Chapter 1: Mimpi buruk

396 8 0
                                    

Kabus hitam selalu sahaja mengelilingku. Lautan hitam selalu sahaja kelihatan. Aku seolah-olah lemas di dalam lautan hitam itu. Ketakutan, kegelisahan, dan kerisauan selalu menjadi fokus utama aku. Walaupun aku sedar semua itu hanya mimpi tetapi mimpi itu tidak dapat aku singkirkan daripada ingatan aku. Ingatan aku selalu mengingati mimpi itu. Apabila diingat, ketakutan semakin menjadi-jadi di dalam hati aku. Kekadang, aku dapat merasakan kabus dan lautan hitam itu mengelilingi ku ketika aku bersendirian. Untuk mengelak situasi itu, aku terpaksa mencari seseorang di samping aku. Malangnya, aku tidak dapat terus berharap kepada seseorang kerana semua orang mempunyai tugasan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam masa yang sama, aku tidak dapat menceritakan situasi ini kepada orang lain memandangkan mereka tidak dapat memahaminya. Aku percaya mereka pasti akan mengetawakan aku jika aku bercerita tentang ini kepada mereka. Ketakutan semakin bertambah daripada apa yang aku sangkakan. Untuk kali pertama juga, aku berasa sebegini takut kepada mimpi.

"Yoshikawa Emi, kamu dengar apa yang saya kata?" Soal Puan Ayase, guru biologi ku. Persoalan Puan Ayase mengejutkan aku. Lidah ku kelu dan tidak dapat berkata-kata. "Yoshikawa Emi, kau sakit? Sebulan dua ini saya melihat muka kamu selalu sahaja pucat. Kamu benar-benar okay?" Soal Puan Ayase lagi. Aku hanya mendiamkan diri. Ishida Izanagi, Yoshiro Tadashi, Kaeda Kiyoko serta seluruh pelajar di dalam kelas itu memandang ke arahku. "Yoshikawa Emi, kenapa kamu kelihatan gelisah?" Soal Puan Ayase. Matanya memandang aku tetapi aku tidak memandangnya. Aku menyimpan pen di dalam kotak pensel. Kemudian, aku mengemas buku dan semua barang ku.

"Cikgu, boleh benarkan saya pulang?" pinta ku.

"Kalau kamu tidak sihat, saya akan membenarkan kamu." Kata Puan Ayase. Aku hanya mengangguk lalu berjalan keluar dari kelas.

Ketika dalam perjalanan ke lobi, aku merasakan seseorang menarik tangan aku. Ternyata Izanagi yang menarik aku. "Apa yang terjadi? Kau ada masalah?" Tanya Izanagi.

"Aku tidak tahu sama ada ini masalah atau tidak. Mungkin ini hanya hayalan aku sahaja. Atau aku yang risau tidak bertempat." Balasku.

"Emi, apa sudah terjadi? Ceritalah kepada aku. Aku berhak tahu. Kau teman wanita aku." Tanya Izanagi.

"Aku mahu cerita kepada kau tetapi aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan. Aku harap aku boleh menceritakan kepada kau dengan lebih jelas setelah aku dapat titik permulaan." Balasku kepada Izanagi lalu pergi meninggalkannya.

Aku kembali ke rumah dengan seorang pemandu. Apabila tiba di rumah, aku terus melempar tubuh ku di atas katil. Kegelisahan dapat dilihat sekali di raut wajah ku. Aku cuba memejam mata ku tetapi aku terlalu takut jika mimpi itu muncul. Kekadang aku terfikir, ada bagusnya jika aku tidur dan bermimpi akan ketakutan itu supaya aku boleh mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu. Namun, aku hanya manusia biasa. Bagaimana aku boleh berdepan dengan ketakutan itu?

Walaupun aku tidak mahu memejamkan mata aku, kedegilan mata tetap tidak dapat dilawan. Aku terlelap. Di saat itu, mimpi ngeri pun muncul. Di dalam mimpi itu, aku dapat lihat dengan jelas sekali yang diri ku berada di dalam air laut. Diri ku tenggelam melihat gerhana bulan. Aku melihat wajah Sylvia yang pucat dan tenggelam di dalam air. Kenapa? Kenapa aku dapat melihat Sylvia? Bukankah Eros sudah mengembumikan Sylvia dengan sempurna? Kenapa dia masih kelihatan? Ini sebenarnya satu petanda atau musibah?

Di dalam persoalan, aku terjaga. Aku merasakan tubuh ku basah dan kesejukan. Aku bangun dari katil dan berlari ke cermin. Aku boleh melihat sendiri yang diri ku basah kuyup. Jelas sekali yang aku sebenarnya bukan bermimpi tetapi semua yang aku lihat di dalam mimpi adalah realiti. Apa sudah berlaku? Adakah dunia magik berada dalam bahaya? Persoalan seterusnya bermain difikiran ku.


Mage (Nightmare) Book 2Where stories live. Discover now