1 | the end of holidays

4.4K 389 96
                                    

(jjk. pov)

Aku masih ingat lagi kali pertama aku tinggalkan rumah.

Petang Ahad... yang aku rasakan begitu sibuk dan sepi.

Ia hari terakhir cuti pertengahan penggal bagi aku dan rakan-rakan di tingkatan 3.

Terasa seperti hari terakhir kebebasan.

Kebebasan yang kami nikmati ketika cuti.

Dimana, sesetengah pelajar teruk dimarahi ibu bapa kerana tak ulangkaji waktu cuti.

Juga kepada lelaki macam aku, ibu memaksa potong rambut buat hari pertama sekolah.

Satu perkara yang tak dapat aku terima adalah hari terakhir cuti.

Namun ada antara kami yang tak sabar persekolahan dibuka semula sebab ia bermakna dapat berjumpa dengan rakan-rakan.

kecuali aku.

Kerana aku dipaksa pindah ke sekolah baru.

Gambar ditangan lama aku tenung. Kawan baik aku iaitu Yugyeom dan Chanwoo.

Aku tak akan dapat jumpa mereka lagi.

(end pov)

Tut! Tut! Tut! Tut!

"Woi. Berhenti main phone tu!" teriak Jungkook kepada adiknya Junghyun yang sedang menekan-nekan butang telefon rumah.

Terkedek-kedek budak kecil itu berlari setelah ditengking oleh abangnya.

Jungkook teruskan melangkah ke luar rumah untuk meletak barangnya di dalam bonet kereta.

Seusai meletakkan barang dia terus melabuhkan diri ke dalam kereta.

"Nara, Daeun tolong jaga rumah baik-baik ye. Kami pergi dulu" pesan Puan Jeon kepada dua pembantu rumah mereka.

Kemudian kereta yang dipandu Tuan Jeon terus meluncur laju di atas jalan.

"Kita boleh pindahkan Jungkook selepas habis tamat tingkatan dia kan. Kenapa terburu-buru, saya pun terkejut tau tak" ujar Puan Jeon setelah lama berdiam diri.

; Dead Friend. jjk'pjWhere stories live. Discover now