Part 27

4.3K 359 60
                                    

Jungkook membuka zip beg ku dan tangannya dimasukan ke dalam beg untuk mencari stapler. Ketika dia sibuk mencari stapler, matanya terpandang pada satu sampul yang berada dalam beg aku.

Jungkook mengeluarkan sampul berwarna coklat daripada beg itu. Kemudian dia memandang pelik pada sampul itu.

"Rupanya seperti sampul aku." Kata Jungkook perlahan.

Jungkook melihat isi dalamnya.

"Ye memang sampul aku." Sambungnya lagi.

"Tapi kenapa sampul ni ada dalam beg dia?" Tanya Jungkook pelik.

Jungkook berfikir sejenak.

"Dasar mata duitan!" Jerit Jungkook.

"Tu lah padahnya kalau percaya sangat dekat perempuan macam tu." Kata Sewon kepada Jungkook yang datang daripada pintu belakang kelas.

Jungkook memandang belakang.

"Ape kau buat dekat sini?!" Tengking Jungkook.

Sewon tidak menjawab pertanyaan Jungkook.

"Perempuan tu bukan boleh percaya sangat. Dia rapat dengan kau pun sebab duit dan mahu populariti. Biase lah perempuan macam tu memang sukakan benda-benda tu semua. Sekarang kau dah terkena dan ditipu oleh dia." Kata Sewon seolah-olah menghasut Jungkook supaya jauhi aku.

"Dah diam! Aku tak nak dengar semua tu!" Tengking Jungkook kuat.

---------------------

Aku masuk ke kelas itu sambil memegang dua air tin yang ku beli dari kantin dan beberapa helai kertas kerja sekolah yang ku dapat dari senior ku dari perpustakaan.

"Nah. Ni air kau. Sorry lambat. Tadi aku pergi singgah kantin kejap." Kata ku sambil menghulurkan air tin itu kepada Jungkook.

Jungkook mengambil air tin itu daripada tanganku. Dia membuka air tin dan kemudiannya dia minum sedikit. Bibirnya mengukir senyuman kepada ku.

Aku membalas senyumannya.

Tiba-tiba Jungkook menyiram air yang berada dalam tin dari atas kepala ku dan terus mencampakan air tin itu di atas lantai.

Aku betul-betul terkejut dengan perbuatannya yang kejam itu. Aku seolah-olah tidak percaya bahawa dia yang melakukan itu seperti itu bukan dirinya yang sebenar.

Aku terdengar bunyi tepukan di penjuru kelas. Aku memandang.

"Sewon." Kata ku perlahan seolah-olah berbisik.

Aku beralih pandangan ku arah Jungkook.

"A- apa yang kau bu- buat ni?" Tanya ku yang masih dalam keadaan terkejut.

"Kau cakap kenapa? Sepatutnya kau dah tahu kenapa aku buat macam ni dekat kau atau kau pura-pura tak tahu."

"Hah? Ape yang kau cakap ni. Aku tak faham lah maksud kau." Air mataku mula bergenang.

"Kau ni memang mata duitan!" Tengking Jungkook.

"Mata duitan?"

"Kau ni!!! Jangan pura-pura boleh tak. Kau yang curi duit aku!" Jungkook menunjukan sampul duitnya.

"Mana ade. Aku tak buat semua tu lah."

"Kalau kau tak buat macam mana sampul ni boleh ada kat dalam beg kau. Aku jumpa sampul ni dekat dalam beg kau! Dah tu, beg siapa yang aku jumpa yang dalamnya ade sampul ni. Yang ade dekat kelas ni cuma kita berdua je. Tak kan lah itu beg aku! Tak mungkin!" Jungkook menunjukan beg itu.

"Ye itu memang beg aku ta- tapi..."

"Hah mengaku pun!"

"Ta-tapi bukan aku yang curi. Aku difitnah!"

First Love with Malaysian PeopleWhere stories live. Discover now