Satu lagi kumpulan yang diketuai oleh kawan kami, Jaja namanya, melihat suatu lembaga hitam mencangkung betul-betul di atas batu yang mempamerkan gambar si mati.

Kumpulan yang terdiri daripada Anas, Malek dan Aris pula bercerita mereka diekori sesuatu yang tidak dapat dilihat. Kata Anas kepada kami, sewaktu melalui sebatang lorong tanah merah , mereka mendengar ada bunyi tapak kaki 'peserta keempat' betul-betul di belakang mereka.

Bunyi tapak kaki itu perlahan saja, tapi dapat didengar kerana lorong itu dipenuhi dengan batu kerewel. Bunyi ia bergesar tetap cukup jelas di cuping telinga.

Mulanya Anas , Malek dan Aris fikir ia perasaan saja. Tetapi apabila berhenti serentak, tiga korang sahabat itu dapat dengar beberapa langkah tapak kaki 'seseorang' di belakang mereka. Apabila disuluh dengan lampu picit , tiada sesiapa. Baik dibelakang mahupun di belakang.

Cerita Rafiee, Zizan dan Salihin pula berbeza. Mereka beberapa kali dicuit oleh seseorang daripada arah belakang. Rafiee dicuit di bahu sewaktu berjalan di belakang sekali setiap melalui sebatang jalan yang menempatkan sebuah bangunan kosong.

Zizan dicuit di telinga beberapa kali semasa mereka melintas belukar manakala Salihin ditolak ketika mereka melalui kawasan jirat. Waktu itu mereka berjalan beriringan sebab takut orang belakang sekali menjadi mangsa. Rupa-rupanya kena juga. Beberapa kali juga mereka terasa ada sesuatu meniup di sekitar tengkuk dan telinga. Hangat bagaikan nafas seseorang.

Siapa yang lakukannya? Entah. Sebab apabila disuruh, tiada sesiapa di belakang mereka.

Lembaga Hitam.

Bagaiman dengan saya? Saya satu kumpulan dengan Ain dan Farah. Selepas melintasi kawasan perkuburan, kami sekali lagi memasuki kawasan belukar.

Selepas melintasi sebatang parit kecil di piring tanah merah, hati saya tiba-tiba bergerak untuk melihat ke belakang semula. Macam disuruh sesuatu.

Sebaik menoleh, dengan bantuan cahaya di langit yang berbalam-balam, saya dapat lihat seperti ada satu lembaga hitam sedang berdiri di tengah jalan kami lalui tadi. Tingginya dalam tiga meter , jauh lebih tinggi daripada manusia biasa.

Darah saya berderau, saya segera memalingkan muka ke hadapan. Memang saya terkejut tapi saya tahan sahaja. Bimbang kalau saya menjerit keadaan akan jadi kelam kabut. Dua orang lagi sahabat saya ini pasti akan menjerit panik. Sedangkan dalam hati saya hanya Tuhan sahaja yang tahu!!

Saya perasan , selepas itu Ain yang berjalan di sebelah saya pula menoleh ke belakang. Sekejap saja, dia palingkan mula semula ke hadapan. Tetapi beberapa saat kemudian dia sekali lagi berpaling ke belakang. Kali ini lebih lama , sekitar sepuluh saat.

Saya diam sahaja , tidak mahu bercerita atau bertanya kepadanya. Di asrama barulah saya ceritakan apa yang berlaku.

Apa yang dilihat Ain? Kata kawan saya itu, kali pertama dia menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi tapak kaki orang mengekori kami. Kali kedua , sejurus sebelum menoleh semula ke hadapan, ekor matanya terlihat ada satu lembaga hitam dan tinggi di belakang kami.

Itu sebabnya dia menoleh kali kedua untuk memastikan kesahihan apa yang dilihatnya itu. Namun apabila ditoleh kali kedua , lembaga itu sudah tiada. Ain tersilap pandang , atau lembaga itu sebenarnya pokok yang ada disekeliling kami? Entah , tapi bentuknya memang seperti manusia.

Saya percaya ada banyak lagi kisah yang berlaku semasa kami melakukan aktiviti kembara malam itu , namun saya tidak sempat bertanya lebih lanjut kepada kawan-kawan lain, terutama lelaki. Kalau ada kesempatan , saya akan tanya mereka dan kongsikan dengan anda.

Oh ya , tentu ada yang berkata mungkin kejadian misteri itu disengajakan dilakukan oleh fasilitator untuk menakutkan kami.

Kami ada bertanya kepada mereka dan jawapannya adalah "TIDAK"


***

Sebenarnya tajuk asal 'berlari atas kubur' tapi saya ubah :3

Jadi..Saya tak pernah masuk acara nightwalk sebab saya hanya pelajar biasa di sekolah. Time ada acara macam tu mesti tak boleh masuk punya , sebab kebiasaan acara camtu masa ada kem perkhemahan, pelantikan pengawas etc. Memang saya taksuka join aktiviti sekolah tapi teringin gila nak join nightwalk!

Bila dengar cerita dari kawan yang join nightwalk mesti akan timbul perasaan dengki huwhue.

Pernah dengar cerita dari kawan sekelas yang masuk nightwalk ni, katanya ada benda putih bergolek di tengah jalan beberapa meter sahaja depan mereka. Then bila tanya pada penganjur katanya takde pun terselit dalam senarai cadangan mereka.

Sapa pernah join nightwalk? Cerita di komen pengalaman korang!

Vote [/]
Comment[/]

lelepons-

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now