137 ; Murder

17.9K 1.3K 119
                                    

***

Sumber: Reddit Short Scary Story / mengakubackpacker2nd.hotspot.com

"Apa yang terjadi semalam pada jam sekitar 10.30"

"Saya sedang berada di bilik sedang membuat homework. Tiba-tiba saya terdengar jeritan dari jalanan yang berada di luar tingkap saya , saya terus keluar dari bilik untuk bagitau pada omma dan appa saya. Tapi jeritan tu semakin menjadi-jadi , jadi saya fikir yang mungkin ada seseorang yang berada dalam masalah serius. Jadi saya ber-berlari keluar dan te-tengok.."

"Jangan gagap!"

"Baik tuan"

"Jadi?"

"S-saya tahu ni mungkin kedengaran bodoh , sepatutnya saya panggil tuan dulu. Tapi bila saya berlari keluar , saya tengok ada seseorang lelaki sedang menikam seorang perempuan. Saya cuba gertak lelaki tu dengan bagitau saya akan panggil polis , saya harap dia termakan bualan saya dan betul. Dia berlari meninggalkan perempuan yang terbaring di jalan. Saya dengan cepat keluarkan telefon dan menelefon polis. Lalu saya berlari menuju ke perempuan itu untuk tengok dia masih hidup atau tak. Saya cuba untuk tolong tapi tuhan.. kawasan di tempat perempuan itu dipenuhi darahnya. Di-dia ditikam berkali-kali dan usus terkeluar semua.."

"Tadi kamu cakap ada seorang lelaki yang tikam perempuan itu. Tapi di sini ada sikit je penerangan(kawasan yang tidak cerah sepenuhnya). Kamu yakin yang lelaki itu lakukan?"

"Perempuan itu menjerit 'TOLONG! TOLONG! DIA MENYERANG SAYA!' tanpa henti dan lelaki itu menaik turunkan tangannya seperti sedang menikam perempuan itu. Dan bila saya mendekati , saya tengok..ma-maaf.. tolong bagi saya sedikit waktu.."

"Bertenanglah"

"Maaf , sila teruskan.."

"Tadi kamu kata kamu ada telefon polis. Ada saksi lain ke selain itu?"

"Y-ya , jiran kami Miss Jihyo. Dia keluar hampir bersamaan dengan saat saya berada di tepi mayat perempuan itu."

"Kamu kenal mayat perempuan tu?"

"Ya..dia kawan saya"

"Kamu suka dia?"

"Ya , saya suka. Semua orang sukakan dia"

"Kamu tak ada masalah dengan dia?"

"Apa maksud tuan?"

"Mungkin kamu.."

"Saya tak mungkin bunuh dia! Kalau itu maksud tuan!"

"...kurang meyakinkan"

"J-jadi macam mana?"

"Cuba la bersikap lebih yakin lagi tapi jangan berlebihan. Polis akan dapat tahu gelagat kamu yang mencurigakan. Cuba ceritakan kenangan indah dengan perempuan itu"

"Saya tak ada kenangan indah dengan perempuan tu"

"Jadi karanglah sesuatu!-SIAL! polis dah datang. Okay ingat apa yang aku ajar , jangan gagap. Berlakonlah dengan sebaik mungkin. Aku dah buang baju dan pisau berdarah tu. Kau yakin kan Miss Jihyo ada tengok kau keluar pintu bukan dari hujung jalan?"

"Ya , saya yakin"

"Jadi kau akan selamat"

"Appa.."

"Ya nak?"

"Terima kasih"

###

##

#

Lelaki tu bunuh perempuan tu dan appa nya tolong dia berlakon sekiranya anak dia disoal jawab oleh polis , sediakan payung sebelum hujan (sesuai kan peribahasa ni ._.)

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now