Poligami Vs Origami

1.4K 20 10
                                    

Kalau aku start bukak cerita pasal poligami, mesti ada stock-stock yang akan butthurt. Tapi ini realiti sis. Apa kau expect dari lelaki yang dikuasai 1 nafsu 9 akal. Dan 1 nafsu itu adalah perempuan. Yang perempuan kau jangan cerita, 9 nafsu 1 akal ni yang tak boleh belah ni. Dia punya nafsu mengalah sang virgin di malam pertama. Eh tak tak. Ni secara general saja. Nafsu perempuan ni macam-macam. Nafsu nak makan. Nafsu nak shopping. Nafsu nafsu nafsu blablabla aku malas nak ambik port punn.

Love or lust?

Berbalik pada cerita lelaki. Dikuasai 1 nafsu kuda kepang dan 9 akal yang tak masuk akal. Tidak pernah cukup satu. Makan nasi bujang kalau boleh nak order 18. Air teh o ais ikat tepi kalau boleh nak order macam ada jamuan raya. Walhal makan minun sorang je. Jadi apa kau expect yang lelaki ni takkan cukup dengan satu perempuan? Tidak cukup dengan satu kasih sayang? Tidak cukup dengan satu tempat untuk bolos saja dinding itu!! Eh jangan pikir bukan-bukan. Haha.

Akan ada suatu ketika dimana apabila lelaki berasa tidak cukup dengan satu, dia akan meminta untuk pasang lagi. Aku nak pesan ni, jangan kau percaya " isteri yang merelakan suami bermadu adalah isteri solehah ". Itu semua fuck. Aku fuck orang yang cakap macam ni. Okay aku bagi analogi.

Apa perasaan kau, jikalau dunia ini adalah tranverse universe? Maksud aku, kalau perempuan yang boleh kahwin ramai? Lelaki yang akan dimadukan?

Sabar ya akhi, ya ukhti..

Aku tanya saja. Mesti lelaki tak boleh tahan bukan? Mesti perasaan akan rasa macam fuck gila babi ah. Mana mungkin?! Ya, aku punn tak tahu mungkin pergi mana.. Whut. Apa perasaan lelaki apabila wanita boleh kahwin lebih dari satu? Mesti diorang jadi penjual durian terkemuka punya lah. Ye, meroyan.

Kau rasa apa, bila kau dapat tahu bini kau sibuk duduk rumah suami lain beradu kasih? Membunuh syaitan pada malam jumaat? Membuat pahala aummm cak bersama? Ye para lahnat yang dirahmati sekalian. Dan jawapan kau itu adalah suatu persoalan kepada dunia realiti hari ini.

Tapi kami hanya menegakkan kemahuan dan kehendak yang diluluskan syariat!!

Syariat abah kau. Ini soal hati kimak. Berapa banyak orang yang bercerai hari ni? Tak terkira. Kalau ada suku kaum monyet, lebih dari bilangan monyet sumatera kut. Kau lihat sahaja dekat mahkamah syariah. Pasangan yang banyak becerai adalah dari golongan yang dimadukan. Suami main poligami. Sebab? Isteri tidak sanggup tanggung derita. Derita hidup dalam tiadanya kasih sayang suami. Oleh kerana kasih yang berbelah bahagi. Buat apa hidup dalam kemewahan yang dihujani tetapi diri itu tidak gembira kerana kekurangan kasih dan sayang? Tengok saja orang-orang tua sekarang. Kalau ditanya, mereka amat bahagia. Sampai la ke hari ini. Sebab? Cinta yang tulus antara mereka. Tidak berbelah bahagi. Walaupun hidup dalam serba kekurangan.

Kau tu budak saja. Kau apa tahu hal dewasa..

Ye bang, maafkan saya bercerita hal-hal rumahtangga. Saya kawin punn tak lagi. Berbini punn belum lagi. Siapa la saya ni kan? Abang saja la yang betul. Saya ni budak saja, betulkan lah kekhilafan saya. Tapi abang kena ingat, age doesnt define maturity. Tu punn kalau abang faham bahasa inggeris lah.

Jadi apa kait cerita kau ni dengan tajuk awal Fiq??

Aku nak sampaikan. Kepada abang-abang dan akak-akak di luar sana. Jangan sesekali berbahagi kasih antara anda dan pasangan. Memang cinta ni tak seindah origami buatan manusia. Tapi, ingat kembali. Siapa yang cipta dan buat origami? Origami dimana sifatnya warna warni. Cantik. Berbagai bentuk. Berbagai aspek yang kita boleh nampak itu? Manusia. Dan sekarang ni kita masih manusia. Ke barua? Aku punn tak tahu. Korang letak lah kategori masing-masing. Kita sebagai manusia, kita mampu mencipta keindahan. Keindahan bukan sahaja pada diri kita, tetapi juga pada hidup orang lain. :)

Be with those who want you, not those who always took you for granted..

Pisau cukur? Sugar daddy?

Duit mana boleh beli cinta!!

Ya barua, nak mati punn pakai duit barua...

"Sayang, kalau you belikan i iphone 6s plus rose gold, i janji i takkan tinggalkan you.."

AKU FUCK CINTA!!!Where stories live. Discover now