⛄ PHMP 26 ⛄

4.1K 202 1
                                    

~~sila dengar lagu diatas~~(saja letak)

(Zaq POV)

"Awak...."

"Zaq maafkan saya." Rayu Astrid sambil tangannya menggengam erat sejambak bunga mawar. Suaranya juga kedengaran sayu.

Kaki aku terasa macam hendak lumpuh. Aku tak boleh nak bergerak. Aku tak sanggup tengok Astrid merayu dihadapan aku.

Tanpa sebarang kata, aku memalingkan badan dari menghadap Astrid kerana mahu segera pulang. Aku tak boleh berhadapan dengannya.

"Zaq please.... Give me a chance." Ujar Astrid perlahan.

Lantas langkah aku terhenti. Aku masih lagi dalam posisi membelakangi Astrid. Wajahnya langsung aku tak pandang.

"Okay. 5 minute."

Astrid menarik nafas terlebih dahulu. Aku dapat dengar yang dia mengeluh tadi.

"Saya terharu sangat sebab awak sanggup tolong saya. Walaupun awak baru je kenal saya. Awak satu-satunya lelaki yang buat saya rasa selamat bila bersama dengan awak. Ye, saya tak sepatutnya buat awak macam ni. Tapi beri saya peluang ubah diri saya. Beri saya peluang untuk kenal diri awak lebih lagi. Beri saya peluang kedua." Kata Astrid sambil menahan tangis.

Kata-katanya yang disertai dengan tangisan cukup menyentuh hati aku. Please stop menangis. Kau buat hati aku lebih sakit berbanding sekarang.

Aku tahan diri aku untuk pusing memandang Astrid. Tangan aku mahu saja lapkan air matanya yang mengalir itu.

Bagi aku, air matanya sangat mahal. Tak usah dia bazirkan untuk aku.

"Zaq, saya tahu saya tak patut cakap ni lepas saya dah sakitkan hati awak. Percayalah, saya cintakan awak Zaq. Saya benar-benar maksudkannya. Awak orang yang buat saya rasa dihargai. Awak jugak lah orang yang buat hati saya cair untuk lelaki yang terlalu baik macam awak." Sambungnya lagi. Esakan dan suara tangisannya semakin kuat.

Aku mendiamkan diri buat seketika. Aku cuba memahami setiap butir bicara yang keluar dari mulut Astrid.

Dia....cintakan aku? Jadi selama ni, aku tak bertepuk sebelah tangan.

"Dah habis cakap?" Soal aku kepada Astrid.

"Dah. Terpulang pada awak Zaq. Saya betul-betul...."

Belum sempat Astrid habiskan ayat dia, aku terlebih dahulu memintas.

"Saya tak marahkan awak sebab Faqih. Semua orang pernah buat silap, Astrid. Termasuklah saya. Saya takut awak tolak saya. Saya ingat awak masih cintakan Faqih. Saya nak awak bahagia. Saya pun suka awak." Aku menarik nafas lega. Kata-kata yang aku simpan lama, akhirnya terucap juga di bibir aku.

"Zaq.... apa awak cakap?"

"Saya cintakan awak!! Tak dengar lagi ke? Saya cintakan awak Astrid!!" Jerit aku kuat.

Semua mata-mata memandang drama aku dan Astrid di situ. Mereka turut terharu dengan pengakuan aku. Pengakuan yang dibuat di khalayak ramai.

"Dari dulu lagi saya nak cakap benda ni kat awak. Tapi saya tak boleh. Saya ni pengecut ke? Saya memang lelaki pengecut." Aku terduduk di atas rumput. Air mata yang aku tahan dari tadi, mengalir juga. Air mata yang tidak pernah aku curahkan untuk mana-mana perempuan.

Petang itu, semua orang yang berada disitu menjadi saksi. Aku lelaki bengis, keras kepala mengalirkan air mata untuk seorang wanita yang bernama Astrid. Astrid Dawinson.

"Tak... Awak bukan pengecut. Tapi...awak lelaki hebat yang berjaya buat saya jatuh cinta." Tanpa aku sedar, Astrid turut terduduk di hadapan aku. Anak mata aku ditenung lembut oleh Astrid.

"Saya tak layak untuk awak. Saya banyak kelemahan. Saya tak boleh nak bimbing awak." Aku menundukkan kepala. Aku tak boleh menatap mata Astrid ketika itu.

Astrid lebih layak dengan orang yang lebih baik dari aku. Dia patut dapat yang terbaik. Aku tak nak sia-siakan hidupnya.

"Siapa kata awak tak layak untuk saya? Zaq... awak dengar sini. Saya pun banyak kelemahan. Kita boleh perbaiki kelemahan tu sama-sama. Saya percaya dekat awak. Saya yakin awak boleh bimbing saya." Ujar Astrid. Dia tersenyum nipis. Begitu juga dengan aku.

Aku paksa diri aku untuk nampak kuat di depan Astrid bagi menutupi semua kelemahan yang ada pada diri aku. Aku mahu buktikan yang perkataan 'cinta' bukan sekadar suka antara satu sama lain. Tetapi, saling melengkapi.

"Awak tak jawab lagi soalan saya." Soal Astrid tetiba membuatkan wajah aku berkerut seribu.

"Soalan apa?" Jawab aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Siapa orang yang cakap awak tak layak untuk saya? Biar saya tangkap dia lepastu biar di masuk penjara." Tangannya dikepal membentuk penumbuk. Astrid berlagak marah dihadapan aku. Aku tergelak kecil melihat gelagatnya.

Hilang terus tangisan kami berdua. Rasa bahagia bila dapat tahu isi hati memasing.

"Awak tak perlu nak tangkap dia. Sebab saya dah buktikan yang saya sememangnya layak untuk awak." Jawab aku bangga. Aku sengaja mengembangkan hidung.

"Apa buktinya?"

"Buktinya ialah, saya dah mengalirkan air mata kelelakian saya untuk awak." Jawab aku ringkas dan padat.

Terhambur ketawa Astrid. Aku merenung wajahnya yang sedang ketawa gembira itu. Tidak pernah lagi aku melihat Astrid segembira ini.

"Urm... bunga ni untuk awak." Ujar Astrid sambil menghulurkan sejambak bunga ros tadi kepada aku. Mukanya kelihatan seperti malu. Mungkin sebab dia tak biasa bagi bunga pada lelaki.

Aku menyambut huluran itu dengan senyuman yang tidak lekang pada bibir. Apa sahaja yang Astrid buat pasti mencuit hati. Matanya yang bulat itu membuatkan wajahnya terlihat begitu comel sekali.

"Untuk saya?"

"Ha ah. Untuk awak yang sanggup mengalirkan air mata kelelakian awak tu." Jawab Astrid. Tangannya menampar lembut lengan aku.

Aku menggelengkan kepala. Ada sahaja idea Astrid untuk menyakat aku. Kadang aku terfikir, bagaimana aku boleh jatuh cinta dengan wanita seperti Astrid.



Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now