2 | first night

3.1K 371 110
                                    

Dorm sudah tertutup rapi. Lampu semua telah ditutup. Pelajar lain sudah siap sedia untuk tidur.

Cuma Jungkook dan lima orang pelajar di situ berjaga dan membuat bulatan di tengah ruang dorm sambil memegang lampu suluh masing-masing.

"Aku Kim Namjoon. Budak budak sini panggil aku Ketua Mon-"

"Sebab muka dia macam monster. Semua takut kat dia" Hoseok mencelah lalu satu tamparan dikepala dihadiahi oleh Namjoon.

"Bagi aku habis cakap!" jeling Namjoon kepada Hoseok.

"hmm si bodoh tu Kim Taehyung"

Taehyung tersengih ke arah Jungkook.

"Ini pula Kim Seokjin paling tua di sini"

Muka Seokjin yang penuh dengan bedak sejuk itu menunjuk 'peace' ke arah Jungkook.

"Yang teruk terbaring tu Min Yoongi"

Jungkook memandang pelik ke arah Yoongi yang sudah terlena di atas lantai.

"Dan aku lelaki harapan dunia hohoho Jung Hoseok"

Hoseok menyengih dan hulurkan tangan kepada Jungkook.

Namjoon menjeling kerana percakapannya dipotong sekali lagi.

Jungkook menyambut huluran Hoseok.

Hati Jungkook sedikit tidak senang dengan perlakuan pelik mereka. Mana taknya masing-masing halakan cahaya lampu suluh ke muka macam hantu.

"Hmm apa nama kau?" tanya Namjoon seakan-akan lupa nama Jungkook.

"Oohh nama dia Jungkook!!" jawab Seokjin cepat.

Namjoon menggeleng.

Aku tanya dia bukan kau. Nasiblah kau tua kat sini. umpat hati Namjoon.

"Oh ha okay Jungkook. Hmm Jungkook kau takut hantu?" kini perbualan dari Namjoon semakin serius.

"Uih! Mestilah takut. Gila tak takut hantu" jawab Hoseok.

"Aku tak tanya kau lah beruk" ujar Namjoon lalu ketuk kepala Hoseok.

Hoseok mengusap kepalanya sambil menjuihkan bibir.

Jungkook menggeleng tanda tidak takut walhal sememangnya dia takut benda yang seram tapi takanlah nak tunjuk lemah sudahlah budak baru.

"Ok bagus. Memandangkan kami dah lama sekolah kat sini. Kami akan beritahu tentang sejarah sekolah ni" Namjoon menjawab.

Namjoon memandang ke arah Hoseok suruh dia mulakan cerita.

"Hm ok. Aku baru dengar cerita ni, aku rasa korang semua belum pernah dengar.. " Hoseok memberhenti seketika.

Sementara yang lain tekun mendengar. Mereka tahu Hoseok seorang yang penakut tetapi semua di antara mereka wajib berkongsi cerita seram kalau tidak mahu dimarahi ketua mereka iaitu Namjoon.

; Dead Friend. jjk'pjTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang