Bab 24

2.4K 105 10
                                    

Aku hanya duduk termenung di atas batu besar tepi air terjun. Aku memikirkan masalah yang menimpa aku iaitu masalah kumpulan. Haih macam manalah ni.. Aku tahu Syazwan dan Shahir berdendam dengan Syarul. Tapi aku rasa mereka sepatutnya berdendam pada aku bukan Syarul sebab aku yang membuat semua menjadi rumit. Bila fikir balik aku rasa bersalah pulak dekat Shahir. Dia tak buat salah pun.. Dia tinggalkan aku sebab mak ayah dia jugak bukan kehendak dia tapi berat untuk aku terima. Aku terluka dengan kata-kata mak dia. Aku rasa aku nak minta maaf kat dialah.. Tapi kalau dia nak macam dulu macam mana? Susah hidup aku..

Aku bangun dan aku tersalah langkah, aku terpijak batu yang licin. Aku terjatuh dan ada orang sempat menyambut aku.

"Abang.." kata aku terkejut apabila orang yang aku fikir tadi sudah muncul di hadapan mata.

"Rindunyer nak dengar Fatin panggil macam tu.." kata Shahir sambil merenung dalam mata biru aku.

Aku segera bangun dan berdiri tegak. Aku menunduk, tak sanggup membiarkan dia merenung ke dalam mataku. Aku risau sekiranya hati ini berpaut kembali walaupun sudah berpunya.
Aku mengumpul segala tenaga dan cuba mengawal perasaan aku.

"Fatin nak minta maaf sebab haritu.. Fatin tahu Fatin salah.. Fatin tak patut hukum abang walaupun Fatin tahu bukan salah abang. Fatin rasa Fatin melampau.. Fatin rasa bersalah sebab marah abang. Fatin rasa Fatin yang membuatkan abang berubah. Fatin rindukan abang yang selalu ada di sisi Fatin. Fatin tahu kita tak boleh jadi seperti dulu sebab Fatin sudah bertunang. Sekarang Fatin sedar yang Fatin sayangkan abang macam abang kandung Fatin.." kata aku sambil mengalirkan air mata dan tersendu-sedan. Shahir berasa bersalah dan memegang bahu aku.

"Abang pun sedar, abang salah sebab hampir buat benda tak elok kat Fatin dulu. Abang selalu buat keputusan tanpa berfikir. Abang minta maaf eh, Fatin.."kata Shahir membuatkan aku mengangkat muka. Aku tersenyum.

"Terima Kasih, abang.. Fatin akan selalu disisi abang sebagai seorang sahabat dan adik untuk abang. Abang kan tak ada adik so biar Fatin jadi adik angkat abang." kata aku dengan senyuman kegembiraan.

"Abang pun akan ada disisi Fatin sebagai seorang sahabat dan abang untuk Fatin. Walaupun Fatin ada banyak abang.." kata Shahir juga tersenyum. Aku terketawa mendengar kata-kata Shahir.

"Dah tak payah menangis.." kata Shahir sambil menghulurkan tisu. Aku menyambut dan mengelap air mata aku.

"Wah!! Tak sangka Fatin curang dengan tunang dia kan guys?!" kata Raisya kuat membuatkan semua orang memandang aku dan Shahir. Kami terkejut dengan kemunculan dia dan geng dari celah-celah semak. Mereka medekati kami.

"Romantiknya dorang ni. Siap skandal kasi tisu.."kata Qalisha.

" Cinta lama sudah berputik kembali ke?!" kata Hasya pula. Membuatkan ramai berkumpul berdekatan dengan kami.

"Kau diamlah, gedik.. Geli aku dengan korang. Muka dahlah macam monyet pakai makeup. Eh.. Mak cik kantin sekolah aku lagi cantik dari korang. Lepastu tahu cari pasal dengan aku dan adik angkat pulak tu.. Memang tak sedar diri eh.. Cermin diri kau, cantik sangat ke?"kata Shahir membuatkan semua yang berdekatan dan aku tertawa. Muka The Fab Girls merah menahan malu.
Aku beredar dari situ apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Aku perasan tadi ada Syarul bila terdengar Raisya cakap macam tu tapi bila Hasya pula cakap macam tu Syarul pun beredar dari situ. Dia tak dengar pun penjelasan Shahir.

~~~~~~~

Aku berjalan ke dalam tapak perkhemahan. Aku ternampak Tony dan abang sedang sibuk berbincang. Aku mendekati mereka dan.....

"Abang... Tony.. Nampak tak Syarul?" mereka terkejut dengan kehadiran aku.

"Eh.. Fatin! Terkejut kitaorang!"kata Tony. Aku hanya tersenyum nipis.

Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now