Part 5

23.2K 736 14
                                    

Aku mendapatkan mama yang sedang duduk di hadapan cermin sambil merapikan rambutnya. Alah mama ni. Dah nak tidur pun nak sikat rambut cantik-cantik lagi.

"Ma, Hanna nak cakap sesuatu ni. Papa mana?", tanyaku sambil melihat sekeliling bilik. Tak ada papa.

"Papa keluar jumpa kawan. Hemm, nak cakap apa?"

Aku mengangguk. "Hanna nak tinggal dengan mama dan papa. Hanna tak nak tinggal dengan James."

Mama pantas memusing badan menghadapku. Mukaku dipegangnya.

"Tak boleh. Mama dan papa dah buat keputusan rasmi pagi tadi. Hanna perlu tinggal dengan James kat rumah sendiri supaya Hanna dan James boleh berkenalan. Jangan cakap Hanna nak cerai ke apa, sebab kami takkan dengar. Bukan kami pekak, tapi kami tak nak hanya sebab Hanna jadi pengantin last minute James, jadi Hanna nak cerai. Hanna kena buka hati tu untuk belajar sayangkan suami Hanna tu."

Aku ternganga. Mana boleh macam ni? Mama dan papa macam tahu je aku nak cerai. Siap bagi amaran lagi. Ah, aku tak setuju!

"Ma, tak nak! Sooner or later, Hanna tetap akan minta James ceraikan Hanna. Hanna tak suka dia. Hanna tak nak hidup dengan dia."

Mama menggeleng laju.

"Hanna, dengar cakap kami. Penceraian tu takkan berlaku. Hanya sebab Hanna tak suka James, jadi Hanna nak cerai? Janganlah macam ni."

Aku mendengus geram. Mama ni..

"Papa dah cakap dengan mama tadi. Papa takkan mengaku Hanna anak papa kalau Hanna nak bercerai juga dengan James. Jadi mama pun nak buat benda yang sama. Kami takkan mengaku Hanna sebagai anak kalau Hanna berkeras nak bercerai dengan James. Hanna kena belajar terima James."

Aku menelan liur pahit. Sanggupnya papa dan mama buat aku macam ni? Aku tak sanggup macam ni. Aku tak nak. Aku sayangkan papa dan mama. Aku tak nak.

"Okey, ma. Hanna akan belajar terima James. Tapi Hanna akan minta cerai juga kalau memang kami bukan jodoh."

Berat hati aku membuat keputusan ni, tapi nak buat macam mana. Aku sayangkan papa dan mama. Aku pun tak faham, kenapa mama.. Terutamanya papa berubah 360 darjah sebaik aku kahwin dengan James. Aku yang jadi mangsa kut masa kahwin tu, tapi aku juga yang kena paksa. Huh! Mama memelukku sambil tersenyum gembira.

"Terima kasih, sayang. Okey, mama sendiri akan tolong Hanna bercerai kalau memang Hanna tak ada jodoh dengan James."

Aku lega mendengar janji mama. Jadi aku dah mula rancang. Aku akan berpura-pura nak faham James, tapi sebenarnya aku akan buat James jauh daripada aku. Supaya mama fikir bahawa aku memang tak dapat nak hidup dengan James. Yeah, checkmate!

***

Aku membuka pintu bilik lalu duduk di birai katil. James sedang khusyuk menonton tv.

"James, aku nak cakap sesuatu ni." Sejak kejadian tu, kami memang dah tak ber'saya awak' dah. Aku pun malas nak ubah.

"Cakap ajelah", balasnya tanpa menoleh ke arahku.

Ihh, aku pantanglah kalau aku tengah bercakap tapi orang tak pandang aku. Bukan adab bercakap macam itukah? Aku mengambil bantal lalu melempar kepalanya. Tepat! Dia menoleh ke arahku sambil memegang kepalanya. Padan muka! Nak aku buat macam ni baru dia nak pandang aku. Apa aku ni tak cukup cantik?

"Pandang akulah kalau aku tengah bercakap", ujarku geram.

Dia menghampiriku lalu memeluk bahuku erat. Wargh, apa ni! Aku cuba melepaskan lengannya dari bahuku namun gagal.

"Aku tak reti pandang orang. Tapi memandangkan kau nak sangat aku pandang, jadi aku kena buat macam ni. Supaya kau tahu yang aku tengah pandang kau."

Dia mencuit daguku sambil tersenyum. Ish, macam aku nak lukuh aje muka dia ni!

"Aku setuju nak pergi cari rumah tu."

Dia memandangku tidak percaya. "Are you serious, wifey? "

"Seriuslah. Aku tak berjaya pujuk mama", jawabku malas. Wifey wifey. Ingat aku wifi?

Dia tergelak. "Wow! Kalau macam tu akulah yang menang, kan?"

Aku terkejut. Menang apa pula? Sejak bila pula kami buat pertandingan ni?

"Jangan nak buat muka terkejut. Ingat lagi deal kita kat restoran tadi? Kalau aku menang, aku berhak buat apa-apa sahaja."

Aku tersedar. Apakah? Argh! Aku pantas berdiri menjauhinya. Warghhhh.. Apa nasib aku ni.

"Okey. Aku terima cabaran kau. Kalau kau berjaya pujuk papa dan mama, kita takkan cari rumah dan kau boleh tinggal dengan mama dan papa selama mana yang kau nak dan aku takkan kacau. Aku takkan halang. Tapi, kalau kau tak berjaya, aku akan buat sesuatu yang pastinya kau tak nak tahu, Hanna."

Aku macam nak nangis bila ingat balik apa yang dia cakap tu. Apa dia nak buat? Aku nak ke bilik mama. Tombol pintu aku capai namun dia pantas menghalang.

"You can't do that, wifey. It's my turn", katanya seraya tersenyum senget. Dia menolakku perlahan ke pintu lalu meletakkan kedua-dua tangannya di kedua-dua sisi badanku. Sekali gus, aku terperangkap.

Aku membuat muka satu sen. Janganlah. Wargh! Alienkah apa dia ni? Menyesal aku kahwin dengan alien ni.

"Boleh tak kalau kita lupakan aje pasal ni?" Aku cuba tawar menawar. Manalah tahu dia suka urus jual beli ni.

"Tak nak. Jadi dah bersedia? Dengan apa yang aku akan buat?" Dia menjongketkan keningnya.

Aku menelan liur. Jangan kata dia nak aku mengemas rumah atau memasak sudah. Aku tak nak.

"Pertama, aku nak kau jangan pernah minta cerai dengan aku lagi. Aku tak suka. Kedua, aku nak kau belajar terima aku macam yang mama, papa dan mommy minta dan aku pun akan belajar terima kau walaupun kau cuma pengantin last minute aku. Ketiga, kau tak boleh bantah apa yang aku cakap kecuali kalau aku suruh kau buat benda tak elok. Boleh?"

Aku mengangguk tak ikhlas. Apa-apa ajelah. Janji aku terlepas daripada perjanjian tu. Lagipun, taklah sesusah seperti yang aku jangkakan. Senang je tu. Pura-pura jelah aku belajar terima dia. Bukannya dia tahu hati aku pun. Dan permintaan ketiga dia tu pun aku boleh terima. Mungkin dia hanya akan suruh aku masak spageti untuk dia aje.

"Great", ujarnya lalu menjarakkan tubuhnya daripadaku.

Aku menghela nafas lega. Fuh! Aku naik ke atas katil lalu memejamkan mata. Hemm, selesa pula katil dia ni.

PENGANTIN last minute ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now