Part 35

4.4K 377 60
                                    

Jungkook mengenggam kedua-dua tangannya erat sambil matanya memandang aku dan Jin yang berlalu pergi.

Jungkook menolak Sewon ketepi kemudian dia mengejar Jin.

Justeru itu, dia menarik tali leher Jin dan menumbuk tepat pada mukanya berkali-kali.

Jin yang memegang tangan aku tadi terlepas akibat pukulan Jungkook.

Jin juga sudah jatuh terduduk akibat pukulan Jungkook yang secara tiba-tiba.

"Jungkook! Sudahlah!" Desak ku sambil aku menahan Jungkook yang ingin memukul Jin lagi.

"Kau ke tepilah perempuan!" Jungkook menolak ku kasar.

Jungkook meluru ke arah Jin yang sudah terlentang. Dia menendang perut Jin berkali- kali sampaikan darah terkeluar daripada mulutnya itu banyak mengalir.

"Jungkook!" Aku menolak dadanya.

"Jin? Mari sini aku tolong kau." Aku mengusap rambutnya kemudian aku membantu Jin untuk bangun.

Tiba-tiba Jungkook menyambar tanganku.

"Mari sini!" Paksa Jungkook sambil menarik aku pergi dari situ.

"Nadz~" Panggil Jin perlahan kerana badannya sungguh lemah akibat dipukul dan ditendang oleh Jungkook.

"Apa kau buat ni? Lepaskan aku!" Jerit ku sambil tangan ku sibuk mencari jalan untuk dilepaskan.

Jungkook menghentakkan badan ku di badan kereta.

"Kau nak aku lepaskan kau. Tak sama sekali." Jungkook mengukir senyuman jahat.

Aku memijak kakinya serta menolak badannya ke belakang.

Aku berlari pantas menuju ke tempat Jin semula tetapi tidak sempat kerana Jungkook menarik rambut ku kasar sampaikan aku ke belakang.

Jungkook menampar aku kuat sampaikan aku terbaring berdekatan tempat Jin terlentang.

Mataku menjadi kabur akibat ditampar kuat oleh Jungkook. Walaupun kabur akibat pening, pandangan ku samar-samar melihat Jin yang terlantar di situ.Semakin lama semakin gelap.

Jungkook mengangkat aku untuk diletakkan di dalam kereta.

Keretanya meluncur laju.

Sewon yang masih terkejut itu tidak tahu berbuat apa. Dia membiarkan Jungkook 'menculik' aku dan juga membiarkan Jin yang sudah nyawa-nyawa ikan di situ.

Tanpa berfikir panjang, Sewon terus menolong Jin yang sudah terlentang itu.

---------

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Terdapat banyak cahaya yang menerangi kereta itu. Aku dapat merasakan diri ku masih di dalam kereta.

Aku memandang di luar cermin tingkap. Aku berada di hadapan sebuah bangunan yang besar. Kemudian, aku menyentuh kepalaku serta memicit kerana terasa pening.

"Jin?!" Aku menyebut namanya serta-merta.

"Kenapa kau sebut nama dia?" Tanya Jungkook yang sedang membaringkan muka dan tangannya pada stereng kereta itu.

Aku pantas memandangnya.

"Kau bawak aku ke mana ni?!" Tanya ku yang sedang risau.

"Kenapa kau tak jawab soalan aku?" Suaranya ditinggikan sedikit. Kepalanya diangkatkan dan pandangannya beralih ke arah ku.

"Se-sebab kau yang buat aku sebut nama Jin."

"Haha sebab aku ye." Balas Jungkook sambil tangannya mengusap rambut ku lembut.

First Love with Malaysian PeopleWhere stories live. Discover now