12 | stay with him

2.1K 313 8
                                    

Malam ni Jungkook asyik fikirkan tentang Jimin.

Matanya tidak boleh lelap.

Apa yang menyebabkan Jimin mati lemas?

Mengikut apa yang Jungkook lihat petang tadi Jimin seolah-olah membunuh diri. Tapi takanlah? Mesti ada sebab lain.

Sementara yang lain sedang tidur Jungkook memerhatikan katil mereka semua di situ.

Katil Jungkook sahaja kelihatan lain dan sedikit lama.

Jap katil ni..

Lampu suluh di bawah bantal terus dicapai dan disuluh ke arah papan katil bahagian bawah.

Tentera satu tulisan di situ. Pjimin.

Gotcha! Memang betul ni katil milik Jimin.

Mungkin sebab tu Jimin cuba berinteraksi dengan Jungkook?

Sebabtu jugalah Jimin melepak di tandas kerana katilnya sudah berpindah ke pemilik lain.

Sweater pemberian bapanya terus disarung di badan. Jungkook segera ke bilik air di temani lampu suluh untuk mencari Jimin.

Seperti yang dijangka, kelihatan Jimin sedang duduk bersendirian di tandas yang kelima.

Diri Jimin sekarang kelihatan sangat sunyi dan suram. Dia menunduk pandang ke lantai.

"Kau kena duduk sini setiap malam sebab aku tidur atas katil kau, kan? " tanya Jungkook.

Jimin tidak menjawab. Dia terus setia menunduk ke lantai.

Jungkook terus melabuhkan punggungnya di sebelah Jimin tujuan untuk menenami Jimin sepanjang malam.

Hati Jungkook mula berniat mahu menolong Jimin supaya tidak terperangkap dalam asrama ini lagi.


×+×+×+×+×+×+×+

"Dia pengsan ke? " -Hoseok

"Ke terus mati? " -Taehyung

"Taklah, aku rasa dia pergi hidu eter yang kita guna untuk pengsankan arnab. " -Yoongi.

( eter digunakan untuk pengsankan arnab waktu kelas bio bagi menjalankan eksperimen pembedahan)

"Berundur semua.. Jangan kerumun kat dia" kedengaran suara guru dari kelas sains memberi arahan.

Pagi ini, beberapa pelajar sekolah terjumpa seorang pelajar bernama Jackson pengsan di tengah koridor.

Guru tersebut datang ke arah Jackson sambil mengipas-ngipas di muka budak tersebut yang sudah terbaring di atas lantai.

"Cikgu dah pesan kat dia jangan hidu eter tu tapi degil nak juga hidu" keluh guru tersebut mengenangkan perangai degil Jackson.

Beberapa saat kemudian, mata dia terbuka.

"Ehhh dia dah buka mata! " Namjoon bersorak.

"Dia tak mati! Dia tak mati! " sorak semua pelajar di situ.

Pft.

"Wuish!! Aku rasa mati tapi hidup balik! " kata Jackson tiba-tiba yang masih berbaring di atas lantai.

Pelajar di situ semua berlalu tinggalkan Jackson kerana sudah lali dengan perangai mengarut dia.

Cuma Jungkook, Namjoon bersama gengnya sahaja setia melihat Jackson.

"Diamlah kau Jackson. Kau pengsan berapa saat aje tayah nak mati sangat" ujar Seokjin.

"Tapi aku betul betul rasa macam aku dah mati" tutur Jackson lalu duduk bersila di tengah koridor.

Sementara yang lain masih setia mengerumuni Jackson.

"Pastu susah nak nafas... Semuanya gelap. Pastu aku nampak... " tiba-tiba tukar menjadi suspen.

Mereka berenam mula kusyuk dan mendekatkan wajah ke arah Jackson.

"Aku nampak... argh!!!!!! " jerit Jackson.

Serentak dengan itu Hoseok juga terjerit sekuat hati kerana ketakutan.

Namjoon dan Yoongi cepat menenangkan Hoseok yang penakut itu.

"Kalau korang nak tau roh aku pergi kat alam kematian macam mana tanyalah aku .." Jackson dah mula mengarut.

"Dahla kau. Takde sape nak tahu roh kau pergi mana. Jom la geng. " jawab Namjoon lalu berlalu dari situ.

Jungkook masih berdiri kaku. Tiba-tiba mula satu idea macam mana nak tolong Jimin daripada rohnya terperangkap di sini.

Taehyung terus menarik tangan Jungkook dan beredar dari situ.




; Dead Friend. jjk'pjحيث تعيش القصص. اكتشف الآن