Bab 11+12

3K 160 4
                                    

Saya nak buat sedikit pembetulan dekat bab 11 part Fatin terlanggar. Jadi saya nak gabungkan part Fatin terlanggar dengan bab 12. Saya harap readers tak kisah.

Tiba-tiba
Secara tidak sengaja, Fatin terlanggar seorang lelaki [Haish asyik terlanggar orang je kerja si Fatin ni](okay abaikan) dan hampir terjatuh akibat badan lelaki ni keras sangat. Tapi lelaki itu sempat menyambut badan Fatin dari terjatuh di atas lantai. Fatin tidak dapat melihat muka lelaki itu dengan jelas disebabkan lelaki itu memakai cermin mata hitam.' Haih.. Dalam mall pun pakai cermin mata hitam.' Monolog Fatin.
Lelaki itu membuka cermin matanya dan Fatin terkejut melihat lelaki itu. Lelaki itu ialah Shahir. Fatin segera bangun dan...

"Baby.. Kenapa ni? You okay tak? Minah ni langgar you ke?" Tanya seorang gadis berambut perang yang sangat di kenali Fatin. Gadis itu ialah Sasya. Sasya memegang lengan Shahir.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja langgar." Kata Fatin dengan perasaan yang menyampah dan menyesal jalan tak tengok depan tapi mampu mengawal suara agar tidak nampak macam menyampah. Menyampah melihat Sasya yang'berbaby-baby'. 'Geli cik..' Monolog Fatin.

"Heyy perempuan!! Buta ke apa? Suka hati je nak langgar orang." Kata Sasya separuh jerit. Orang yang lalu lalang hanya memandang mereka pelik. Manakala Syarul , Haris dan yang lain-lain hanya mendiamkan diri.

"You stop it! Tak malu ke orang tengok?!" Kata Shahir untuk meredakan keadaan.

"Heyy baby.. I just nak ajar perempuan ni sebab suka-suka je langgar boyfriend I." Kata Sasya tak puas hati.

"Heyy perempuan!! Mak Bapak kau tak ajar ke? Kalau nak jalan tengok depan!! Hah?! Perempuan tak sedar diri! Tantah mak bapak kau bodoh!!"kata Sasya sinis.

Ada mutiara jernih yang mengalir di pipi Fatin. Fatin menunduk. Entah kenapa dia rasa lemah di hadapan Shahir. Dia tak mampu nak buat apa-apa.
Papp
Tiba-tiba terdengar satu tamparan kuat. Fatin terkejut melihat Shahir yang menjadi bengis. Bunyi tamparan itu datang dari Sasya sebab Shahir menampar Sasya begitu kuat hingga terjatuh.

"Kenapa you tampar I?" Kata Sasya terkejut.

"Sebab you dah melampau.. You tahu tak siapa perempuan yang you hina ni?" Kata Shahir menahan marah. Marah kerana Sasya hina gadis yang dia cintai.

Sasya terkejut. Dia mengelengkan kepala.

"Perempuan inilah yang I cintai selama ni! Perempuan nilah yang you dan mama I hina dulu. Perempuan nilah yang bertakhta di hati I" kata Shahir sambil merenung dua mata biru Fatin.

Shahir memegang tangan Fatin. Entah kenapa Fatin tiba-tiba tampar Shahir. Semua orang terkejut.
"Aku dah banyak kali cakap yang aku bukan Fatin yang kau cintai. Aku harap kau faham. Cinta aku pada kau dah mati. Aku harap korang bahagia. Assalamualaikum." Kata Fatin dan berlari keluar dari situ melalui pintu keluar.

Fatin berlari sampai ke satu kawasan kereta. Dia melintas tanpa memandang kiri dan kanan. Tanpa Fatin sedar, ada satu kereta meluncur dengan laju tidak berapa jauh dari belah kanan Fatin. Pemandu kereta itu tidak perasan akan kehadiran Fatin kerana dia sedang menaip mesej.

Fatin memandang belah kanan. Tiba-tiba, Fatin menjadi kaku dan dia mampu menutup mata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAB 12

Tiba-tiba tubuh Fatin dipeluk dan ditolak supaya tidak dilanggar oleh kereta tadi. Fatin sungguh merindui pelukan ini. Pelukan yang sentiasa membuatkan dia rasa selamat dan dilindungi. Fatin tersedar satu perkara, ini pelukan yang abang kembarnya, Farhan selalu berikan ketika Fatin dalam kesusahan. Fatin segera membuka mata dan Fatin terkejut. Terkejut melihat orang yang memeluknya. Orang itu ialah Haris Amzar. Haris merenung kedua-dua mata biru Fatin. Haris sudah dapat mengingati sedikit memori. Memori tentang adiknya, Fatin sahaja.

"Adik.." Perkataan itu tiba-tiba muncul dari mulut Haris tanpa di sedari. Haris mengalirkan air mata jantannya. Haris masih memeluk Fatin. Dia ingin melepaskan rindu. Semasa Fatin terlanggar Shahir, Haris berasa kepalanya sangat pening dan secara tiba-tiba termuncul memori dia dan Fatin sedang bermain bersama, menyambut hari lahir bersama dan macam-macam lagi sampailah pasal kebakaran itu. Ada yang happy dan ada juga yang sedih tentang memori itu.

Fatin terkedu apabila mendengar panggilan' adik ' daripada mulut Haris. 'Adakah dia.. Abangku yang aku cari selama ini? Ya Allah.. Sekiranya benar, kau berikanlah aku petunjuk..' Monolog Fatin. Fatin membalas pelukan itu.

"Abang nak minta maaf dekat adik selama ni abang tak dapat berada disisi adik.." Kata Haris sambil tersedu.

"Adik juga minta maaf sebab tak dengar cakap abang. Kalau adik tak degil mesti semua ni takkan terjadi." Kata Fatin sambil menangis. Dia masih mengingat kejadian kebakaran yang menimpannya dan abang kembarnya.

Haris meleraikan pelukan itu. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi Fatin.

"Abang tak pernah salahkan adik. Abang bersyukur adik selamat."

"I really miss you, abang.."

"Ehhem!!" Kedengeran satu suara garau menyentakkan mereka.
Haris dan Fatin memandang ke arah suara itu. Kelihatan Tony, Syarul, Elysha, Nadirah dan Amiira tersengih macam kerang tak cukup khasiat.

"Yeay!! Penyatuan dua beradik yang sudah berpisah selama 6 tahun." Kata Amiira sambil melompat kegembiraan.
'Aitt.. Overnya kawan aku ni.'Monolog Fatin. Akhirnya mereka bertujuh bergelak ketawa.

"Jom celebrate nak tak?" Tanya Tony.

"Jom!!" Kata Amiira, Nadirah dan Elysha serentak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"So kaulah bakal adik ipar aku?" Tanya Haris kepada Syarul yang duduk di hadapannya. Ops.. Bukan Haris tapi Farhan. Syarul dan Fatin sudah tersedak. Segera Farhan menghulurkan air kepada Fatin manakala Syarul, Tony yang hulurkan air.

"Abang!! Apasal tanya soalan pelik ni?" Kata Fatin setelah tekaknya okey. Pipi Fatin memerah. Of courselah blushing bila ada abang kau tanya macamtu dekat orang yang kita suka. Mereka semua orang tergelak melihat Fatin kecuali Syarul.

"Eerr.. Hah!! Mak aku ada ajak korang semua pergi kenduri dekat rumah aku minggu depan hari ahad." Kata Syarul tukar topik sekali gus memberitahu tentang hasrat ibunya untuk menjemput kawan-kawan Syarul ke kenduri.

"Aku okay je." Kata Tony.
"Aku insya-allah." Kata Nadirah.
"Aku pun insya-allah." Kata Amiira.
"Aku pergi dengan Tony kut." Kata Elysha.

"Haris, Fatin?" Tanya Syarul.

"Kitaorang tengok dulu.." Kata Farhan manakala Fatin hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Farhan.

"Lagipun Jumaat minggu depankan dah start cuti seminggu." Kata Fatin.

"Ha'ahlah..." Kata Nadirah.

"Abang.. Siapa sepupu abang yang abang cakap?" Tanya Fatin dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak.

Assalamualaikum readers.. Sorrylah, sebab saya buatbab kali ni pendek.. Saya tak ada idea. Saya harap readers tak kisah. Saya tak janji akan update cepat. Saya tengah cari idea untuk bab seterusnya. Jangan lupa vote+comment. Saya teringin nak dengar komen dari readers.

Love♥,
Fn.zlkfkli ( finaz )





Fatin Narfiqa ( Discontinued )Where stories live. Discover now