Awak Pinjaman Sementara

463 13 0
                                    

Hari ini genap empat puluh hari pemergian seseorang yang aku sayang. Seseorang yang telah banyak memberikan aku kenangan pahit manis. Seseorang yang diibaratkan sebagai kawan dan kekasih. Tidak pernah aku terbayang akan hari tanpa dia. Ubat segala rindu aku. Ubat segala gelak tawa aku.

Kini aku disini, menahan rindu. Menahan rasa kehilangan segalanya, kehilangan satu-satunya yang aku panggil dunia. Hari demi hari aku tempuhi dengan rasa sedih, hiba, sampai aku sudah lupa apa itu erti bahagia. Mana mungkin aku boleh terima kenyataan. Tetapi aku harus cuba. Walau bukan untuk aku, tetapi untuk dia.

Semuanya bermula dengan ucapan "Hi" di DM twitter. Aku agak terkejut. What the hal makwe cantik nak DM aku cakap hai bagai ni. Sepanjang aku hidup, tidak ada satu punn makwe cun yang pernah menegur aku. Kalau ada pun, sekadar hendak mempergunakan je. Kalau ada pun, sekadar hendak memberi tahu bahawa zip aku tidak ditutup. Cilaka. Malu nahalal. Paling tidak pun, makwe cun yang cuma nak pinjam duit sebab nak berjoli dengan pakwe sengkek. Dasar bodoh. Dah sengkek tu duduk diam dalam neraka sudah lah.

Aku steady. Cool. Control macho. Dan hanya reply "Sorry i have a friend and i respect her because she friendzoned me". Well, tak berapa macho lah. Tapi cukup macho untuk aku supaya tidak nampak terkinja-kinja sebab dapat direct message dari seorang makwe cun. At least aku try kott.

"Ain bukan nak try awak lah. Ni matrik id awak ada dengan Ain. Jumpa dekat atas jalan tadi. Kebetulan pulak belakang ni awak ada sertakan tuithandle sekali, so Ain cuba je lah DM. Nak balik ke tak matrik id awak ni? Kalau taknak Ain buang."

Ain, itu nama dia. Tunang aku. Kekasih hati aku. Cinta pertama dan terakhir aku. Tetapi nyawa dia telah diragut oleh sekumpulan perogol. Dimamah beramai-ramai tanpa belas kasihan. Tidak cukup dengan itu, kepalanya dipenggal, dibuang kedalam sungai. Badannya pula di disorokkan di dalam satu rumah usang. Kejam. Sungguh kejam. Semua ini adalah kerja binatang yang tidak berhati perut.

Akan tetapi aku harus belajar untuk menerima takdir. Ini takdirku. Ini dugaan buatku. Ini, ujian. Ujian yang aku sendiri masih tidak tahu cara untuk menanganinya. Ain, abang rindu Ain.

Kami mula bertukar nombor selepas dia DM aku. Tidak aku sangka bahawa kami akan sampai sejauh ini. Sampai ke fasa yang aku sendiri tidak sangka. Dari dia gelakkan aku sebab aku try hard untuk nampak macho sampai lah ke fasa di mana kami saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dan akan berkahwin dua minggu selepas pertunangan kami.

Pernah sekali sebelum bertunang, dia ajak aku pergi cari cincin tunang. Aku mengiyakan sahaja. Sayang punya pasal. Kalau tak silap dia ajak nak pegi Pandora.

"Apa dora? Dora the explorer abang tahu lah. Tak punn dora datang lagi!!" Ujarku berjenaka.

"Itu Tora bang. Bangang tu simpan sikit. Malu dekat orang. Pandora lah. Alah, kita cari yang murah-murah je la. Bawah tiga ratus boleh dapat. Ain dah survey hari tu. Tiga bulan punya survey jangan main-main tau!" Terang Ain panjang lebar.

Tiga bulan punya survey? Ni aku patut bagi kerja pembancian dekat dia ni. Gila bapak apa tiga bulan jilaka tiga bulan lepas aku dah tak ingat aku buat apa. Jangan cakap tiga bulan lepas, semalam aku buat apa pun aku tak ingat!

"Pandora tak pernah dengaq. Habib Jewels, Poh Kong, Kedai Pajak Gadai pernah la abang dengaq. Ni mesti agenda yahudi kan? Ain jangan macam-macam. Silap-silap ni mesti kerja Dora the explorer dengan swiper no swipy tu nak menyesatkan kita!" Balasku spontan.

"Dah habis berdrama dah bang?" Soal Ain bersahaja.

"Dah. Hiks."

Cincin yang dipilih sungguh cantik. Amat kena dengan harga. Amat padan dengan tuannya. Seminggu selepas itu, family aku pergi berjumpa dengan family nya untuk menyatakan hajat besar. Untuk masuk meminang Ain lalu berbincang tentang majlis perkahwinan kami.

Semuanya bertukar tragedi apabila aku dikejutkan dengan kehilangan Ain yang sudah satu malam tidak pulang ke rumah ibu bapanya. Risau dan bercelaru.

Tidak senang duduk kami dibuatnya. Misi mencari Ain dimulakan. Dari tempat kerja, sampai la ke tempat yang dia selalu lepak bersama-sama sahabat handai dia. Masih lagi tidak jumpa.

Berlalu sudah empat puluh lapan jam kehilangan Ain. Aku masih lagi buntu. Sudah sehari semalam aku tidak tidur. Ain, Ain dekat mana? Ain sihat tak? Ain dah makan? Semua soalan dimainkan serentak di dalam fikiran aku. Serabut!

Setelah usai membuat laporan polis, aku hanya perlu menunggu. Biar polis pula cuba mencari Ain. Aku hanya mampu berdoa kepada Tuhan. Aku hanya mahukan Ain selamat. Tidak di apa-apakan. Dan yang paling penting, Ain masih bernyawa.

Ternyata Tuhan mahu menguji aku. Berita perjumpaan mayat Ain amat mengejutkan keluarga aku dan keluarga Ain. Polis masih cuba memberkas individu yang melakukan sedemikian. Handal, polis Malaysia memang handal. Beberapa hari selepas itu kesemua suspek telah diberkas. Disoal siasat. Dan telah dibawa ke muka pengadilan.

Itu merupakan serba sedikit cerita tentang tunang aku, Ain. Dia kini telah berada di tempat jauh lebih indah. Jauh lebih suci dari bumi yang kotor ini. Setiap malam aku berdoa supaya Tuhan memberikan aku ketabahan. Melupakan Ain? Tidak sama sekali. Ain adalah cinta pertama aku. Tetapi ada juga aku berdoa, agar diketemukan orang seperti Ain. Aku tidak mahu siksa diri aku. Hidup harus di teruskan. Yang hidup masih hidup. Yang sudah pergi, kita sedekahkan doa dan Al-Fatihah.

Hari ini, dua ratus hari pemergian arwah Ain. Rindu, masih rindu yang sama. Tidak pernah pudar. Tidak pernah kurang dari mula aku mengenali Ain. Malah bertambah. Dan makin bertambah. Aku sudah mulai untuk redho. Untuk menerima hakikat. Dorongan keluarga dan rakan-rakan juga membuatkan aku kian tabah.

Setelah aku usai menuit tentang betapa rindunya aku terhadap arwah Ain, tiba-tiba aku menerima satu DM.

"Hi"

Ini. Situasi ini. Situasi ini sama. Aku masih ingat. Benda ini tidak asing lagi bagiku. Lantas aku membalasnya.

"Iye saya? Boleh saya bantu?"

Ain yang ajar aku untuk membalas seperti ini. Barulah macho. Katanya.

"Yasmin ada jumpa awak punya wallet ni. Tercicir dekat parking Ikea tadi agaknya. Kebetulan pulak awak ada tinggalkan tuithandle dekat dalam tu. Jadi Yasmin terus la cuba DM." Ujar Yasmin panjang lebar.

Ain, abang masih cuai seperti dulu. Tapi, ada satu perkara je yang abang ingat Ain pesan. Supaya sentiasa jadi macho dan cool. Terima kasih Ain. Terima kasih untuk segalanya. Abang sayang Ain.

Dan bertukarlah nombor aku dan nombor Yasmin. Maka, berganjak lah kami ke fasa seterusnya. Buat kali kedua.

Ada rezeki yang melimpah ruah,
Hingga kurang nasi terlebih kuah,
Ada yang sial ada yang bertuah,
Cerita sama hanya watak yang berubah.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Oct 19, 2016 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

AKU FUCK CINTA!!!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora