part 15

1.4K 93 0
                                    


Hafiz memandu perlahan keretanya. Fikirannya langsung tidak boleh fokus. Masih memikirkan soal tadi. pelbagai persoalan bermain2 di fikirannya. Sara ke yang bunuh ustaz malik? apa yang dimaksudkan dengan dirinya dalam bahaya? Bukankah semuanya sudah tamat? sara masih hidup? Sara masih berdendam dengan dia? Tapi apa salah dia? Dia langsung tiada kena-mngena dengan kematian Zila. Yang membuat perancangan itu hanyalah Sara dan Izat. Dia dan Sufian hanyalah mereka yang kebetulah sahaja berada di situ. Ahh! Pening! Kereta diparkir di tempat letak kereta pelajar. Tangannya mendail2 nombor milik Sufian.

"Hello, Fiz.. apahal call aku malam2 ni?" Kedengaran Suara Sufian di hujung talian.

"Kau balik bila do?" Soal Hafiz.

"malam esok kot. Apahal?"

"Weh.. tadi aku gi rumah ustaz malik.. ustaz malik dah takde. Dia dah meninggal minggu lepas.."

"Innalillah.. macammana boleh meninggal?"

"Kata isteri dia, buatan orang. Aku tak tahu kenapa do, tapi perasaan aku kuat sangat yang Sara ada kena mngena dgn ni.."

"Ya Allah.. kau ni kenapa? Takkan semua kau nak kaitkan dengan si Sara tu? Manalah tahu ada orang dengki ke dengan ustaz tu sebab tu dia kena buatan org.." hafiz mengeluh perlahan.

"Tolonglah Pian.. aku nak kena pastikan yang Sara tu mmg xde kena mngena. Kalau tak aku takkan bleh duk diam.."

"Okey2. So, kau nak buat apa sekarang?"

"nanti kau balik aku nak kau ikut aku. Aku nak cari tahu mana Sara sekarang."

"Hahh? Iyalah.." nak taknak terpaksalah Sufian menurut sahaja rancangan Hafiz itu.

……….…………………………………

"Kita buat apa kat sini?" Soal Sufian sebaik sahaja kereta yang dipandu Hafiz berhenti di pusat sakit jiwa.

"kita kena mula kat mana2. Satu2nya tempat yang aku tahu Sara kat mana, kat sini lah.."

"Tapi dengar kata dia dah keluar dari sini."

"Dah.. jomlah masuk. Kita tanya nurse kat dalam" mereka melangkah masuk ke dalam bangunan 5 tingkat itu sebelum berlalu ke kaunter. Beberapa orang nurse yang berada di situ disapa.

"Assalamualaikum nurse. Saya nak tanya, ada tak pesakit bernama Sara Alisya kat sini?" Soal Hafiz tanpa menghabiskan banyak lagi masa.

"Sara Alisya? Sekejap ya.." nurse itu mencari sesuatu di dalam komputer di hadapannya sebelum beralik ke arah Hafiz.

"Maaf ya encik. Tapi cik Sara dah keluar dari pusat ni sebulan yang lepas. menurut rekodnya, dia dah 100% sembuh." Hafiz dan Sufian berpandangan sesama sendiri.

"Cik ada alamat rumah dia tak?" Soal Sufian pula.

"Maaf ya encik. Kami tak dibenarkan berkongsi apa2 maklumat peribadi pesakit. Itu adalah polisi pusat ni.." Hafiz mengeluh berat.
Selepas mengucapkan terima kasih mereka berlalu meninggalkan tempat itu.

"Mana kita nak cari alamat dia ni?" Soal Sufian.

"Aku rasa, pejabat hal ehwal pelajar mesti ada maklumat pasal Sara. Jomlah.." kereta meluncur laju ke arah kolej.

…………………………………………

"Bolehlah ustaz. Tolong kitorang. Kitorang dah lama tak jumpa sara tu. Tu yang kitorang nak tahu apa jadi kat dia.. please.." pujuk Hafiz. Ustaz firdaus memandang kedua2 sahabat itu.

"Iyalah.. kejap saya call" ustaz Firdaus menekan2 nombor pada telefon pejabatnya. Beberapa minit kemudian dia menulis2 sesuatu pada sehelai kertas sebelum meletakkan ganggang telefon.

"Nah.. alamat dia.." kertas itu diserahkan pada Hafiz.

"Terima kasih ustaz.."

………………………………………

"Ini ke rumah dia?" Soal sufian.

"Kalau ikutkan alamat yang ustaz bagi, betullah ni."

"Tapi macam tak ada orang pun.." mereka berdua berdiri di hadapan sebuah rumah banglo 2 tingkat yang kelihatan tidak berpenghuni.

"try la tekan loceng tu.." Hafiz mengangguk sebelum menekan loceng pintu. Beberapa minit kemudian seorang gadis muncul di sebalik pintu.

"Ya, cari siapa?" Soal gadis itu

"Sara?" Hafiz menjenguk wajah gadis itu. Ya! Itu sara. Sungguh kelihatan berbeza. Wajahnya cantik. Badannya yang kurus kering sudah kembali berisi dan cantik.

"Hafiz? Sufian? apa u all buat kat sini?" Soal Sara mesra sebelum menjemput mereka berdua masuk.

GELAPWhere stories live. Discover now