Bab 9

3K 166 8
                                    

"Fatin! Fatin!" Panggil Amiira teruja.

"Hah kenapa? Tak reti nak bagi salam ke?" Kata Fatin perli.

"Hehe.. Assalamualaikum sahabatku." Kata Amiira sambil tersengih macam kerang busuk.

"Waalaikumussalam. Hah kenapa?" Kata Fatin acuh tak acuh. Tadi Amiira call dia kata nak jumpa nasib kaki Fatin dah okay cuma bila jalan banyak rasa sakit sikit. Lagipun Cikgu Suraya izinkan Fatin keluar sebab kesian dekat Fatin asyik terap je kat dalam bilik.

"Aku dengar ada budak lelaki dari Australia nak pindah masuk sekolah ni."

"So?"

"So kau rasa siapa ?"

"Pasal tu je ke kau suruh aku datang."

"Sebenarnya, bukan pasal ni tapi pasal tu." Kata Amiira sambil menunjukkan ke arah  seorang perempuan.
'Eh tu bukan ke perempuan yang tolak aku ke? Apasal dia ada kat sini .' monolog Fatin.

"Err... Fatin, I nak minta maaf sebab haritu. Tony dah jelaskan semuanya. I nak minta maaf sangat-sangat." Kata Elysha ikhlas. Selepas Tony ceritakan segala-galanya , dia rasa menyesal.

"Saya pun nak minta maaf sebab tampar awak." Kata Fatin sambil menundukkan muka.

"So ni kira kosong kosonglah kita. Hurm.. Friends?" Kata Elysha sambil menghulurkan tangan.

"Okay, friends." Kata Fatin memandang Elysha sambil membalas huluran tangan. Mereka tersenyum dan ketawa.

"Rasa peliklah macam ni." Kata Fatin jujur.

"Ha'ahlah."

~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Saya nak semua junior kena hormat senior ye. Saya buat peraturan baru semua junior form 1 hinggalah form 4 kena panggil senior dengan panggil abang atau kakak, form 2 hinggalah form 5, faham?" Kata pengetua Sekolah Sri Cemerlang Gemilang, Tengku Faroq.

"Faham, cikgu!" Jerit semua pelajar SSCG.

"Perlu ke? Malas betul nak kena panggil abang, kakak." Rungut Nadirah.

"Alah ikut jelah." Kata Fatin acuh tak acuh kerana terlalu mengantuk. Mana tak mengantuknya, semalam layan drama sampai pukul 12pagi.

"Kelas 4Libra dan 5Libra bangun, boleh bergerak ke kelas." Arah Puan Shaf.

~~~~~~~~~~~~~~

"Korang! Cikgu.. cikgu !" Kata Zahrul sambil berlari menuju ke mejanya.

"Bangun! Assalamualaikum Puan Rahimah.." Kata Affiq selaku ketua kelas 4Libra.

"Assalamualaikum Puan Rahimah.." Kata semua pelajar kelas 4Libra sambil berdiri.

"Okay, murid-murid boleh duduk." Arah Puan Rahimah. Semua pelajar 4Libra duduk dan membuat kerja sendiri tak terkecuali Fatin. Dia terpaksa siapkan kerja sekolah yang berlambak sekiranya ada masa lapang walaupun sekejap.

"Hari ini, kita ada murid baru yang akan sekelas dengan kamu semua. Haris, silakan masuk." Kata Puan Rahimah membuatkan semua murid memandang hadapan kecuali Fatin tapi entah kenapa hatinya rasa berdebar seperti akan ada sesuatu yang bakal berlaku.

Haris masuk ke dalam kelas dengan hati yang gementar. Mana tak gementar, dia akan bertemu dengan adik kembarnya yang hampir 6 tahun tidak berjumpa walaupun dia hilang ingatan.

"Okay, Haris memperkenalkan diri kamu." Arah Puan Rahimah.

"Assalamualikum, nama saya Haris Amzar tapi boleh panggil saya Haris. Saya baru berpindah di Malaysia selepas 5 tahun duduk dekat Australia.
Saya harap kalian dapat bekerjasama dengan saya." Kata Haris dengan perasaan berdebar.

Handsome giler dia.
Wow blue eyes
Melting aku tengok
Adakah dia jodohku, hihihi
Poyo giler mamat ni
Skema giler mamat ni cakap

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut pelajar-pelajar kelas 4 Libra.

"Okay, sesiapa ada soalan untuk ditanyakan kepada Haris sebelum cikgu nak mulakan pelajaran hari ini?" Tanya Cikgu Rahimah.

Beberapa orang mengangkat tangan untuk tanya.

Haris hanya layankan sahaja soalan mereka seperti' kenapa awak ni handsome?', 'awak single lagi ke' dan macam-macam lagilah sampai satu tahap.

Haris menuding jari kearah Syahrif dan membenarkan dia menanyakan soalan.

"Kenapa muka kau dengan muka Fatin sama, korang kembar ke?" Pertanyaan Syahrif membuatkan Fatin tersentak dan memandang ke hadapan. Semua pelajar memandang Fatin dan Haris silih berganti. Amiira dan Nadirah berasa tak sedap hati seolah - olah akan ada benda yang akan terjadi pada sahabat mereka. Fatin seolah dapat merasakan yang Haris ialah abangnya tapi dia membuang rasa itu. Fatin nak siasat siapa Haris ni.

"Siapa Fatin?" Tanya Haris kononnya dia tak nampak Fatin tapi hakikatnya setiap kali dia pandang Fatin, dia rasa gementar. Gementar melihat reaksi Fatin. Semua murid menuding jari ke arah Fatin. Fatin tiba-tiba mendapat idea. Dia mengangkat tangan. Haris hairan ' Kenapa tiba-tiba dia angkat tangan.' Monolog Haris.

"Boleh tak saya nak tanya sesuatu?" Tanya Fatin.

"Bo.. Boleh, silakan." Kata Haris tergagap-gagap membuatkan semua bertambah hairan.

"Bilakah hari jadi awak?" Tanya Fatin inginkan kepastian.

Haris teringat fail yang Tan Sri Zafri bagi. Dalam fail tu tulis dia lahir 10 Oktober."10 Oktober." Kata Haris dengan hati yang berdebar.

"10 Oktober.." Fatin mengulang tarikh itu dengan suara yang perlahan. Tarikh itulah hari jadi dia dan abang. Mata Fatin sudah berkaca dan tak lama lagi air mata akan mengalir di pipi tetapi dia tahan.
Fatin mengeluarkan gambar dia dan abang kembarnya. Kalau tengok muka Haris dengan dia memang hampir sama seperti kembar.

"Haris, kamu boleh duduk sebelah Fatin." Arah Puan Rahimah kerana memang sebelah Fatin kosong sebab gadis itu tidak membenarkan sesiapa duduk selagi ada tempat duduk yang lain kosong. Kalau sesiapa degil juga nak duduk sebelah Fatin, memang malang hidup.

Fatin segera berdiri dan berjalan menuju ke meja cikgu dengan menggunakan tongkat. "Cikgu, izinkan saya ke tandas." Kata Fatin dengan suara yang serak.

"Kenapa Fatin, kamu macam nak menangis je ?" Tanya Cikgu Rahimah prihatin. Haris hanya memerhati.

"Tak ada apa-apa,cikgu. Saya okay." Kata Fatin sambil melemparkan senyuman yang plastik.

"Okaylah, nah pas."

"Terima kasih, cikgu."

Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now