Iman Nadhirah akhirnya mencuit bahu Darmia yang enak makan ayam goreng itu. Mereka sekarang berada di kantin. Walaupun sudah tiba waktu rehat, Iman Nadhirah tidak pernah lupa membawa sebuah buku untuk mengulangkaji pelajaran.

"Eh, Mia. Apa benda trigonometri ni? Aku still tak faham lah. Dah berkali-kali aku buat latihan still tak faham bab ni. Teh O Ais lah, Sin lah... sin tu bukan dosa ke? Apa kena mengena diorang tu dalam benda alah ni?"

Darmia ketawa mendengar kata-kata Iman Nadhirah. "Teh O Ais tu formula nak cari tangen. Sin tu bukan sebut sin tapi 'sain', singkatan bagi sinus."

Makin berkerut Iman Nadhirah mendengar penjelasan kawannya itu. "Hah? Kenapa teh o ais pula?"

"TOA. Tangen = Opposite per... Err... apa dalam bahasa inggeris? Hah, senang cerita. Aku terangkan dalam BM. Tangen = sisi bertentangan per dengan sisi bersebelahan. Kalai guna bahasa inggeris yang jadi TOA apabila disingkatkan," terang Darmia.

"Oh, gitu..." Iman Nadhirah mengangguk faham. "Maknanya kalau sinus, formulanya SOH. Sinus = opposite per hipotenus? Dan CAH formula untuk kosinus iaitu kosinus = sisi bersebelahan per hipotenus?" Soalnya inginkan kepastian.

"Ha betul! Pandai kau!" Puji Darmia.

Iman Nadhirah mengucapkan terima kasih sebelum kembali menyambung latihan yang tergendala sebentar tadi. Tiba-tiba Ainnur bertanya, "Wei, korang ada rasa pelik tak?"

Intan dan Darmia mengerutkan kening. Pandangan mereka bersatu seketika sebelum kembali beralih pada Ainnur. "Pelik kenapa?"

Iman Nadhirah hanya buat tidak peduli. Tumpuannya lebih kepada latihan Matematik. Ainnur menjuihkan mulutnya pada gadis itu. Darmia yang mengerti berkata, "Oh, haah. Aku pun pelik pasal kau, Iman."

Iman Nadhirah terus mengangkat wajah sebaik sahaja mendengar namanya disebut. "Apa dia?"

"Apa yang pelik?" Soal Intan.

"Kaulah, selalunya waktu rehat ni, kau cepat aje makan lepas tu lesap entah ke mana. Lepas tu, pagi-pagi kau datang lambat, kalau tak datang lambat kau lambat ke perhimpunan. Tapi sekarang, lain pulak aku tengok," terang Ainnur.

"Lagi satu, kau selalu cerita pasal Zafriel itu, Zafriel ini. Tapi semenjak dua menjak ni, tak ada satu kali pun nama dia meluncur keluar dari mulut kau," tambah Darmia.

Intan hanya mengangguk. Meskipun dia tidak berapa nak faham dengan apa yang dua orang kawannya itu berkata. Yalah, kalau cakap tak faham nanti, maunya kena ketuk dengan cawan kosong, takpun pinggan yang ada sisa makanan tu.

Iman Nadhirah tergelak kecil. "Takde yang peliknya lah! Aku ingat nak berhenti buat hal, yalah tak sampai seminggu lagi kita nak exam. Apa salahnya aku berhenti buat hal. Lagipun, kita kan dah mintak maaf kat cikgu-cikgu," dalihnya. Sengaja dia menyembunyikan hal sebenar. Cuak juga apabila sudah sekian lama tidak mendengar nama itu, tiba-tiba hari ini berdepan dengan soalan tentang dia.

Memang tidak sampai seminggu mereka akan menghadapi Pentaksiran Tingkatan Tiga. Masih terasa debaran di jiwa Iman Nadhirah. Mampukah dia menempuh enam kertas soalan sepanjang tiga hari peperiksaan?

Darmia dan Ainnur mengangguk. Mungkin alasan Iman Nadhirah agak munasabah dan boleh diterima akal. Iman Nadhirah menghela nafas lega. Syukur kerana tidak lagi diajukan pertanyaan tentang Zafriel Adrian.

Tanpa mereka semua sedari, ada sepasang mata yang asyik memerhati di balik dinding kantin.

Zafriel Adrian tersenyum kelat mendengar perbualan Iman Nadhirah bersama dengan kawan-kawannya. Nampaknya kau memang betul-betul tak nak jumpa aku, Nadhirah.

Sedang dia sibuk melayan hati yang lara, terasa bahunya dicuit. Zafriel Adrian perlahan-lahan menoleh. "Kus semangat! Aku ingatkan siapa tadi. Kau ni buat saspen aje," marahnya.

Fahmi tersengih. "Dah tu, kau duk terhendap-hendap ingat orang tak saspen? Kau hendap dia eh?" Tekanya.

Zafriel Adrian tersenyum kelat. Dia kembali memandang Iman Nadhirah yang khusyuk membuat latihan. "Dah aku tak dapat jumpa dan bercakap dengan dia. Cukuplah aku dapat tengok dia dari jauh." Lirih suaranya berkata-kata.

Fahmi hanya menepuk bahu sahabatnya perlahan menyuruh lelaki itu tabah.

Aku harap kau dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan kau nanti dan tak lupa apa yang telah aku ajarkan, Iman Nadhirah, ucap Zafriel Adrian dalam hati.


✩✩✩✩✩

TRIPLE UPDATE!🙌 First time update cerita tiga kali. Sekali lagi naik ranking😄 thank you guys! Author belanja update malam ni😘

 Sekali lagi naik ranking😄 thank you guys! Author belanja update malam ni😘

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hmm... watak fahmi banyak muncul sikit part ni. Agak-agak dia ni dengan siapa eh nanti?😏

Kesian Zafriel kan...😞 tabahlah wei. Maaf, author terpaksa buat kau macam ni. Huhu... tapi janganlah sampai kecam author ek?😂

"Kecam wei kecam!" -Zafriel Adrian

Uish, kau! Aku matikan watak kau baru tahu.

"Eh, janganlah! Periuk nasi gua ni"-Zafriel Adrian

Tau pun😒. Ha, rasanya dah banyak sangat chapter diorang di zaman sekolah. Nak tak, kita pertemukan diorang di alam dewasa?😏

Mesti kau orang jemu kan orang ketiga asyik Zaara aje? Mana orang yang akan rebut Iman?

"Uish kau dah buat aku hilang Nadhirah, kau nak cipta watak yang rebut Iman pulak? Ini boleh bikin hati panas ni!😤"-Zafriel Adrian

"Author, pastikan hensem and sado tau? Fattah Amin pun boleh jugak😉😂😂" -Iman Nadhirah

And mesti kau orang nak Iman kahwin ngan Zafriel kan?😏

"Ey, apa ni? Aku nak Fattah Amin!"-Iman Nadhirah

*lompat bintang* "yeay, sayang author😘💞"-Zafriel Adrian

Tapi, ada lagi beberapa bab sebelum kita ke alam dewasa. Tunggu next update eh? Bubye!😘

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now