。 •́ ● ( 36 ) ● •̀ 。

82.3K 1.2K 17
                                    

🌺🌺🌺

P.O.V - Mia

Aku meletakkan kepala di atas meja, menunggu guru seterusnya masuk. Tepu otaknya menerima segala ilmu yang dia dapat hari ni. Harap cikgu selepas ni tidak masuk.

Harapan seorang murid.

"Cikgu Sai tak datang hari ni!" Jerit Amir a.k.a ketua kelasku. Baru sahaja dia berdoa sudah dimakbulkan doanya. Fuh dapat jugak lelap kejap.

Sekarang sudah bulan 8, lagi beberapa bulan sahaja dia akan menduduki spm.

Baru sahaja hendak menutup mata, suara Husna menyapa gegendang telingaku. Walaupun dia bersembang dengan kawan sebelahnya, namun suaranya cukup kuat untuk menganggu lena aku

"Kau tahu tak? Aku dapat tahu yang cikgu Ammar kita tu, nak behenti mengajar dah,"

Aku mengerut dahi apabila nama Am disebut.

"Aah wey, aku pun ada dengar jugak, katanya cikgu Ammar tu sebenarnya nak jadi Arkitek, but tahlah macam mana dia boleh ter jadi cikgu kita,"

Se-riusly? Aku pantas keluar dari kelas mengikut pintu belakang, dalam kepala otak aku sekarang hanya fikir tentang Am saja. Serius ke dia tu?

Apabila sampai sahaja di biliknya, aku terus masuk tanpa mengetuk pintu, Am kelihatan tersentak sedikit apabila aku menyerbu dia secara mengejut.

"Aish kamu ni Mia, boleh tak ketuk pintu tu dulu," Am mengeleng kepalanya.

"Betul ke?" Aku terus bertanya tanpa pangkal soalan yang sebenar.

"Apa yang betul?" Am menanyaku kembali.

"Am nanti dah tak ajar lepas ni?" Aku merenung matanya yang sedang merenung mataku jua. Am tersenyum nipis.

"Kenapa? Mia tak suka ke?" Am menjongket keningnya nakal. Aku sudah mencebik.

"Em, nanti dah tak adalah cikgu hensem kat sekolah ni lagi," Aku memberi alasan yang sememangnya tak malu. Am tergelak kecil.

"Em betullah tu, esok last Am mengajar, lagipun Am kan guru sementara je,"

Aku merenungnya sedikit sayu aku rasa apabila dia hendak meninggalkan sekolah ini. Am tersenyum melihat wajahku yang sedang menilik wajahnya.

"So? Takde class ke? Ke ponteng?"

"Ish! Am ni mana ada ponteng, benci lah! Dari awal tahu lagi Am suka sangat cakap Mia ponteng kalau nampak Mia merayau ke apa," Aku memuncungkan bibir apabila Am suka suki dia je nak tuduh aku macam tu.

Tumbuk kang.

🌺🌺🌺

Ammae melihat tubuh Mia yang baru sahaja keluar dari biliknya sebelum mengeluh perlahan. Barang ada yang di atas mejanya, ditenung lama.

Esok.. Last..

Tak dapat jumpa Mia..

Segera digeleng kepalanya, come on Am! Mia tu isteri orang! Kawan kau sendiri! Ammar menarik nafas perlahan dan menghembusnya. Bayangan Alia muncul di kepalanya.

Alia.. Gadis yang sungguh cantik. Bukan cantik pada rupa bahkan hatinya juga. Lama mereka bermadu kasih, dari zaman kolej sehingga ke alam awal pekerjaan. Namun semuanya hancur, apabila dia bertemu kembali dengan Zafran.

Ye. Zafran sememangnya dulu kawan baiknya dari sekolah rendah hingga menengah. Namun apabila tamat sahaja spm, dia terus berhijrah ke London mengikut orang tuanya. Sejak itu dia rasa kosong. Tak bermaksud aku gay ok! Kemunculan Alia pada zaman kolej mengisi kegembiraan dia. 2 tahun berkawan dan 3 tahun bercinta. Namun apabila kemunculan Zafran yang baru balik dari London menggugat hati Alia.

Ketika itu dia dan Alia sedang menjamu selera di kedai yang berdekatan di tempat kerja kami, sebagai pratikal. Tiba-tiba, dia di sapa oleh Zafran. Agak terkejut melihat Zafran yang jauh lebih kacak dari dulu! Dia tidak sangka yang Zafran masih mengingati dia. 

Sejak itu mereka selalu lepas sama. Sudah tentu Alia ikut sekali katanya bosan duduk rumah. Namun lama kelamaan dia rasa tahlah, Alia makin rapat dengan Zafran. Membuatkan dia yang sebagai kekasihnya tersisih kerana Alia lebih mengutamakan Zafran.

Dia tahu Zafran rasa serba salah apabila dia mengetahui bahawa Alia menyukai dia. Sebab dia pernah terdengar perbualan mereka secara senyap - senyap. Tersetap hati dia mendengarnya. Begitu mudah hatinya beralih ke lelaki lain?! 

5 tahun..

Dia tahu juga, Zafran terpaksa layan Alia. Tiba satu malam yang betul-betul buat hatinya jadi tawar. 'Bro, lia ajk aku g dinner rmah kwnny' ayat pendek yang di hantar oleh Zafran sungguh menyakitkan! Tak sangka Alia begitu! Zafran selalu memaklumkan apa yang di buat oleh Alia sepanjang dia bersama Zafran, setiap makluman satu yang diberi oleh Zafran menghiris hatinya.

Malam itu jugalah hari dia bergaduh dengan Zafran, dia pembunuh! Dia buat Alia mati! Walaupun Alia sering menyakitkan hati dia tapi dia percaya suatu hari nanti aku tawan hatinya semula! Namun sudah terlambat apabila dia terima panggilan dari Zafran menyatakan Alia accident. Luluh hatinya. Sejak itu dia selalu menyalahkan Zafran, punca Alia mati.

Namun itu dulu, sekarang dia sudah berbaik dengan Zafran. Apabila pernah sekali Zafran minta untuk berjumpa dengannya. Pada mulanya dia keraskan hati untuk mengabainya namun apabila nama Alia di sebut. Dia terdiam. Kematian Alia belum tahu kenapa, kerana dia hanya memikirkan Zafran puncanya, akhirnya dia bersetuju untuk berjumpa di luar saja.

"Aku tahu, kau sayangkan Alia. Tapi kau kena dengar jumpa hal yang sebenarnya. Sebenarnya bukan aku yang bunuh Alia! Memang malam tu kami berdua pergi dinner rumah kawannya, dia naik aku masa nak pergi dinner tu. Tapi kau kena tahu, masa habis dinner tu dia bukan balik dengan aku, bahkan tak naik pun kereta dia aku. Dia balik dengan membernya. Aku takde kena mengena dengan semua ni. Salah aku juga sebab pergi layan dia, aku bukan apa cuma kesian je tengok dia. Aku minta maaf, aku cuma nak kita macam dulu je "



💛💛💛

Yeah! TEMPT has finally hit 1 million reads! 

Your punya support is inspiring and motivating! 

Thanks you so much

TEMPT ✓Where stories live. Discover now