Elly mengangguk laju macam burung belatuk. Setelah itu, dia pun berlalu. Heh, nasib kaulah Elly. Hang belum kenal Harris tu macam mana. Kalau kenal, memang kau menyesal.

Husna berhenti menaip.

Kau pernah menyesal ke kenal dia Husna?

Entahlah. Aku rasa dia okey cuma emosi dia tak boleh kawal. Kan?

Entah. Mana aku tahu. Siapa suruh cantik sangat?

Ridiculous.

Kepala digelengkan. Kerja diteruskan.

Setelah beberapa jam, badan direnggangkan. Aku melihat jam. Tidak! Sudah pukul 5:45 petang! Solat Asar belum lagi!

"Elly! Kau dah solat?"

"Cuti beb"

"Allah! Asal tak ingatkan aku do?" aku terus bangun dan terus ke tandas. Mengambil air wudhuk. Harap-harap sempat jumpa dengan Harris.

Usai solat, aku mencapai beg tangan dan tangan Elly. Ha, dah tak sempat! Tidak! Mesti Harris mengamuk! Habislah!

Bila buka je pintu lif kat tingkat G, tersembul figura Harris yang sedang menunggu dengan wajah yang cemberut. Mesti dia nak naik atas sebab lama sangat.

"Sayang, what bring you so late hm? Work again?" nada Harris agak terkawal di sini. Harris memeluk tubuhnya. Dia memandang Elly yang berada di sebelahku.

"And who is she? Don't tell me that she will join us. If she will, you got a big problem with me honey," ujar Harris. Keningnya diangkat. Aku tunduk.

"Sorry Harris. Husna nak dia teman je. Husna rasa awkward lah nanti. Kalau Elly ada, tak lah awkward sangat. Boleh ya Harris?"

Sekali lagi aku macam orang bodoh. Minta izin dari lelaki yang bukan suami aku.

Harris senyap. Berfikir mungkin. Dia mengangguk. "Okey. But, I still want you beside me. By hook or by crook. Okay honey?" ujarnya tegas. Aku mengangguk sambil tersenyum kecil. Yehey!

Elly nampaknya sudah terkulat-kulat. Mesti takut. Kami hanya mengekori langkah Harris dari belakang. Tapi, sampai sahaja di pejabat receptionist, pekerja itu terus tunduk hormat kepada Harris.

"Selamat jalan tuan muda," aku pelik. Tuan muda? Aku tahu Harris ni kaya. Well, but not Tengku's standard. Why must called him Tuan Muda?

"Weh, kau kata dia kawan kau je," bisik Elly perlahan di telingaku.

"Memanglah. Kenapa?" soalku pelik. Aku dengan dia bukannya pasangan kekasih pun.

"Habistu yang honey darling tu apa? Eyy kau ni. Dah couple tak ngaku pula"

"Eyy! Aku tak bercinta dengan dialah!"

"Yelah! Apa-apa pun aku tak jadi ikut kau. Aku tak suka laki garang macam dia. Aku ingatkan dia jenis sweetalker tapi..dahlah. Aku blah dulu. Cakaplah kat boyfriend kau tu," Elly terus meninggalkan aku. Aku terpinga-pinga. Ha, biar betul Elly ni?! Nak kena sembur dengan Harris ke?!

"Psst! Psst! Elly!" jeritku tapi, malang. Mana mungkin Elly dengar. Gila!

Aku meneruskan jalanku. Urgh! Terpaksa aku keluar dengan Harris secara berdua-duaan.

"Where's your friend?" tegur Harris apabila melihat kelibat Elly tiada. Aku mengeluh.

"Dia tak jadi ikut," balasku sambil memuncungkan bibir.

"Good. So, kita ada banyak masa untuk..bersama-sama kan?" erk? Gatal gila! Ergh!

Harris mendekatkan tubuhnya. Aku menjauhkan diri dan berjalan meninggalkan dia. Tolonglah, aku tak dapat nak layan kerenah kau ni Harris!

Psycho Of LoveWhere stories live. Discover now