Part 1

52.4K 1.1K 85
                                    

Aku berdiri di hadapan cermin. Fuh, siapalah yang cantik sangat dalam cermin tu eh? Aku mula nak perasan lebih sambil mengibar-ngibarkan kipas gaunku yang lebar, ala-ala puteri gitu. Aku tersenyum lebar.

"Wahai cermin ajaib. Siapakah paling cantik dalam bilik ni?" Aku bertanya bagai mak tiri Snow White kepada cermin. Macamlah cermin ni boleh bercakap macam dalam movie tu.

"Tentulah Hanna Schana Arisa yang paling cantik lagi menawan", jawabku bagi pihak si cermin dengan suara yang kugaraukan.

Hemm, memanglah aku paling cantik sebab aku sahaja yang berada dalam bilik ni. Kalaulah mama ada kat sini, mesti dialah yang paling cantik. Kacukan Arablah katakan. Setelah puas menilik diriku di hadapan cermin, aku mengambil beg kepit Gucci berwarna biruku lalu melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

"Hai mama, papa. Dah lama tunggu ke?" Aku menghampiri mama dan papa yang kelihatan hendak tertidur menantiku.

"Hai sayang. Eh taklah, mana ada lama. Baru dua jam pun tunggu Hanna bersiap." Mama menjawab sinis.

Aku tersengih. Alah, sekali-sekala tak apakan? Lagipun aku memang lama kalau nak bersiap ni. Maklumlah, aku perempuan.

"Alah, mama ni. Janganlah sindir Hanna. Okey okey Hanna minta maaf ya. Hanna takkan ulangi lagi kejadian ini", jawabku separuh dalam bahasa baku.

Papa tergelak sebelum mencuit pipi mama. Mama yang sedang bermasam muka dengan kelakuanku akhirnya tersenyum dengan kelakuan papa sambil menolak bahu papa perlahan. Alahai, ada drama freelah pula. Untunglah aku ada parents macam ni. Huhu.

"Ha, Hanna. Dah berapa kali mama pesan? Pakai tudung kalau nak keluar dari rumah. Ni tak, dahlah tak pakai tudung, baju tu ketat semacam."

Ah, dah! Kenapalah mama asyik sebut tentang ni? Aku tak sedia lagilah. Nanti dah kahwin aku pakailah. Tu pun kalau aku dah sedialah. Aku mencebik.

"Mama... Hanna tak sedia lagilah nak pakai tudung. Panas dan rimas. And one more thing, baju Hanna ni tak ketat tapi mengikut lekuk badan Hanna yang ramping ni, okey ma?"

Mama menggeleng geram.

"Dahlah, sayang. Nanti tak cantik pula, muka tu asyik masam saja. Nanti Hanna pakailah tu. Mungkin memang tak sedia lagilah tu." Papa mencelah.

Aku tersenyum sambil mengenyitkan mata kepada papa tanda terima kasih. Papa memang sentiasa tolong aku kalau bab kena perli mama ni. Thanks papa.

"Ha, abang belalah anak abang tu. Tak sedia lagi konon. Ingat Hanna, kalau perangai tetap macam ni, kahwin nanti pun akan dapat suami macam Hanna." Mama memberi amaran.

Alah mama ni. Doakan aku pula. Ish, tak nak aku dapat suami macam tu. Aku nak bakal suami aku boleh pimpin aku. Aku nak dia yang buka hati aku. Ah, dah melalut pula aku ni!

"Ish, sayang ni! Janganlah cakap macam tu." Papa menegah.

Kali ini aku rasa macam nak peluk papa. Hehe, thanks pa. Akan ananda pastikan bakal suami ananda seperti ayahanda.

"Yalah. Jom, dah lambat ni. Kang tak sempat pula nak tengok akad tu. Mengamuk nanti si Rose tu. Jom cepat!"

Aku terpinga-pinga sekejap. Eh, mama ni nak marah pula. Tadi mama juga yang asyik lengah-lengahkan masa dengan membebel aku yang tak makan bebel ni, sekarang nak kelam-kabut pula. Aduh! Papa menarik tanganku. Alah, nak keluar rumah menuju ke kereta ajepun, jaga sangat dengan keselamatan aku. Papa papa.

Aku mengeluarkan iPhone dari dalam beg kepitku. Hemm, daripada duduk kosong dalam kereta ni, baik aku chit chat dengan bestfriends aku sementara belum sampai kat tempat tu lagi.

PENGANTIN last minute ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now