Part 18

15.9K 578 24
                                    

Aku berdiri di hadapan cermin lama. Pakaianku aku kemaskan. Baju putih dipadankan dengan jaket hitam dan seluar jeans biru. Huh, rasa macam berat pula langkah aku ni nak balik. Kejap lagi kami akan balik ke tanah air. Kenapa aku jadi macam ni ya? Mana hilangnya semua keegoanku dulu? Mana hilangnya segala keazaman aku untuk memastikan dia menceraikan aku?

Ah! Aku menghela nafas perlahan. Nyatanya aku tak tahu. Aku seolah-olah jatuh dalam pelukan James. Aku tak mampu nak buat apa yang aku rancang dulu. Rasanya semua dah berubah.

Aku tak boleh jauh daripada dia. Aku tak boleh berjalan kalau dia tak genggam tangan aku. Aku tak boleh tenang kalau tak nampak muka dia. Aku tak boleh lena kalau dia tak di sisi aku. Aku serba tak kena tanpa kehadiran dia. Aku tak boleh.

Aku memejamkan mataku. Adakah aku dah jatuh cinta dengan dia? Adakah aku dah mulai terima dia? Adakah aku dah mulai sayangi dia? Adakah aku dah mulai menganggapnya sebagai suami aku?

Aku cuba menenangkan fikiranku yang terasa bercelaru. Masing-masing ingin mempertahankan pendapat. Suka dan tak suka. Cinta dan tak cinta. Apa sebenarnya yang berlaku dengan aku?

Aku mulai jatuh cinta lagi ke? Tapi kenapa perasaan aku ni tak sama langsung dengan apa yang aku rasa ketika jatuh cinta dengan Uwais dulu? Jatuh cinta dengan Uwais begitu membuatkan aku serba tak kena. Jatuh cinta dengan James pula begitu membuatkan aku tersiksa. Tersiksa dengan perasaan aku sendiri.

"Dah siap?"

Aku membuka mataku. Cermin di hadapan aku pandang semula. Kelihatan James sedang tersenyum melalui pantulan cermin. Senyuman tu.. terlalu sempurna bagiku. Senyuman itulah yang sering kali membuatkan aku hilang kawalan. Ya, ALLAH, aku dah jatuh cinta dengan suami aku sendiri ke?

Aku takut kalau apa yang aku rasa sekarang ni hanyalah sementara saja. Aku takut aku hanya merasakan cinta ini hanya kerana James sentiasa berada di sisiku. Aku takut kalau aku yang silap mentafsir perasaan sendiri hanya kerana hanya James sahaja yang selalu menagih cintaku.

"Are you okay, wifey?" James merapatiku. Wajahnya kelihatan risau.

Aku menggeleng pantas. "Saya okey."

"Betul ni?", tanyanya menginginkan kepastian. Aku mengangguk lagi.

"Hubby nak cakap sesuatu ni." Pipiku dipegangnya. Aku berpusing menghadapnya.

"Cakaplah." Aku mengukir senyum.

"Kalaulah.." Dia menghela nafas. Mataku ditatapnya dalam. Seolah-olah sukar untuk meluahkannya. "Kalaulah.. sayang memang tak dapat juga terima hubby dalam hidup sayang..."

Terasa air mataku bergenang mendengar patah perkataannya. Apa yang dia merepek ni? Aku menggeleng agar dia berhenti. Aku tak nak dengar. Namun dia tetap meneruskannya.

"Hubby akan lepaskan sayang... hubby tak nak lihat sayang tersiksa dengan permintaan hubby.. sayang jangan paksa diri kalau...kal.. kalau sayang..." Air matanya mengalir.

Air mataku turut mengalir. Kenapa dia menangis? Kenapa aku rasa sakit dengan setiap bait katanya?

"Stop it", arahku sambil menyeka air matanya. Aku tak sanggup lihat dia menangis.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Lagu 'Terlanjur Cinta' nyanyian Rosa ft Pasha berkumandang.

"Telefon awak", kataku cuba menukar topik. Namun dia menggeleng.

"Saya akan habiskan ayat saya", putusnya. Tak semena-mena dia menarikku ke dalam pelukannya.

"Saya minta maaf kalau saya sakitkan hati awak.. saya..." Kedengaran esakkan kecilnya. "Saya...cuma.. tak mampu nak lepaskan.. aw..ak.. saya cintakan awak... saya sayangkan awak.. tapi... kalau...awak memang.. tak boleh terima saya.. saya akan lepaskan awak..."

PENGANTIN last minute ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now