⛄ PHMP 20 ⛄

4.2K 183 7
                                    

Restoran Asam Pedas menjadi pilihan Zaq. Sudah lama dia ingin merasa asam pedas di sini. Dari jauh lagi dia dapat bau asam pedas. Terasa seperti mahu meleleh air liur. Dengan senyuman yang melebar dia mengorak langkah masuk ke dalam restoran tersebut.

"Jangan kacau aku lah."

Suara yang beserta dengan jeritan yang agak kuat itu menarik perhatian Zaq. Serta merta dia berhenti dari meneruskan langkahnya. Zaq bergerak ke arah lorong yang agak sunyi berdekatan situ. Dia pasti yang suara tersebut datangnya dari lorong sunyi itu.

Sebelum apa-apa perkara buruk terjadi, dia mengintai kawasan itu di sebalik dinding. Seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengannya diganggu oleh beberapa orang lelaki. Tanpa berfikir panjang, Zaq terus membantu wanita itu.

"Hoi!!! Korang apasal kacau perempuan?" Lantang suara Zaq kedengaran. Difikirannya sekarang dia hanya mahu menolong wanita itu.

"Kau tak payah sibuk lah. Ni urusan kitaorang dengan perempuan ni. Kau boleh blah." Kata salah seorang lelaki yang agak gelap. Tangan kanannya mencengkam tangan wanita tersebut. Dia mengaduh kesakitan.

"Okay, apa urusan korang dengan dia?"

"Apa yang kau tahu? Perempuan ni, dia tak bayar lagi duit kitaorang. Aku penat nak tunggu lama-lama."

"B..berapa yang dia tak bayar?" Seluruh tubuh Zaq mula menggeletar. Sedaya upaya dia cuba untuk belagak berani. Mana taknya, lelaki tadi mengacukan pistol pada kepalanya.

"RM10000. Kenapa? Kau nak bayarkan untuk perempuan tak guna ni?" Zaq memandang wanita itu sekilas. Dia menggeleng laju ke arah Zaq tanda menyuruh Zaq pergi dari situ. Pipinya sudah lencun dengan air mata.

Zaq menarik nafas sedalamnya.

"Aku bayar. Kau lepaskan perempuan tu. Tapi bagi aku masa sikit." Keluhan berat dilepaskan. Entah apa yang bermain di fikiran Zaq ketika itu.

"Kitaorang bagi kau masa seminggu. Kalau tak, kau dua orang aku bunuh." Kepala Zaq ditunjal sebelum semua lelaki itu pergi.

Wanita itu ditolak sehingga jatuh. Tangan dan kakinya terdapat beberapa luka.

"Awak okay?" Soal Zaq kepada wanita itu. Dia kelihatan tergamam dengan tindakan Zaq. Membayarkan hutangnya? Huh, lelaki ini langsung tak takut kalau nyawanya melayang.

"Kenapa awak buat semua ni?"

"Jom, saya bawa awak pergi klinik. Balut semua luka awak ni. Lepastu awak cerita semua pasal tadi. Okay?" Zaq memimpin wanita tersebut. Jika lukanya tidak dirawat dengan segera, pasti akan melarat.

Tiada seberang bantahan, wanita itu terus mengikuti Zaq menuju ke arah keretanya.

******

"Macam mana luka dia?" Zaq sungguh risau dengan keadaan wanita tadi. Riak wajahnya sudah cukup menjelaskan perasaannya saat itu.

"Oh, dia tak ada apa-apa. Luka dia kena cuci selalu. Ubat jangan lupa makan. Inshaallah dia boleh cepat sihat." Ujar Doktor Maria. Tag nama pada bajunya membuatkan Zaq tahu yang namanya adalah Doktor Maria.

Zaq hanya mengangguk tanda faham. Peluh yang membasahi wajahnya di lap. Lega rasanya wanita itu selamat.

**********

Zaq membawa semula wanita itu ke restoran tadi. Hajatnya mahu melahap asam pedas terhalang kerana kejadian tadi.

Sementara menunggu makanan sampai, Zaq berbual seketika dengan wanita itu.

"Siapa nama awak?"

"Astrid...." Dia takut-takut untuk beritahu namanya pada Zaq. Baru hari ini dia kenal dengan lelaki itu. Ragu-ragu tu masih ada.

"Saya Zaquan. Awak boleh panggil saya Zaq. Kalau tak keberatan, boleh saya tahu kenapa ye tadi?" Air yang diordernya tadi dihirup beberapa kali. Matanya tidak berkelip memandang Astrid.

"Urm..."

"Jangan risau. Cerita je."

"Dulu, saya ada upah diorang buat sesuatu. Tapi saya tak dapat nak bayar upah mereka. Sebab itu saya selalu kena pukul setiap kali diorang datang minta duit." Astrid berpeluh berceritakan tentang kisah lama.

Sejujurnya, dia tidak mahu lagi mengganggu Faqih. Dia sudah berputus asa. Akhirnya, dia menerima hakikat yang Faqih tak layak untuknya.

"Betul ke awak nak bayarkan hutang saya?" Mukanya ditundukkan. Astrid malu dengan Zaq. Lelaki yang baru dia kenal beberapa jam yang lalu sanggup membantunya.

"Ha ah." Jawab Zaq pendek.

"Tapi RM10000 tu bukannya sikit. Mana awak nak dapat duit banyak tu?"

Hati batu Zaq semakin sayu melihat keadaan Astrid. Dalam fikirannya sekarang, dia hanya mahu membantu Astrid. Soal dimana dia mahu dapatkan duit itu langsung tidak difikirkannya lagi.

"Itu biar saya yang fikir. Sekarang saya ada satu permintaan dari awak." Keningnya dijongketkan. Zaq menghadiahkan senyuman manis kepada Astrid.

"Apa?" Berdebar-debar jantungnya melihat senyuman Zaq. Senyuman yang lain dari yang lain.

"Saya nak awak selalu senyum. Jangan sedih-sedih.. And......" Sengaja Zaq bagi suspen. Dia suka melihat wajah risau Astrid.

"Cepatlah..." Astrid telan liur. Dia memandang Zaq serius.

"Be my friend."

Terasa air liur tersekat di kerongkong. Astrid terus tersedak.

Zaq ni gila ke? Baru je kenal tadi dah suruh aku jadi kawan dia.

"Minum air ni." Zaq menyuakan straw masuk ke dalam mulut Astrid. Jadi gelabah pula si Zaq ni.

"Haih, saya suruh jadi kawan je. Bukannya apa pun. Takkanlah tu pun nak tersedak." Usik Zaq lagi.

"Hish." Pipi Astrid berubah tona merah. Untuk menutupi malunya, dia pura-pura bermain phone.

Matanya langsung tidak dialihkan dari situ. Malu benar jika Zaq nampak pipinya yang merah.

"Comellah awak ni." Zaq menahan tawa dengan gelagat Astrid. Perasaannya rasa lain macam apabila bersama dengan Astrid. Rasa gembira berkawan dengannya.

"Saya nak pergi toilet." Laju kaki Astrid pergi dari situ. Phonenya ditinggalkan dia atas meja.

Zaq menggelengkan kepalanya. Ada saja lah Astrid ni. Tetiba, matanya tertumpu pada phone milik Astrid. Dia tersenyum nakal. Idea jahat sudah muncul di kepala otaknya.

"Ni barulah kawan betul."

#pemilikhatimisspanda

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now