Part 37

4.6K 375 67
                                    

Aku sedikit terkejut dengan kata-kata Jin.

"Boleh tak kau jangan merepek." Kata ku sambil membuka kit kecemasan.

Aku mencari ubat antiseptik atau dettol untuk merawat luka pada muka Jin.

"Kau fikir apa yang aku cakap ni merepek?" Jin memandang aku tepat di sebalik kaca mata hitamnya.

"Haah. Merepek. Semestinya merepek." Aku berdalih. Aku tidak memandangnya. Tangan ku masih sibuk mencari ubat antiseptik dan kapas untuk merawat luka dan lebam-lebam pada muka Jin di dalam kotak kecemasan itu akibat dipukul dan ditumbuk teruk oleh Jungkook.

Secara jujurnya, aku jumpa ubat itu lama di dalam kit kecemasan tapi aku sengaja buat-buat tidak nampak kerana aku tidak mahu memandang Jin. Aku berasa tidak selesa apabila Jin memandang aku lama disebalik kaca mata hitam itu dan dia juga selalu melontarkan kata-kata yang aku tidak ingin dengar daripada seorang lelaki. Aku tahu Jin memandang aku sebagai seorang perempuan bukan sebagai peminat BTS.

Tiba-tiba tangan Jin menyelit untuk mengambil ubat dan kapas di dalam kotak kecemasan ketika aku sedang berpura-pura mencari. Kemudian dia meletakkan ubat dan kapas itu di hadapan aku.

Aku terdiam. Mungkin dia tahu yang aku berpura-pura tidak nampak sedangkan ubat dan kapas itu betul-betul terletak kemas dalam kotak kecemasan itu.

Dengan muka selambanya aku mengambil ubat dan kapas itu cepat. Aku meletakan ubat itu pada kapas. Justeru itu, aku menyapu perlahan pada bibirnya yang tebal itu.

Jin tetap memandang aku.

Kemudian, aku beralih pada dahinya.

"Kenapa kau susah sangat nak percaya aku? Apa yang aku cakap mesti kau kata aku merepek. Kau takut aku------"

"Ye memang aku takut. Aku?" Potong ku sambil tangan ku berhenti mengubat pada mukanya.

"Aku takut kau---" Air mata ku mula menitis.

Jin menunggu jawapan ku.

Aku ternampak seorang pelayan yang sedang membawa makanan dan minuman itu datang ke sini. Aku dengan pantasnya mengesat air mataku.

"Selamat menjamu selera." Kata pelayan itu sambil meletakkan hidangan itu di atas meja.

Aku mengangguk.

"Aku nak kau lupakan apa yang aku kata tadi." Kata ku sambil mengambil sudu dan garfu di dalam bekas yang sudah disediakan khas untuk pelanggan di sini.

"Hah?! Lupakan? Senang kau cakap." Kata Jin yang sudah kedengaran marah.

"Dah la tu makan lah. Tak elok marah-marah depan rezeki." Jawab ku sambil menolak pinggan ke arah Jin.

Jin mengengam tangannya. Kemudian, dia menolak kerusi yang diduduki. Tangannya pantas menanggalkan kaca mata hitam dan topinya dan selepas itu Jin mencampakkan barang-barang itu di atas lantai.

Aku yang sedang makan itu terus berhenti.

"Apa yang kau buat ni? Jangan jadi bodoh boleh tak? Nanti orang kenal kau lah."

Aku cepat-cepat membuka hoodie yang ku pakai dan letakkan pada badan dia. Hoodnya pula aku sarungkan pada kepalanya. Aku tidak mahu pelanggan di sini mengenalinya.

Disebabkan aku, marahnya tidak dikawal, Jin mencampakkan hoodie itu ke bawah.

Aku terkejut dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah.

"Jin?" Panggil ku perlahan.

Jin memandang tepat mataku.

"Eh itu bukan Jin ke?!" Kata seorang pelanggan di gerai itu.

Aku menjeling seorang pelanggan yang sudah mengenali Jin. Aku terus berlari keluar daripada gerai itu sebelum mukaku terpapar di hadapan akhbar. Aku meninggalkan Jin keseorangan di gerai itu.

Mereka semua mula mengerumi Jin tetapi Jin sempat melarikan diri daripada peminat yang mengeruminya. Jin juga sempat meletakkan duit di atas meja dan mengambil topi, kaca mata hitam dan hoodienya yang dicampakkan di lantai sebelum beredar.

Jin menghidupkan enjin kereta. Kereta itu meluncur laju meninggalkan gerai itu.

"Dia ni bodoh ke apa hah?! Dia nak muka aku ni terpapar dekat muka hadapan akhbar. Lepastu wartawan sana sini cari aku!" Aku memarahinya serta tangan aku dihayun-hayunkan ke depan kerana kelakuan Jin yang pentingkan diri itu tadi boleh menyebabkan aku boleh terjebak sekali. Kaki ku mula berjalan laju.

Semasa aku sedang berjalan laju, aku ternampak cahaya kereta menerangi jalan ku daripada belakang. Kereta itu dari tadi tidak bergerak melepasi aku. Seolah-olah bergerak mengikut kelajuan aku berjalan. Aku tahu kereta itu mengekori aku sejak daripada tadi.

Aku tetap berjalan laju tanpa memandang ke belakang. Aku tahu kereta yang mengekori aku dari tadi adalah kereta kepunyaan Jin. Hah? Mahu memujuk aku selepas apa yang terjadi? Kalau tersilap sikit je tadi sah-sah aku aku jadi bahan makian peminatnya.

Tiba-tiba keretanya berhenti di bahu jalan. Pintu keretanya dibuka tanda dia sedang keluar daripada perut kereta. Aku tetap mengatur langkah. Tapi lebih laju daripada sebelum ini.

Dia tetap mengekori aku. Akhirnya aku berhenti. Aku mengenggam kedua-dua tangan ku. Geram dengan sikapnya itu yang dari tadi mengekori aku. Aku lemas.

"Jin berhenti!" Jerit ku sambil memandang ke belakang.

"Jin?" Tanyanya pelik.

"Ah? Jung- Jungkook." Suaraku mula berubah menjadi perlahan. Tidak sangka dari tadi yang mengekori aku adalah Jungkook bukan Jin.

"A- apa yang kau buat dekat sini?" Soalku sambil aku menyelak rambutku yang panjang ke balakang yang sudah menutupi mataku.

"Kau tanya aku kenapa aku buat dekat sini? Sepatutnya aku yang cakap kenapa KAU buat dekat sini?" Balas Jungkook.

"A- aku tadi ermm." Aku mengaru belakang kepala ku.

"Bukan kau dengan Jin ke tadi? Mana dia? Asal dia biar kau jalan sorang-sorang dekat sini malam-malam buta macam ni?" Soal Jungkook bertubi-tubi kepada aku.

"Err diaaaa dia." Aku tidak tahu berkata apa.

Takkan aku nak bagitahu perkara yang sebenar apa yang terjadi antara Jin dengan aku. Mahu dia bergaduh lagi dengan Jin. Aku tidak mahu ini terjadi lagi. Disebabkan aku, mereka bergaduh.

"Cakaplah." Kata Jungkook. Suaranya dikawal.

Aku terdiam. Aku tak tahu nak bagi alasan ape. Otak aku bercelaru sekarang. Aku tidak tahu berkata apa. Aku memejamkan mata aku serapat yang boleh.

Bersambung...

First Love with Malaysian PeopleWhere stories live. Discover now