158 ; Rumah Sewa rm50

Start from the beginning
                                    

Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall.

Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi.

Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut].

Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia.

Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya.

Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni.

Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat.

Creepypasta ∽ malay ✔Where stories live. Discover now