⛄ PHMP 12 ⛄

4.5K 169 0
                                    

Sudah seminggu aku keluar dari hospital. Alhamdulillah, keadaan aku pun semakin sihat.

Wajah Faqih melayar di fikiran aku apabila aku melihat cincin permata yang diberikan oleh Faqih. Aku mengeluh. Mata aku pejamkan untuk menenangkan perasaan.

Setiap kali aku pandang cincin tu, aku pasti akan teringatkan Faqih. Sifat ego aku diketengahkan. Aku masih lagi tidak mahu berjumpa dengan Faqih.

Jadi, aku ambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Faqih. Mungkin ni langkah yang paling sesuai untuk aku lupakan dia.

Ting.....ting.....

Tiba-tiba phone aku mengeluarkan bunyi menandakan ada mesej whatsapp yang masuk. Lantas aku mencapai phone yang berada di atas meja.

Faqih sewel : Assalamualaikum Alyah. Kau sihat?

Aku : Waalaikumsalam. Kau nak apa ha?

Faqih sewel : Boleh tak kau datang taman petang ni? Aku kena jumpa kau. Ada benda yang aku perlu jelaskan pada kau.

Aku : Benda apa yang kau nak jelaskan? Oh, pasal girlfriend kau yang perempuan New York tu?

Faqih sewel : Please Alyah. Datang jumpa aku.

Aku : Kalau aku tak nak?

Faqih sewel : Benci sangat ke kau dekat aku sampai tak nak jumpa aku?

Aku : Dah tahu lagi tanya buat apa?

Faqih sewel : Kali ni je aku minta kau datang jumpa aku.

Aku : Hurmm....okaylah.

Faqih sewel : Thanks Alyah.

Aku melemparkan phone Samsung milik aku di atas katil. Hati aku berbelah bagi untuk berjumpa dengan Faqih. Aku tak sedia lagi nak berhadapan dengan dia.

**********

Dari jauh lagi aku dah nampak kelibat Faqih. Wajahnya tampak gelisah. Dia memandang kiri dan kanan. Mungkin tengah cari aku.

Aku menyapa Faqih yang sedang duduk di atas bangku yang disediakan di taman tersebut. Tempat di sebelahnya yang kosong itu aku jadikan tempat untuk aku duduk.

"Cepatlah cakap apa yang kau nak bagitahu aku." Soal aku acuh tak acuh.

"Sebelum tu, aku nak tanya kau sihat ke?" Wajah aku dipandang penuh perasaan. Faqih masih lagi setia menunggu jawapan dari aku.

"Kau sendiri nampak kan keadaan aku sekarang macam mana? Tak perlu kot aku nak jawab lagi."

Bibir Faqih menguntum senyuman manis beserta bonus lesung pipit. Lega selepas mendapat tahu bahawa aku sudah sihat.

"Okay, aku nak minta maaf kat kau. Sebenarnya apa yang kau nampak dekat butik tu semua tak betul. Astrid tu cuma kawan aku je." Jelas Faqih cuba memberitahu perkara yang sebenar.

"Orang dah kantoi macam tu lah. Konon kawan je. Habistu sampai peluk-peluk tu apa? Encik Faqih Aiman, kau ingat aku buta?" Senyuman sinis aku pamerkan. Tak tahulah apa lagi yang dia nak bagitahu aku. Kali ni, aku takkan tertipu dengan Faqih.

"Dengarlah dulu aku cakap Alyah."

"Kau nak cakap apa lagi? Aku dah letih lah asyik kena tipu dengan lelaki tak guna macam kau ni." Lantas aku bangun untuk beredar dari situ.

Jujur aku masih lagi sayangkan Faqih. Aku tak sanggup nak tengok muka dia. Aku tak kuat nak hadap semua ni.

Pergerakan aku terhenti apabila Faqih memanggil nama aku.

"Alyah. Aku sayang kau dan aku tak nak orang lain rampas kau dari aku. Selagi cincin tu ada kat jari kau, kau, aku punya." Sambungnya lagi. Suaranya kedengaran serius dari yang sebelumnya.

"Siapa kau nak cakap yang aku ni kau punya? Kau suami aku ke?" Balas aku lagi. Aku dah tahan lagi kalau lama-lama kat sini. Makin susah untuk aku lupakan dia nanti. Keadaan menjadi semakin rumit.

"Memanglah aku ni bukan suami kau. Tapi, cincin yang ada kat jari kau sekarang ni yang buat kau jadi milik aku." Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kalau aku cabut cincin ni maknanya aku dah bukan kau punya lah kan?" Aku menunjuk ke arah cincin tersebut.

Serta merta riak wajah Faqih berubah. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku katakan tadi.

"Ambil lah balik cincin kau ni. Lepas ni, jangan cari aku dah." Cincin permata yang tersarung di jari aku longgarkan.

Aku menarik nafas sedalamnya sebelum membaling cincin tersebut tepat terkena pada dada Faqih.

Faqih agak terkejut, tergamam, semua ada. Mulut dia tidak lagi mengeluarkan sebarang kata-kata dan membiarkan sahaja aku pergi dari situ.

Cincin yang aku baling tadi jatuh di tepi kakinya. Hatinya mulai kecewa dengan sikap aku sebentar tadi.

Faqih membongkokkan sedikit badannya untuk mencapai cincin yang dibaling oleh aku tadi.

Dia menggengam cincin itu sambil memejamkan matanya. Perlahan-lahan matanya sudah banjir dengan air mata.

"Kenapa kau sanggup cabut cincin ni?"

**********

Faqih duduk termenung di atas katilnya. Fikirannya masih lagi tidak berhenti memikirkan perkara yang berlaku petang tadi.

Lantas dia mengambil cincin yang ditanggalkan oleh aku tadi dari dalam poket seluarnya. Diperhati seketika cincin tersebut dengan perasaan yang hampa.

Tiba-tiba phone milik Faqih mengeluarkan bunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

Pantas sahaja dia mencapai phone itu sebelum menekan punat hijau.

Nama Astrid muncul pada skrin phone Faqih.

"You nak apa call I?" Soal Faqih. Dia malas mahu melayan kerenah si Astrid ni.

"Faqih...tolong I...datang sini cepat...I takut." Kedengaran seperti Astrid sedang menangis di hujung talian.

Mendengar tangisan Astrid, Faqih terus menjadi cemas.

"Apa yang dah jadi? You kat mana sekarang?" Walaupun Astrid jahat macam mana pun, Faqih tetap anggap yang Astrid tu kawan baiknya. Tak lebih dari itu.

"I ada kat lorong yang dekat dengan cafe tu. Datang cepat Faqih..." Jawab Astrid tersedu-sedan. Tangisan Astrid semakin kuat.

"You tunggu I datang."

Faqih bangun mencapai baju hoodienya. Cincin yang digenggamnya tadi dimasukkan dalam poket baju. Tanpa berfikir panjang, Faqih terus bergerak pergi ke tempat yang diberitahu oleh Astrid.

#phmp

Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now