Part 51

2.6K 207 19
                                    

"Aku yang ambil duit kau dulu." Kata Sewon yang sedang mabuk.

"Ha?" Jungkook kehairanan.

"You ni tak faham bahagian mana? I yang ambil duit tu!"

"Bukan dia?" Tanya Jungkook sekali lagi.

Dia berjalan perlahan sambil memegang tepi meja kerana pening akibat minum terlalu banyak.

"Bukan. Masa di Malaysia, I yang letak duit you dekat dalam beg perempuan tu."

Jungkook menahan geram.

"I suka perempuan tu kena tengking dengan you, kena siram air dan kena tampar dengan you. I rasa seronok bila tengok you buat macam tu. Hahahah."

Gelak Sewon dalam keadaan mabuk.

"Perempuan tak guna!" Bisik Jungkook. Tangannya mengenggam kuat cawan kecil itu.

"Tak sangka Jungkook tu lembab! Tak boleh fikir langsung. Terus melulu tanpa selidik. Memang senang kena tipu. Untung betul dapat dia. Hari-hari boleh tipu dia."

Kata-kata Sewon membuatkan kemarahan Jungkook bertambah. Cawan kecil yang digenggam oleh Jungkook telah pecah akibat genggamannya yang kuat itu.

Pemilik gerai yang sedang melayan pelanggan itu terdengar sesuatu yang pecah lalu memandang ke arah tempat mereka berdua jadi pemilik itu bergegas memberikan tisu kepada Jungkook tetapi Jungkook tidak menerima malah dia terus beredar daripada situ.

Sebelum Jungkook hendak keluar, dia sempat berkata sesuatu kepada pemilik gerai itu.

"Nanti dia ni dah sedar, suruh sahaja betina ni bayar semua."

Pemilik itu mengangguk.

Dia meninggalkan tempat itu.

Sepanjang perjalanan, dia tidak menaiki kereta kerana mabuknya itu boleh membuatkan dia memandu secara tidak berhemah jadi dia berjalan menuju ke suatu tempat. Kakinya terhuyung-hayang menahan pening yang dialami.

"Kenapa aku tak percaya cakap dia? Dan kenapa aku percaya cakap betina tu? Ye memang salah aku, aku sendiri tak selidik dulu. Betul kata Jin hyung, dia tak salah."

Dia mengetuk kepalanya kuat.

------------

Di Hotel.

Sedang aku dibuai mimpi, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan pintu.

"Siapa yang kacau aku malam-malam ni?" Bisikku. Aku bangun daripada tidurku lalu aku duduk di birai katil menghadap pintu.

"Ini aku, Jungkook. Buka pintu ni." Katanya kuat.

Aku mengerutkan dahi lalu aku memandang jam di dinding. Jarum jam menunjukkan 1.50 pagi.

"Buka pintu ni." Arahnya sekali lagi.

Aku berjalan ke arah almari lalu aku terus mengambil selendang yang digantung untuk menutupi kepalaku. Aku berjalan terus ke arah pintu lalu aku mendekatkan telingaku ke pintu.

"Apa kau nak?" Tanya ku.

"Aku nak cakap sesuatu dekat kau. Kau buka jelah pintu ni. Bagi aku masuk."

"Kita cakap esok jelah. Tak manis kau masuk dalam sini. Dahlah pergi tidur." Halau ku.

"Ini penting. Aku tak boleh tunggu esok. Buka pintu ni!" Suaranya mula kedengaran marah.

"Kenapa dengan dia ni?" Bisik hatiku.

Pelik akan perangainya yang tiba-tiba itu.

"Sekejap."

First Love with Malaysian PeopleWhere stories live. Discover now