Part 22

14.1K 560 39
                                    

Aku berdiri di hadapan James sambil tersenyum. Dia tidak perasan kerana sedang melihat telefonnya. Mungkin ada pesanan. Setelah beberapa minit kemudian, James masih tak perasan kehadiranku. Aku berdehem beberapa kali namun dia masih tak sedar.

Apa yang dia fokus sangat tu? Aku lagi cantiklah daripada telefon dia tu. Hish, gatal pula mulut aku ni nak panggil. Tapi macam mana kalau dia memang tengah sibuk? Selama ni dia tak pernah pun tengok telefon dia tu selama ni.

Aku akhirnya duduk bertinggung di hadapannya. Aku menongkat daguku sambil memandangnya. Aku cuba faham. Mungkin memang dia tengah sibuk. Mungkin pasal kerja. Tapi aku tak tahu pun dia kerja apa. Selama ni aku tak pernah ambil kesah pun dia kerja atau tak.

"Gila apa ni?"

Terangkat keningku mendengar keluhannya. Gila? Apa yang gila? Aku ke yang dia maksudkan? Tapi aku cuma duduk je, mana ada buat benda gila-gila? Hish..

"Tak guna betullah!"

Aku lantas berdiri lalu menghampirinya. Apa yang dia cakap ni? Makin kasar pula bahasa dan nada dia. Telefonnya aku ambil lalu kusisipkan ke poket jeanku. Dia terkejut melihatku. Aku melipat tanganku ke dada. Mukanya kupandang serius.

"Dah siap?", tanyanya sebelum tersenyum.

"Saya dah lama siap, cuma nampaknya awaklah yang tak siap lagi. Awak sibuk eh? Sejak setengah jam yang lalu lagi awak asyik perhati telefon awak dan marah macam orang gila. Awak kenapa?"

Dia menggeleng. Dah, aku tahu dia tipu. Takkanlah sampai berkasar bahasa kalau tak ada apa-apa.

"Cakap jelah", pintaku lembut.

Susah sangat nak cakap kalau ada yang tak kena. Aku boleh kongsilah kalau dia ada masalah. Akukan isteri dia. Aku pun nak juga tahu kalau suami aku ni ada masalah.

"Mana ada, wifey. Cuma ada hal sikit. Eh... jomlah. Nanti lambat pula nak balik. Pergi cepat balik cepat."

Lenganku di tariknya masuk ke dalam kereta. Aku terpaksa menelan kembali pertanyaanku. Betul juga apa yang dia cakap. Kalau pergi cepat mesti balik pun cepat. Aku nak beli barang-barang keperluan aku. Dah habis stok.

"Sayang, nampak sini."

Aku menoleh ke arahnya. Dia sudah bersedia dengan kameranya.

"James, kita cuma nak pergi beli barang. Kenapa perlu ambil gambar?", tanyaku pelik.

"Kenangan kita", jawabnya ringkas.

Aku tergelak mendengar jawapannya. Kenangan ya. Okey. Aku tersenyum lebar sambil memandang ke arah kamera. James mencuit daguku sebelum kembali memandang kamera.

Klik!

***

Tiba di pasar raya biasa aku membeli barang-barangku, aku segera memilih barang-barang yang aku perlukan. James pula menjadi tukang menolak troli mengekor aku.

"Kena pilih eh? Tak boleh ke kalau ambil je?", tanyanya dengan riak pelik.

Aku tergelak kecil sambil menggeleng. "Kenalah pilih. Kena tengok yang sesuai dengan kita, berkualiti atau tak, tahan lama atau tak dan paling penting, barang tu tulen atau palsu", jelasku.

Dia terangguk-angguk. Setelah memilih semua barang yang aku perlukan, kami menuju ke kaunter. James pula katanya hendak membeli sesuatu.

"Suami eh cik?", tanya lelaki yang menjaga kaunter sambil melirik ke arah James yang tidak jauh daripada kami.

"Buat apa tanya? Tak puas hati dengan dia?", tanyaku kembali.

Sibuk jelah. Sikap aku automatik kasar bila melihat lirikan matanya. Apa kena dengan dia? Kawan James? Aku rasa tak sebab James tak tegur dia pun.

PENGANTIN last minute ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now