59 ; Man On Door

21.3K 1.8K 366
                                    

***

Nama ku Calum, sekarang ku sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen 
Sesekali aku menghirup milkshake latteku yang berada di atas meja.

Aku baru sahaja menunggu memesan pizza medium size , mungkin 10 minit lagi penghantar pizza akan datang. Tiba-tiba sahaja cerita yang ku tonton dipotong oleh pemberita semasa.

"Polis bahagian Rom menyatakan bahawa seorang lelaki pembunuh berantai lari dari tahanan polis malam tadi pada jam 11 malam dan di bagitau pembunuh berantai itu sedang bersembunyi di daerah utara.  Di harap agar semua warga Rom menutup pintu dan tingkap agar pembunuh itu tidak akan masuk .  Pembunuh berantai ini berpura-pura menjadi seorang penghantar makanan.  Lalu pembunuh itu akan --"

Ku tutup televisyen lalu menghirup minumanku

"Bodoh.. sekarang polis memang lembap ,  tangkap seorang pembunuh pun tidak boleh" bebel ku seorang diri sambil memandang jam dinding yang menunjukkan waktu 12:15 malam

Memangnya aku perlu kunci pintu rumahku untuk keselamatan?  Lokasi rumah ku tidak terlalu jauh dengan balai polis terbesar di Rom

Kriet .. kriet..

Aku sedikit terkejut dengan cepat aku memandang pintu dan membukanya dengan was-was.  Dari tadi lagi bunyi tu menggangu ku

Bunyi seperti decitan lantai kayu  , aku telah tinggal di sini selama 2 tahun. Adakah itu anjing gemuk peliharaan Kim Taehyung yang membuat bunyi tu?

Kemudian tak lama setelah aku menutup pintu ,  kedengaran seseorang mengetuk pintu rumahku dan kedengaran suara yang memanggil.

"Encik.. tolong buka pintu , pizza dah sampai"

Baiklah..  otakku dengan spontan teringat tentang berita tadi.  Aku membeku di ruang tamu tidak tahu untuk membuat apa. Aku dengan cepat menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau yang berkilat untuk berjaga-jaga.

Aku melangkah perlahan menuju ke pintu.
Aku mengintip di celah-celah pintu ,  seorang lelaki bertopi pada jam 12 malam? Lelaki itu memakai topi terlalu ke bawah .  Aku tidak membuka pintu kerana berasa takut. Namun dengan tiba-tiba dia mengetuk pintu dengan lebih kuat

Knock Knock!

Aku mulai panik ,  tangan ku menggenggam pisau jua terketar sehingga terjatuh ,  aku meraba phone ku lalu menepuk dahi kerana bateri phone sudah habis

"Cik! Tolong buka pintu! Pizza cik dah sampai!"

Aku hanya ade dua pilihan iaitu melawan atau lari
Aku memutuskan untuk mendorong meja dan kerusi ke arah pintu almari atau apa sekalipun
Aku menutup tingkap dengan barang berat  walaupun lelaki itu dapat menghancur tombol pintu sekalipun namun pintu akan tersekat dengan barang dihadapanya

Aku menunggu dengan ketakutan ,  setiap saat seperti berjalan dengan lambat
Aku turut menahan dengan badan ku sendiri apabila ketukan di pintu semakin kuat

"Cik!  Cepat buka pintu! Saya takut sekarang ni sebab setahu saya ada pembunuh sedang berkeliaran sekarang! cepatlah ambil pizza saya nak balik awal!"

Aku terkejut.

Namun di saat itu,  sepintas lalu bayang-bayang melintasi hujung mata ku
Aku terpaku dalam ketakutan ,  jantung ku berdegup kencang  sementara bulu romaku meremang naik
Tak kusedari dia berbisik ditelinga ku  , aura dingin merasuk masuk ke dalam tubuh ku

"Ah..kesian sekali  , bukankah lebih baik kau buka kan pintu untuk si penghantar pizza?"

Suara seorang lelaki kedengaran sambil menempelkan pisau di mata ku

"Sekarang polis lembap ya  ,  tangkap seorang pembunuh pun tidak boleh"

***the end

Pembunuh tu dari tadi lagi ada dalam rumah Calum

Vote [√]
Comment [√]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora