Diari

544 14 1
                                    

5 Jan 2015

Hai diari. Hari ni hari pertama untuk sem kelima aku. Penat jugak kolej life ni. Tadi masa makan dekat kafe pun, aku makan sorang je. Kawan semua sibuk. Masa tengah makan, aku ada ternampak sorang makwe ni. Bertudung litup. Dahi seluas pintu neraka. Berkuku besi. Berpakaian baju kurung Pahang. Cara dia bersembang punn ayu. Tidak bersembang dengan lelaki. Menjaga ikhtilat mungkin? Ah spekulasi aku je kutt haha. Harap esok aku nampak dia lagi lah.

6 Jan 2015

Diari. Hari ni aku nampak dia lagi. Tapi hari ni dia makan sorang-sorang. Meja dekat kafe semua penuh. ( biasa lah lumrah cerita melayu, kalau tak, mcm mana cerita ni nak gempak ). Meja dia sorang je yang ada tempat kosong. Aku memberanikan diri aku untuk menyapa dia, dengan harapan dia mengajak aku duduk sekali. Ikan makan umpan. Aku dapat la duduk semeja dengan dia. Berdebar hati ni rasa. Eh kimak, jangan cakap aku ada darah tinggi pulak. Esok kalau dia ada dekat kafe ni lagi, aku akan make sure aku tegur dia. Mulakan bicara dengan dia. Mana tahu kalau single, boleh aku try. Takde la aku menyendu seumur hidup.

12 Jan 2015

Diari. Aku rasa down sangat ni. Sudah 6 hari aku nampak dia berkepit dengan jantan lain. Dua hari lepas aku sipi-sipi lagi nak jadi super saiyan macam goku dekat kafe tu bila nampak dia main cuit-cuit dengan lelaki tu. Tapi lelaki tu ramai member pulak. Karang belum sempat aku buka langkah, aku lunyai tanpa arah dulu karang sakit jugak. Nasib aku ni penyabar orangnya. Nasib baik jugak kau cuma diari. Kalau tidak, mahu dengan kau kau sekali terajang aku hehehe.

15 Jan 2015

Diari. Hahahahahahahahaha rupanya lelaki tu abang dia la. Aku je insekiyo hari tu. Nasib tak rasengan terus abang dia masa diorang main cuit-cuit tu. Kalau tidak, calon menantu pilihan awal-awal kena rejek cilaka. Okay, nanti aku nak rapat-rapat dengan abang dia lah. Tak silap aku, abang dia punn satu fakulti dengan aku. Ini peluang. Dan peluang yang aku takkan lepaskan.

16 Feb 2015

Setelah sebulan aku berhempas pulas baju dalam tandas, akhirnya abang dia approve aku untuk menjadi kawan adiknya. Asyifa. Nama yang tidak akan ku lupa sampai bila-bila. Kami punn dah mula sesi mengenali hati satu sama lain. Aku dah mula rasa lain macam dalam diri ni. Satu rasa yang aku tak dapat nak ungkapkan. Adakah ini sebenarnya rasa cinta? Haha bodo aku ni. Tak pernah bercinta kutt. Noob. Ni punn first time. Cilaka la. Macam mana nak mulakan langkah pertama ni. Aduh.

23 Feb 2015

Hari ni hari paling bersejarah dalam hidup aku. Aku dah beranikan diri untuk confess dekat Asyifa. Cuba teka outcome dia? Dia terima aku yieeehaaaaa. Tapi abang dia ada WhatsApp aku, dia suruh aku bertunang terus. Aduh, ni lagi satu miracle, orang mengantuk jangan disorongkan bantal. Aku hanya reply boleh saja. Knowing how open my family is, mereka takde masalah dalam hal percintaan hidup aku. Rasanya lah.

13 Mac 2015

Hari ni first time aku keluar dengan Asyifa. Keluar punn bersebab. Kalau suka-suka sebab nak dating, mahu raya korban ni aku kena penggal nanti. Kami keluar untuk mencari cincin tunang. Asyifa bukan jenis berkira. Cincin rotan punn dia okay. Tapi yelah diari, aku mesti lah taknak air muka aku jatuh. So kami berkunjung ke Habib Jewels. Cincin dipilih. Duit dan cincin bertukar tangan. Langsung kami pulang. Kalau aku ambil kesempatan ajak makan karang mahu abang dia sediakan pedang katana nak pancung aku. Nahalal scary shiall.

19 Mac 2015

Diari. Hari ni family aku pergi bertemu family si dia. Cincin pertunangan disarungkan. Mulai hari ini, sesi mengenali hati satu sama lain bermula. Family aku dengan family dia sudah tetapkan tarikh perkahwinan kami. Aku rasa aku dah sedia. Well, kita tengok saja lah nanti hehe. Tarikh perkahwinan is on 10 Feb 2016. Aku rasa aku boleh sabar. Boleh lah kutt.

AKU FUCK CINTA!!!Where stories live. Discover now