14 | discussing

2.2K 315 11
                                    

Keesokan malam, Jungkook menghampiri lokernya.

Sweater di ambil lalu disarungkan ke badan.

Malam ini dia ada perkara yang nak dibincangkan dengan Taehyung.

Ya, dia masih ingat lagi Taehyung berpesan kalau ada apa-apa cerita tentang Jimin beritahunya.

MAKMAL SAINS

Jungkook dan Taehyung melepak di dalam makmal sains.

Tidak mahu diketahui sesiapa malah gengnya sendiri.

Lagipun setakat ini Taehyung sahaja yang tahu soal Jimin dan percayakannya.

"Haaa kan. Aku dah cakap mesti dia yang budak mati lemas tu" ujar Taehyung setelah dengar semua cerita Jungkook berkenaan Jimin.

"Aku pun pernah jumpa hantu macam tu sebelum ni" sambung Taehyung lagi.

Jungkook hanya setia mendengar.

"Satu malam tu, terjadi kat rumah lama aku. Kat satu selekoh ni ada satu motor terbabas kat tiang lampu dan mati kat tempat kejadian.. "

"Lepastu dalam pukul 12 lebih aku dengar hampir setiap malam motosikal yang sama terbabas kat selekoh tu... "

"Seolah-olah roh dorang belum dilahirkan semula sebab tu la dia kena lakonla semula cara dia mati berulang-ulang kali.... "

"Aku sampai terkencing tgok kejadian tu. Tapi bila dah hari hari sangat berlaku aku dah biasa. Hehe sampai satu malam tu aku buat maggie tunggu kat tingkap nak tengok motor tu terbabas. Macam tgok filem tau.. "

Jungkook sudah membuat muka. Tu dia, Taehyung dah mula nak mengarut.

"Lepastu? " Jungkook bertanya.

"Kiteorang berpindah keluar dari situ" jawab Taehyung dengan muka seriousnya.

"Bukanla lembab. Maksud aku lepastu macam mana kita nak hentikan roh tu dari lakonkan balik kematian dorang? " Jungkook sudah pening melayan Taehyung.

Dia sebenarnya tiada minat nak dengar kisah Taehyung, apa yang penting sekarang ialah soal Jimin.

Entah kenapa tiba-tiba muncul satu semangat dalam dirinya untuk menolong.

Ini bukan dirinya sebelum ini. Sebelum ini dia hanya pentingkan diri sendiri dan abaikan orang lain.

"Hantu dengan manusia tinggal dalam dunia yang berasingan.. kalau kau nak tolong hantu kau pun kena jadi hantu.. " ujar Taehyung.

"untuk jadi hantu kau kena mati dulu kecuali... kau boleh keluarkan roh kau dari badan" sambung Taehyung.

Mati sekalipun.. asalkan aku dapat tolong Jimin.

×+×+×+×+×+×+×+

Kelihatan kelibat Puan Minjun tiada di dalam pejabat.

Perlahan Jungkook menapak ke dalamnya.

Lagu tersekat-sekat menghiasi pendengaran Jungkook.

Lama dia tenung gambar di dinding pejabat tersebut.

Di situ ada Jimin bersama rakan kelasnya juga Puan Minjun.

Piring hitam itu dihentikannya.

Kini Jungkook mahu melakukan sesuatu yang baru dan mungkin berisiko baginya.

; Dead Friend. jjk'pjWhere stories live. Discover now