⛄ PHMP 16 ⛄

4.5K 198 20
                                    

Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Kaca mata hitam milik Astrid diturunkan sedikit untuk memerhati kawasan sekeliling.

Memandangkan Aunty Husna dah balik, dia bangun dari duduknya lalu menuju masuk ke dalam bilik rawatan Faqih.

Kebanyakan pesakit sudah tidur pada waktu itu. Jadi dia mengambil peluang untuk melihat keadaan Faqih.

Astrid mendekati Faqih lalu duduk berhampiran dengan Faqih.

"I ingat you dah mati Faqih." Pipi Faqih yang masih lagi kelihatan lebam diusap lembut.

Faqih langsung tidak perasan akan kehadiran Astrid di situ. Hishh...tidur mati betul la dia ni.

"You....."

Telefon bimbit Astrid tiba-tiba berbunyi menyebabkan kata-katanya tadi tergendala.

"Hish.. kacau betul." Wajah Faqih dipandang sekilas sebelum berlalu keluar.

Astrid menekan punat hijau dan menjawab panggilan dalam keadaan marah.

"Kau nak apa?"

[Bila nak bagi payment kitaorang?]

"Kan aku cakap bagi aku masa seminggu. Nanti aku bayarlah."

[Kitaorang dah buat kerja yang kau suruh. Betul eh seminggu. Kalau tak siap kau.]

"Ye lah aku tahu."

Panggilan dimatikan. Orang yang diupahnya untuk membelasah Faqih tempoh hari sering kali mengganggunya. Hampir setiap hari mereka akan meminta Astrid supaya segera melangsaikan bayarannya.

Astrid mendengus marah lalu pergi dari situ. Niatnya untuk melihat Faqih lebih lama dibatalkan.

**********

Seminggu kemudian,

"Umi, Alyah nak keluar kejap tau." Aku tergesa-gesa turun dari tangga. Mana taknya, Faqih dah keluar hospital. Aku nak pergi tengok dia la ni.

"Nak pergi mana pulak ni pagi-pagi. Sarapan dulu. Nanti perut masuk angin." Umi menuangkan air teh panas ke dalam cawan.

Tanpa membantah kata-kata umi, aku minum sedikit air teh yang umi dah tuangkan tadi.

"Ya Allah, makan lah sekali. Takkan minum je?" Tangan umi memicit-micit bahu aku.

"Tak sempatlah umi. Alyah dah lambat ni. Assalamualaikum." Aku terus menyambar tangan umi lalu menciumnya.

Kunci kereta dicapai lalu bergegas ke rumah Faqih. Mesti dia merajuk. Aku janji dengan dia nak ambil dia kat hospital semalam. Tapi, tak sempat sebab aku sibuk.

Kereta diparkirkan di garaj rumah Faqih dengan berhati-hati. Pintu rumahnya diketuk perlahan berserta dengan salam.

"Assalamualaikum." Tiada sahutan.

"Assalamualaikum...Aunty...."

"Waalaikumsalam. Ha, Alyah. Masuklah." Jawab Aunty Husna. Nasib baik yang ni ada jawapan. Kalau tak, mereput la aku kat depan pintu rumah orang ni.

"Urm...Faqih ada kat dalam ke Aunty?" Soal aku sambil kepala menjenguh sedikit ke dalam rumah banglo besar tu.

"Oh, Alyah datang sini nak jumpa Faqih ke?"

"Ha ah Aunty." Menggigil pulak kaki aku ni berdiri lama-lama.

"Alyah pergilah kat taman tu. Faqih ada kat sana." Tangan Auntu Husna ditujukan ke arah taman bunga yang ada dirumahnya.

"Okay...Terima kasih Aunty." Aku memandang taman bunga yang ditunjukkan oleh Aunty Husna tadi. Okay, aku dah nampak Faqih.

"Bahhhhh....." Sergah aku bagi mengejutkan Faqih yang termenung sambil memandang bunga-bunga.

"Hah! Baru nak datang jumpa aku." Suaranya kedengaran sedikit kecewa.

"Ala, tak payah nak marah lah." Hujung baju Faqih ditarik-tarik oleh aku. Kejam!! Sikit pun tak nak pandang aku. Ni merajuk betul ke?

"Tak payahlah." Faqih menarik lengannya dari terus ditarik aku. Dia berpaling ke arah lain.

"Sudahlah kau. Lebih baik aku balik dari layan orang yang kuat merajuk ni." Lantas aku bangun dan mengugutnya mahu pulang.

"Arghhh..." Pergerakan aku terhenti setelah mendengar suara Faqih mengerang kesakitan.

Disebabkan aku marah lagi kat dia, aku tak pusing ke arah dia.

"Alyah....kepala aku....sakit...." Suaranya semakin hilang dan akhirnya, Faqih pengsan.

Dalam keadaan panik, aku berpatah balik ke arah Faqih. Kepalanya aku baringkan atas handbag aku.

Tangan aku digunakan untuk mengipas Faqih. Mungkin dia pengsan sebab panas sangat?

"Weyh apasal ni? Kau kata dah sihat?" Badan Faqih digoncang perlahan. Saat itu, aku dah cuak gila.

"Takkanlah kau mati? Habistu, siapa nak kahwin dengan aku?" Kali ini, aku menggoncang tubuh Faqih dengan lebih laju. Berharap supaya dia bangun. Plus, pipi dia pun aku tampar sekali bagi bangun.

"Faqih....." Tak semena-mena air mata aku jatuh lagi. Aku menangis kat situ dalam keadaan Faqih yang tengah berbaring dah macam nangis sebab hilang suami.

"Test kedua complete...." Matanya dibuka perlahan-lahan. Senyuman puas terbit di bibirnya. Suka sangatlah kan prank aku. Habis dah membazir dah air mata aku.

"Test kedua? Kurang ajar kenakan aku?" Handbag aku ditarik dari kepala Faqih. Dah kenakan aku kan? Ha baring atas rumput tu.

"Ha ah. Aku nak pastikan yang kau betul-betul sayangkan aku." Dia bangun dari baringnya dan duduk menghadap aku.

"Dah dapat jawapan kan? Memang aku sayang kau. Puas?!" Wajah aku ditundukkan. Nanti dia nampak lah muka aku yang dah banjir dengan air mata ni.

"Puas sangat-sangat... Lagi satu, aku dapat buktikan yang kau memang nangis sebab aku. Bukan sebab mamat korea tu." Sengaja Faqih tekankan perkataan korea.

Aku masih lagi menundukkan muka. Nangis pun tak habis lagi.

"Hey Alyah. Pandang sini."

Aku mendongakkan sedikit kepala. Tangannya kini memegang sekuntum bunga orked putih. Bila masa dia petik pun aku tak tahu.

"A...apa..." Soal aku tersedu sedan.

"Nah..." Faqih menghulurkan orked tersebut kepada aku.

Air mata yang ada dipipi aku kesat dan menyambut hulurannya.

"Kau yakin ke yang aku ni boleh jaga kau dengan baik?" Wajahnya berubah 360 darjah. Serius.

Aku sekadar mengangguk kecil. Bunga orked tadi, digenggan erat.

"Macam tu juga aku yakin yang kau ni jodoh aku."

"Tapi, kau kena janji dengan aku yang kau takkan buat aku nangis lagi. Aku penatlah asyik nangis je." Sambung aku.

"I'm promise that I'll make you happier than anyone else in the world. So everyone can be jealous of you." Tangan kanan Faqih diangkat seperti membaca ikrar.

"Keep your promise, Faqih Aiman." Dengar kata-katanya itu, membuatkan aku kembali tersenyum.

"Yes, Miss Panda."

#PhMp


Pemilik Hati Miss Panda ✔Where stories live. Discover now