Part 30

14.2K 515 38
                                    

Aku selesai mengemas pakaianku ke dalam beg bagasi. James yang sedang berbaring di sebelahku sibuk dengan telefon dia. Aku mencubit pahanya.

"Aduh!" Dia terjerit.

Aku tergelak puas. "Padan muka! Siapa suruh asyik layan telefon aje?" Selarku sambil berdiri. "Saya dah siap kemas. Angkatlah masuk ke dalam bonet", arahku kemudian mengambil beg tangan bertali panjangku di atas meja.

Dia duduk sambil membuat muka terkejut plus hairan. "Kenapa sampai bawa beg bagasi ni? Kita bermalam dua hari je sayang kat rumah mommy, ni macam nak pindah aje ni."

Aku menjentik dahinya. "Mestilah kena bawa bagasi. Dua hari tu memerlukan banyak keperluan saya."

Dia menggosok-gosok dahinya yang kemerahan akibat jentikan aku tadi. "Yalah, apa-apalah. Sini hubby kemaskan."

Bagasiku ditariknya keluar. Aku memandang sekeliling untuk memastikan tiada yang tertinggal lagi. Kalau ada yang tinggal, aku dah malas nak suruh James patah balik. Sebabnya satu aje. Aku letih nak berjalan walaupun hanya sekangkang kera. Tiba-tiba mataku tertancap pada benda di atas katil. Telefon James. Aku mengambil telefonnya. Kenapa boleh tinggal ni? Dia lupa nak masukkan ke dalam poket ke? Atau dia sengaja?

Aku mengangkat bahu tanda malas mahu ambil kesah. Takkanlah aku kena siasat kenapa dia boleh tertinggal telefon dia, kan? Ketika aku hendak membuka pintu bilik, telefon James di tanganku bergetar. Aku melihat skrin. Ada sms. Daripada siapa ya? Tak ada nama pun.

Gatal tangan aku nak tahu pula siapa yang hantar sms ni. Mungkin sms ni yang buat James dah tak lepas telefon ni tak? Aku menggaru kepalaku. Ish, tengok ajelah. Bukan salah pun. Aku isteri dia. Takkanlah aku tak boleh periksa telefon suami sendiri. Aku mengangguk.

Aku menekan tombol sms. Aik? Aku mengangkat kening. Rupanya bukan sms ni aje. Banyak lagi dan James rancak membalas setiap kata-kata daripada nombor ni. Sms itu aku baca pantas. Selesai sahaja baca, aku terus keluar menuju ke kereta. James sudah menunggu di dalam kereta.

Aku menghulurkan telefonnya sebaik tali pinggangku aku pasang. Aku tersenyum melihat wajahnya yang terkejut.

"Saya ternampak kat atas tilam. Mungkin awak lupa nak bawa sekali tadi", kataku tanpa memandangnya.

Dia mengangguk lalu mula memandu keluar dari pekarangan rumah kami.

"Saya nak tidur, kalau dah sampai nanti kejutkan saya. Tak payah cempung saya masuk rumah", pesanku sebelum membaringkan kerusiku. Aku baring membelakangkannya.

"Alah, hubby sukalah cempung sayang. Kenapa pula kali ni siap pesan macam tu?", protesnya tak puas hati.

"Malas nak susahkan awak", jawabku dengan mata terpejam.

Dia tergelak. "Mana ada sus..."

"Saya letih, saya nak tidur", potongku sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.

Dia diam. Aku pun diam.

Aku cuba menahan air mataku dari tumpah. Aku sakit hati sangat bila baca isi sms tadi. Isteri mana yang tak sakit hati bila dapat tahu bahawa suami sendiri rupanya sedang buat sesuatu yang melukakan hati dia. Sejak tadi aku cuba kawal amarah dan emosi aku. Aku tak nak dia tahu kalau aku dah baca semuanya. Biarlah aku tanggung sendiri. Aku malas nak bergaduh dan marah macam nak gila dengan dia.

Terserahlah. Kalau dia tahu aku tengah marah, dia tahulah. Yang penting aku tak nak keluarga kami tahu kalau aku tengah sakit hati dengan dia. Pandai-pandailah dia urus masalah ni.

"Really? Thanks darling. I love you too. Make sure you will talk to your wife, okay? I'm waiting for you. Bye."

***

PENGANTIN last minute ✔ [UNEDITED]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ