Part 34

4.5K 385 60
                                    

Sewon mengikut Jungkook daripada belakang.

Sampai di pintu dewan, Sewon tidak lagi mengikut Jungkook daripada belakang, dia terus pergi ke belakang pentas untuk berjumpa dengan juruacara majlis.

"Hey~" Sewon memanggil dengan nada manja sambil tangannya menyentuh lembut bahu lelaki cina itu yang sedang duduk di atas kerusi dan juga merupakan juruacara majlis itu.

Lelaki cina itu memandang Sewon atas bawah sambil tersenyum.

"Ye kenapa? Boleh saya bantu?" Tanya lelaki cina iu.

Sewon memandangnya. Justeru itu, dia terus duduk di atas paha lelaki cina itu.

Lelaki cina itu terkejut tetapi dibiarkan Sewon duduk di atas pahanya. Tangan Sewon mula menyentuh dadanya perlahan kemudian bibir Sewon dirapatkan pada telinga lelaki itu.

"Boleh tak you buat untuk I sesuatu?" Tanya Sewon dengan nada yang mengoda.

"Apa saja." Balas lelaki cina itu yang sudah memegang pinggang Sewon.

Sewon memandangnya sambil tersenyum.

--------------------

Aku melihat jam tangan ku.

"Bila nak habis ni? tiba-tiba rasa rimas." Aku mendengus geram.

Aku mengangkat kepala ku. Tiba-tiba pandanganku terus melekat ke arah Jungkook yang dari tadi memandang aku.

Aku gelisah dengan pantasnya aku mengambil cawan yang berada di hadapan ku. Malangnya cawan yang ku ambil tidak berisi air. Jadi aku berpura-pura minum di depannya.

"Baiklahlah para pemuda dan pemudi semua, adakah anda semua sudah bersedia?!" Jerit lelaki cina yang datang daripada belakang pentas.

Aku terkejut dengan suara lantangnya. Nasib baik tak tersedak. Memang takkan tersedak sebab tiada air di dalamnya. Aku meletakan cawan itu semula di atas meja.

"Ya!" Jawab orang ramai yang berada di dalam dewan itu serentak.

Aku menghadap pentas. Mata aku ternampak kelibat Sewon yang berjalan menghadap ku sambil tersenyum sinis.

Aku mengeluh panjang.

"Perempuan ni." Bisik ku.

"Mengeluh nampak?" Tanya Jin.

Aku memandangnya. Anak mataku naik sedikit kerana ketinggiannya.

"Eh tak tahu pulak mengeluh boleh nampak." Sindir ku.

"Cik adik ni. Baiklah rasa." Kata Jin sambil jari telunjuknya menyentuh hidung ku.

Aku terdiam.

Jin memandang ku lama.

"Aip senyap? Tak tahu kata ape dah." Kata Jin.

Aku pandangnya dengan pandangan tajam.

Jin juga membalas pandangan ku tajam.

"Dah lah malas layan kerenah kau ni." Kata ku.

"Takut lah tu." Balas Jin.

"Takut? Ape yang kau merepek ni."

"Kau takut kau jatuh cinta dengan aku kalau pandang aku lama-lama." Balas Jin selamba.

Aku sedikit terkejut apa yang dikatakan. Kata-kata Jin mengingatkan aku dengan kata-kata Jungkook yang juga berbunyi seperti itu sewaktu Jungkook menampar aku sampaikan bibirku berdarah. Aku tak nak benda ini berulang.

"Saat yang dinantikan telah tiba. Tiba masanya untuk mengumumkan siapa pemenang untuk tema kita pada hari ini iaitu Romeo and Juliet." Kata lelaki cina itu.

Para pemuda dan pemudi yang berada di dalam dewan itu bertepuk tangan.

Aku terus mengalihkan pandanganku ke arah juruacara majlis.

"Tak payah umum pun dah tahu siapa pasangan itu." Kata lelaki cina itu.

Mereka yang berada di dalam dewan itu ternanti-nanti siapakah pemenang itu.

"Untuk Romeo uhmm siapa ye Romeo tu bermula huruf J."

Selepas aku tahu huruf yang disebutkan oleh juruacara itu, aku terus memandang Jin yang berada di sebelahku.

"Apa?" Keningnya terangkat.

"Nama kau kan ada huruf J." Kata ku.

"But bukan aku je yang ada huruf J. Jungkook? Jhope? Jimin?"

"Mana lah aku tahu tiba-tiba aku pandang dan teringatkan kau."

"Suka aku lah tu." Kata Jin.

Aku menjelingnya. Malas melayan perangai gatal dia tu.

Dengan perangai yang tidak mengalah itu, dia terus mengubah posisinya dihadapanku.

Aku yang sedang memandang juruacara itu terkejut dengan kemunculan Jin yang berada dihadapanku secara tiba-tiba.

"Hish ape kau buat ni? Kau halang aku punya penglihatan la." Aku memarahinya sambil badanku berenjak ke tepi.

Jin tetap menghalang penglihatan ku.

"Aku nak tanya kenapa kau ingat aku?" Tanya Jin yang masih menghadap aku.

Aku memandang matanya.

"A- aku pun tak tahu lah. Kau ni pun tak payah lah desak aku. Mungkin kau diri sebelah aku tu yang aku ingat kau je." Terang ku.

"Ye ke?"

"Eh kau jangan fikir benda lain pulak."

"Haha memang aku fikir sampai ke situ pun." Balas Jin.

"Kau? Dah lah ketepi." Aku menolak badannya ketepi.

Sejurus aku menolak badan Jin ketepi, juruacara itu terus sahaja mengumumkan pemenang itu.

"Pemenangnya ialah Jungkook dan Sewon!!"

Di dalam dewan itu memberikan tepukan gemuruh kepada mereka dua.

Aku yang berada di situ hanya boleh melihat mereka seronok.

Aku tidak langsung berpaling kepada mereka. Hanya mataku memandang lantai dewan itu. Aku tidak boleh tafsir perasaan ku sendiri. Adakah aku cemburu, sedih atau gembira?

Tiba-tiba tanganku disentuh lembut oleh Jungkook dan membawa aku sekali ketika Jungkook dan Sewon berjalan untuk naik ke pentas.

Aku terus memberhentikan langkah ku. Dengan itu Jungkook dan Sewon juga turut berhenti.

"Kenapa you berhenti? Semua orang tengok tahu tak?" Tanya Sewon kepada Jungkook.

Jungkook tidak mengendahkan pertanyaan Sewon sebaliknya mengenggam erat tangan ku.

"Lepaskanlah!" Aku meninggikan suara ku.

Sewon yang tidak tahu akan kejadian itu, dia terus pergi ke sebelah Jungkook. Matanya membulat besar selepas melihat Jungkook memegang tangan ku.

Sewon memandang aku kemudian pandangannya beralih ke arah Jungkook.

"Lepaskan tangan dia sekarang!" Arah Sewon.

Jungkook tetap tidak melepaskannya.

Sewon menarik tangan Jungkook malangnya gagal kerana pegangannya terlalu erat.

"You?! Jangan buat I malu dekat sini." Kata Sewon yang sudah berasa malu kerana orang ramai mula berbisik.

Jin kemudiannya datang.

Jin memegang tanganku dan tangan Jungkook untuk dilepaskan.

Akhirnya dilepaskan juga. Jin mendekatkan mukanya ke arah Jungkook.

"Kau tak berhak miliki dia." Kata Jin perlahan.

Jin terus membawa aku pergi dari sini.

Jungkook mengenggam kedua-dua tangannya erat sambil matanya memandang aku dan Jin berlalu pergi.

Bersambung...

Sorry lambat. Saya update pun sbb ada masa, tu yg update tu maklumlah cuti dua hari katakan. Hahahaha. Mungkin lepasni saya tak update smpai 3/11. Lpas 3/11 baru saya update. Sepatutnya habis exam 30/10 disbbkan jerebu, exam kena tangguh. So korang tggu lah yee.

First Love with Malaysian PeopleWhere stories live. Discover now