⛄ PHMP 5 ⛄

6K 269 2
                                    

Bosan mengusai diri aku.Asalnya keluar berdua, tapi sekarang ni bertiga.Aku dipulaukan oleh kawan baik aku sendiri,Maira.Kenapa lah aku setuju dia nak bawa Faqih keluar sekali dengan kitaorang.

"Korang nak pergi mana ni?"Aku terpinga-pinga mengikuti langkah Maira dan Faqih yang jauh dihadapan meninggalkan aku.

1 minit

2 minit

3 minit

Ok!!!Masih lagi dipalau.

Sakit hati giler ah dengan diorang ni.Akhirnya aku ambil keputusan untuk merayau dekat Pavillion ni sorang-sorang.Sepanjang perjalanan aku asyik menyumpah je si Faqih dengan Maira.

Dah lah jalan laju,then tak hiraukan aku yang duk kejar diorang dari belakang ni.

Dah penat berjalan,perut ni rasa nak makan ais krim pulak.Melilau mata aku cari kedai ais krim.Jumpa je kedainya,aku terus menapak masuk.

Aku duduk bersendirian di meja yang berada paling hujung berdekatan dinding.Senang sikit nak menyorok dari Faqih dan Maira.Sampai je ais krim,aku makan tak ingat dunia.Hilang semua rasa marah lepas dapat ais krim.Yela,aku ni penggemar ais krim.

Sedang syok melayan perasaan sambil tangan ni tak berhenti menyuap ais krim ke dalam mulut,telefon aku berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.Aku memandangan skrin telefon dengan malas dan tertera nama Maira di situ.Aku terus menekan punat hijau dan menjawab panggilan.

"Apa hal.Seronok dating.Baru nak ingat aku ke?"Aku memerli habis Maira sebaik sahaja menjawab panggilan.

"Kau kat mana ni?Kitaorang risau tahu tak?Faqih ni ha,macam orang gila cari kau."Nafas Maira tercungap-cungap.Mungkin dia lari satu mall cari aku.

"Lah ye ke?Sian dia.Lain kali tinggal lah lagi aku kat belakang.Aku ingat dia dah tak de perasaan.Korang tak payah lah cari aku.Nanti aku balik sendiri naik teksi.Macam la aku ni budak kecik."Pantas aku mematikan panggilan.Lebih baik aku makan ais krim ni dari layan budak-budak gila tu.

**********

"Baru balik?Tadi kenapa tak balik sekali dengan Maira?"

Nampak je muka aku baru masuk rumah,umi terus bagi soalan macam nak temuduga aku.

"Tak ada ape lah umi.Alyah cari barang tadi.Sebabtu lah Alyah suruh Maira balik dulu."Kata aku sambil mengangkat tangan kiri menunjukkan plastik yang dibawa oleh aku.

Nasib baik aku pergi beli buku tadi.Ada la jugak idea nak kelentong umi.Bukan sengaja tipu,ada sebab.Kalau bagitahu benda betul,mahunya aku kena dengar pot pet umi.

"Alyah,tadi Faqih datang.Umi tengok muka dia nampak risau semacam je"

"Buat apa dia datang sini?"Bila umi sebut je nama Faqih,aku jadi makin marah pasal tadi.

"Dia kata nak bagi sesuatu kat Alyah.Umi dah letak barangnya atas katil Alyah.Nanti Alyah tengok lah ye.Kesian dia.Lama dia tunggu Alyah balik tadi."Ujar umi sambil tangannya ligat memotong bawang.

"Okay umi.Nanti Alyah tengok la."Aku mengorak langkah menuju ke bilik untuk melihat barang yang melihat barang yang dikatakan oleh umi tadi.

Sampai sahaja di dalam bilik,mata aku terus tertumpu pada kotak hadiah yang dibalut kemas dengan pembalut hadiah berwarna merah.Huhuhu warna favourite.

Laju sahaja tangan aku mencapai kotak tersebut dan lantas membukanya.

Kelihatan sebentuk cincin permata dan sekeping kertas diselit kemas dibawah kotak tersebut.Perlahan-lahan aku membuka kertas itu dan mula membacanya dengan penuh perasaan.Bak kata orang,ambil feel.

For my beloved,Alyah Nadyrah...

First of all,aku nak minta maaf pasal tadi.Aku tahu kau marah.Masa itu aku terlalu sibuk cari hadiah yang sesuai untuk kau sampai aku lupa kat kau.Lepas aku tengok kau tak ada dekat dengan aku,aku rasa macam tak berguna sebab tak jaga kau elok-elok.Hurrmmmm....sebenarnya cincin tu untuk kau.Aku harap sangat kau pakai cincin tu.Kalau kau sarungkan cincin tu dekat jari kau,bermakna kau dah jadi aku punya.Tak ada lelaki lain yang boleh rampas kau dari aku.Please jangan buat aku jealous.Aku tak nak jauh lagi dari kau.Aku tak sanggup.Cukuplah 7 tahun ni aku tak dapat tatap wajah kau.Aku nak sangat jadi imam kau dunia akhirat.Jadilah bidadari aku selamanya,Alyah.

Your future husband,
Faqih Aiman.

Menjerit keriangan aku selepas membaca surat tersebut.Cair habis aku.Kalau macam ni la ayat kau Faqih,kau buat aku tak sanggup nak uji kau lama-lama.

Senyuman tidak lekang dari bibir aku.Cincin pemberian Faqih itu sudah disarungkan kemas ke jari manis aku.

"Yes Faqih,I'm yours"

Terlena aku diulik mimpi indah bersama cincin permata itu.Warkah cinta tadi disimpan rapi didalam diari aku.

**********

"Apa yang kau senyum-senyum kan tu?"Sergahan Maira sedikit menyentakkan aku yang sedang sibuk membelek-belek cincin pemberian Faqih.

"Kau tengok ni.Cantik kan?"Aku menunjukkan cincin itu kepada Maira.

"Ohh,cincin ni ke.Cincin ni Faqih yang pilih.Aku tengok je."Maira memperlihatkan wajah selamba.Dia jealous la tu tak ada orang bagi dia cincin.Maklumlah,abang Zafrin senior kolej tu tolak cinta dia.Hahahaha😂😂😂😂.

"Ye ke?"Kata aku teruja.

"Haah,pembalut hadiah tu pun dia yang pilih.Dia kata kau suka warna merah.Tapi kan,aku kawan baik kau ni pun tak tahu yang kau ni suka warna merah."Jelas Maira.

"Kau bukannya ambil berat sangat pun pasal aku.Sebab tu lah warna favourite aku pun kau tak tahu."

Maira mencebik.Merajuk la tu dengan aku.

"Ala kau ni.Warna favourite pun nak kena ingat ke."

"Ye la Maira oiiii!!!"Aku mencubit lembut lengan Maira.Kelakar la ada bestfriend yang kuat merajuk macam ni.Merajuk je,jadi bahan ketawa aku lah jawabnya.

Selepas lama Maira merajuk,dia mula bercakap sesuatu,

"Oh ye.Hari ni aku kena balik awal.Ada family dinner."

"Habis tu aku balik dengan siapa nanti."Aku mempamerkan wajah kesian untuk memujuk Maira supaya dia boleh menghantar aku pulang ke rumah.

"Ada aku kesah?Kau balik la dengan future husband kau tu.Dah la aku ada kelas..Tata.."Maira terus mengorak langkah meninggalkan aku yang seperti orang mahu menangis.Sempat pula dia melambai tangan lepastu tergelak-gelak macam orang gila.Ni mesti kes balas dendam dengan aku.Apalah nasib.

#PHMP

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now