Kurma

613 14 6
                                    

Bersempena bab 20 ni, takde apa punn yang best aku nak mengarang. So, cerita pasal karma ni meluas. Tapi aku nak kupas karma dalam relationship lah. Cerita yang bakal diceritakan ni mungkin kedengaran nakal sedikit, ditokok tambah bagi menyedapkan cerita, dan disertakan sedikit cerita karut bagi kedengaran lebih khurafat dari biasa.

Cerita pasal karma ni lebih kepada diri member aku. Setiap naik turun dia aku ada. Setiap cerita hidup dia aku tetap ada bersama. Dia pergi club, aku selalu ikut. Dia hisap dadah, aku turut hisap. Dia nak mampus, aku yang ajarkan cara mengucap takut-takut kalau dia lupa lah.

Member aku ni nama dia Siddique. Nama dah sedap, tapi tetap kalah dengan perangai. Ni kalau syaitan nampak, mahu syaitan tu punn sembah menyanjung dia supaya menjadi ketua iblis seterusnya. Sampai tahap itu dia punya perangai bangsat.

Siddique ni playboy, lelaki gatal, buaya, kau namakan saja. Semua itu dia lah. Ada lah satu hari ni, Siddique kenal dengan sorang makwe ni. Makwe ni berhijab. Bertudung labuh. Menjaga ikhtilat. Pakai punn tidak ketat dan tidak longgar, cukup mengikut syarak.

Pada mula kenal makwe ni, Siddique ni aku boleh ibaratkan imam masjid india lah dia punya munafik. Tak pernah bersongkok, tiba-tiba bersongkok. Tak pernah berpuasa, tiba-tiba niat puasa dengan tajwid yang betul dia boleh hafal. Tak pernah berdakwah, kali ni dia lah imam segala dakwah walaupun kebanyakannya hanya omong kosong sahaja.

Tup tap, gadis muslimah ni terpikat hati dekat Siddique. Dekat sini, nikmat tuhan yang manakah yang kau telah dustakan? Dasar munafik punya Siddique. Blerghhh.

Setelah sekian lama aku duk perhati mereka berdua, si gadis muslimah dah kurang muslimah di dalam dirinya. Kalau dulu bertudung labuh, sekarang aku tengok kadang pakai kadang tidak. Kalau dulunya dia gelak sopan dan menjaga tatasusila, sekarang dia gelak sakan mengalahkan orang utan yang liar. Bercakap gua lu gua lu macam bohsia. Hidup liar macam barua.

Pernah Siddique jumpa aku hari tu, ditunjuk medal of honor dia yang entah ke berapa ratus kali dah jadinya. Iya, gambar lucah para perempuan yang menjadi umpannya. Aku sendiri tak sangka, si gadis muslimah itu sudah jatuh dalam perangkap buaya durjana. Aku membelek kiri dan kanan telefon pintar Siddique. Berpuluh gambar si gadis muslimah tanpa seurat benang. Iman aku sebagai lelaki punn tergugat. Kulit dia mulus halus bak tepung kott!!

Secara tiba-tiba aku bersuara;

"Diq, kau tak rasa serbasalah ke? Buat macam ni dekat anak dara orang?"

"Nak rasa serbasalah buat apa kimak? Salah dia lah siapa suruh jatuh hati dkt aku. Siapa suruh tergila-gila kan aku?"

Dak, yang hang dulu sanggup jadi munafik semata-mata nak pikat hati dia dah awat? Sekarang ni hang salahkan dia?

"Aku bukan apa diq. Kau rosakkan anak orang sekarang. Esok lusa kau kena balik. Tak kena dekat kau, dekat ahli keluarga kau?"

"Kau siapa nak tarbiah aku? Kau Tuhan ke nak tentukan takdir aku? Kau punn sama macam aku je. Penuh dosa."

AKU FUCK CINTA!!!Where stories live. Discover now