." Rengek Fahmi sambil menarik muncung. Tangan kanan aku ditarik-tarik.

Ni lagi satu masalah. Zaq dengan Astrid pergi keluar jejalan berdua. Fahmi diorang tinggalkan dengan aku. Bijak betul idea kau Zaq.

"Uncle penatlah Fahmi. Fahmi tidur ye. Jom Uncle teman Fahmi tidur." Pada mulanya Fahmi merungut. Setelah dipujuk beberapa kali barulah dia dengar kata.

Betul sangkaan aku. Budak ni bila dah besar, perangai sama macam Zaq. Dah lah aku kena jaga Fahmi. Mentang-mentanglah aku ambik cuti sebulan, Zaq suruh aku jaga anak dia. Redha je la layan budak hyperactive ni.

Fahmi baring disebelah aku. Aku mengusap kepalanya. Perlahan-lahan Fahmi terlelap. Aku tersenyum. Bolehlah aku pergi makan kejap. Dari pagi layan Fahmi sampai tak da masa nak makan.

Langkah diatur ke ruang dapur. Jam di dinding menunjukkan pukul 11 pagi. Aku baru nak sarapan. Hanya biskut dengan air milo je yang aku makan untuk mengisi perut yang kosong. Macam ni lah hidup bila tak tahu masak. Isteri pulak duduk jauh. Inilah yang dinamakan dugaan.

Tiba-tiba pintu rumah aku diketuk. Aku meluru ke arah pintu utama.

"Siapa pulak datang rumah aku ni?"

Senyuman mula terukir setelah melihat susuk tubuh yang berada di depan aku. Rasa rindu tu akhirnya terlepas juga. Rupanya inilah jawapan kenapa dia tak call aku.

"Husband!!!" Jerit Alyah sambil mendepakan tangannya. Wajahnya tampak berseri. Mungkin sebab terlalu gembira dapat jumpa dengan aku.

"Alyah!!!" Aku terus berlari ke dalam pelukan Alyah. Lama tak bersua muka dengan Alyah. Dia mahu melepaskan pelukan tetapi ditahan oleh aku.

"Haish!! Kejap lah."

Pelukan dia yang paling aku rindu dan.....

"Sakitlah abang." Satu jentikan khas buat Alyah yang balik Malaysia tak cakap dekat aku.

"Siapa suruh balik sini tak cakap kat abang." Aku meleraikan pelukan. Alyah mengembungkan pipinya.

"Alyah saja nak buat supri...." Kata-kata Alyah terhenti. Matanya fokus ke arah satu tempat.

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now